Biarkan sahaja hati ini bersendirian...
Biarkan hati ini belajar untuk menghargai pengorbanan,
Biarkan hati ini belajar untuk menilai baik dan buruk,
Biarkan hati ini belajar utnuk mencintai diri nya sendiri,
Biarkan hati ini belajar untuk memaafkan org lain,
Biarkan hati ini belajar untuk menjadi hati yg penuh dgn keimanan...
Biarkan sahaja hati ini bersendirian...
Agar ia tak dilukai lagi,
Agar ia tidak dikhianati lagi,
Agar ia tidak dicemari lagi,
Agar ia tidak berdarah kembali...
Biarkan sahaja hati ini bersendirian....
Untuk aku memulihkan nya kembali,
Untuk aku membersihkan nya kembali,
Untuk aku membuang segala hasad dan dengki,
Untuk aku membuang segala syak wasangka,
Untuk aku bina dan hidupkan ia kembali,
Untuk aku mewarnai nya kembali,
Untuk aku merasa kebahagian itu kembali...
Untuk Peneman hatiku nanti...
Tunggu lah aku untuk memulih dan mengubati hatiku ini kembali...
Aku tidak mahu ia tercemar lagi..
Aku mahu memberikan hati yg ikhlas dan suci untukmu..
Agar dirimu mudah untuk membimbingku ke jalan DIA yg Maha Esa...=)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi baca blog Ain nih.. In Shaa Allah ain akan jejak balik nanti..
*P/S: Jangan guna ayat yang tak elok untuk komen, jangan mencarut atau mencabul.. Kerana anda mungkin akan di tangkap oleh pakcik polis.. haaha..