Tuesday 29 April 2014

Melancong Ke Pulau Redang Lepaskan Tension

Melancong Ke Pulau Redang Lepaskan Tension
Pulau Redang Yang Indah.. ^_^
..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Melancong Ke Pulau Redang Lepaskan Tension | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Korang pernah tak pergi melancong ke pulau-pulau di Malaysia nih?? Tak kiralah Pulau Tioman ke, Pulau Langkawi ke, Pulau Sipadan ke, Pulau Pangkor ke, Pulau Kapas ke.. Janji pulau kan.. heee..

Mesti ada yang pernah pergi kan.. Ada yang pergi dengan kawan-kawan dan ada yang pergi dengan keluarga. Haa.. Kalau Pulau Redang plak, korang pernah pergi tak?? Ain baru pertama kali pergi dan pemergian Ain ke Pulau Redang nih, memang ala-ala bajet giles. Sebab apa, sebab masa tuh, memang duit kering.. tapi nak rehatkan minda nih.

Di sebabkan charger lappy ain rosak hari tuh, memang keje tak leh nak wat langsung.. ain dengan bahagianya membuat keputusan untuk pergi melancong ke Pulau Redang. Kebetulan ada kawan ajak pergi sama. Memang ON jek lah kan.. Jadi, kami pergi lah lam 3, 4 orang cam tuh.. selama 2 hari 1 malam.

Melancong Ke Pulau Redang Lepaskan Tension
Santai-santai atas kerusi.. aummm~

Melancong Ke Pulau Redang Lepaskan Tension


Memang, ternyata 2 hari 1 malam tuh tak puas!! Sebab apa, sebab, pantai kat sana sangat-sangat lah cantik..!! Permandangan kat situ.. SubhanaAllah.. dengan air lautnya yang hijau kebiruan.. warna ala-ala turquoise gitukan... memang rasa nak terjun jek dari feri tuh.. haha..

Okeh, skang ain nak bagi tips, tips nih hanya untuk mereka yang nak melepaskan gian nak ke sana jek lah kot.. Semata-mata nak jejak kaki dan main air pantai.. ekeke.. Klu nak snorkeling or skuba tuh, memang kene duk kat sana lam 3-4 hari jugak..Dan ambiklah pakej, baru dapat harga yang murah dan affordable.. Baru syiiookkk tengok batu karang dan hidupan laut di Taman Laut.

Ok.. Skang, korang baca dan hadam betul-betul ek apa yang ain nak gtau nih.. Ain pergi ari tuh tanpa pakej tau.. Pergi last minit macam tuh lah jadinya.. hehehe..

Melancong Ke Pulau Redang Lepaskan Tension
Tiket Feri

Korang hanya perlukan RM35 untuk tiket feri pergi sahaja dan sewa satu malam di Redang Lagoon adalah RM150. Di mana biliknya ade 1 katil single dan 1 katil double dan bilik mandi, aircond dan takde TV. Memang takde TV, apa purpose datang pulau nak tengok TV kan =P

Melancong Ke Pulau Redang Lepaskan Tension
Perjalanan dari Jeti Shahbandar ke Pulau Redang mengambil masa Sejam ke Sejam Setengah..
depends atas feri yang korang naik. 

Melancong Ke Pulau Redang Lepaskan Tension
Penuh feri.. Masa nih dah petang..
Okeh.. sambung lagi.. untuk makan plak, korang standby RM10 untuk satu pinggan makanan dan air. Untuk 2H 1M nih, makan 3 kali cukup lah kot.. so dalam RM30 seorang untuk makan. Untuk nak jimat lagi, korang leh bawak maggi cup 2, 3 ketul dan makan maggi jek lah sepanjang kat sana..

Melancong Ke Pulau Redang Lepaskan Tension
Redang Lagoon yang ain menginap

Melancong Ke Pulau Redang Lepaskan Tension
Tidur atas buai pon seronok... 

Melancong Ke Pulau Redang Lepaskan Tension
Bermain bola tampat bersama kawan-kawan.. 
Dan mandi pantai tuh free jek lah kan.. melainkan korang nak sewa kamera waterproof yg berharga RM35-RM70 lebih kurang macam tuh lah harga die.. hee..

Mandi manda.. 
Melancong Ke Pulau Redang Lepaskan Tension
Peace yoo!!

Melancong Ke Pulau Redang Lepaskan Tension
Bot untuk ke snorkeling..
Okeh.. cuba korang jumlah kan semua bajet untuk melancong ke Pulau Redang ala lepaskan tension nih.. lebih kurang dalam RM215. Harga bilik tuh, korang bleh lah bahagikan lagi kan ngan kawan-kawan korang.. huhuhu.. 

Haa.. untuk tiket balik.. ain tak pasti berapa kos die.. sebab ritu ade salah faham skit masa balik.. hahaha.. dan kami hanya dapat rm25 jek sorang..kikiki.. Rezeki.. Alhamdulillah.. Jadi korang tolak campur smua tuh.. juz stanby dalam RM250.. dah bleh dah p ke Pulau Redang yang sangat menarik tertarik tuh.. ^_^

Melancong Ke Pulau Redang Lepaskan Tension
Abaikan minah salleh kat belakang tuh.. hahaha.. =P

Okeh, tuh jek cerita sepanjang Ain Melancong ke Pulau Redang.. Sekadar nak lepaskan tension dan gian ke sana.. In shaa Allah next time, kita pergi bersnorkeling plak.. Memang taknak balik rasanya duk kat sana.. Indah sangat-sangat.. Korang share plak bajet korang camne okeh.. Nanti leh kita p sesame ke kan..

Okies smua.. Adios~

5 comments:

  1. Assalamualaikum awkak. bestnya berjalan ke pulau.. rindu nak snorkelling hoyyy. hehehe ~~~

    ReplyDelete
  2. wsalam jom ain kita-kita che salleh kumpul duit dah agak2 cukup kita gi krik krik krik ipah, jetol, ain and akak... krik krik krik (lina ko nak join boleh gak ha ha ha) kbai ^..^

    ReplyDelete
  3. Slm..sy ni seorg runner pekej bercuti kt pulau redang...
    Sesiape yg berminat nk ke pulau redang bleh call or whatsup no ini..
    0179799773 atau lawat fb page sy di..
    Blackyellowholiday

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca blog Ain nih.. In Shaa Allah ain akan jejak balik nanti..

*P/S: Jangan guna ayat yang tak elok untuk komen, jangan mencarut atau mencabul.. Kerana anda mungkin akan di tangkap oleh pakcik polis.. haaha..