Friday, 2 December 2011

Hatimu Jingga..

Kepada pemilik hati yang JINGGA...

Jap2.. sape yg tak tahu JINGGA tuh warna pe?? Klu tak tahu p tanya adik2 yg skolah tadika tuh k. *Koman sangat lah klu tak tahu..kih3..


Okies, kepada pemilik hati yang JINGGA.. Saat membaca luahan hati mu yang JINGGA aku merasa akan sedihnya hatimu. Sangat pilu bukan bila megingati kisah yang lalu.. Kisah apabila orang yang kita sayangi pergi untuk selama-lamanya.. Pergi dari hidup kita... Tapi, mungkin dia tidak pernah pergi untuk selamanya, mungkin masih ada sedikit ruang di hatinya yang kecewa itu untuk kamu pemilik hati yang JINGGA mengisi kekosongan itu.


Bagaimana mungkin hati yang JINGGA dapat megisi ruang yang sedikit itu?? Berusaha dan berdoa.. Kemudian tawakal lah.. InsyaAllah sinar JINGGA yang ada di hati kamu itu dapat meyinari hati dia yang kecewa itu. Jangan pernah kamu berputus asa untuk mendapatkan hatinya kembali. Kerana kita tidak tahu siapakah jodoh kita. Tapi, andai kata dia bukan jodoh untuk hati kamu yang JINGGA itu.. Redho sahaja dengan ketentuan Ilahi. 




Kerana bunga itu bukan sekuntum. Malah kamu boleh mendapat bunga yang JINGGA juga. Biar padan dengan kamu yang berhati JINGGA. Kamu bertenaga dan bersemangat, tidak pernah mangaku kalah. Merentasi segala halangan bagaikan parkour, walau setinggi mana tembok itu, kamu cuma perlu backflip dan terus meloncat dan terus berlari demi mengejar cita-cita mu itu.


Sabarlah wahai pemilik hati yang JINGGA kerana senja akan tiba memberi ketenangan dan membawa cahaya JINGGA bersama agar kamu berbahagia. Senyumlah dan terus menapak untuk melihat senja nan indah itu. Kerana di saat itu hati kamu akan terus membara bak JINGGA yang ghairah memberi bahagia kepada pemilik hati yang lain....






P/S: saya berhati BIRU camne tuh?




8 comments:

  1. kurakura jingga... wah! haha

    ReplyDelete
  2. kura2 hijau jek..mane de kura2 jingga?? klu ade BUKTIKAN!! :P

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. eh hati oshin kaler merah...tp oshin tak suke kaler merah..wakkaka

    ReplyDelete
  5. hati i campuran merah dan pink.~! hahahaha..jingga....erm, suka tengok bila matahari terbenam di kawasan pantai. Sangat kagum dgn alam ciptaan ALLAH ini.. (^^,)

    ReplyDelete
  6. nak kaler hitam boleh dak.jingga kat atas macam annoying orange.hikhik

    ReplyDelete
  7. kau kena cari kumbang biru lah. haha :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca blog Ain nih.. In Shaa Allah ain akan jejak balik nanti..

*P/S: Jangan guna ayat yang tak elok untuk komen, jangan mencarut atau mencabul.. Kerana anda mungkin akan di tangkap oleh pakcik polis.. haaha..