Sunday 20 April 2014

Kembali Kepada Allah.. Fafirru Ilallah..

Kembali Kepada Allah.. Fafirru Ilallah..
Sabar dan Solat lah kamu... 
..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Kembali Kepada Allah.. Fafirru Ilallah..  | Klu di kenangkan masa lalu, pasti menangis meratap pilu.. Diri ini banyak berbuat kemusnahan atas bumi Allah ini. Dunia yang hanya pinjaman.. Yang penuh dengan keseronakkan yang tak terhingga... Sampai diri pernah lalai mempersediakan bahan bakar di neraka nanti.. 

"Allahurabbi... Ampunkan lah dosa-dosaku yang lalu.. Tetapkanlah diri ini dalam jalan yang lurus... Dan masukkan lah aku ke dalam Syurga Firdaus-Mu.. "

Kembali Kepada Allah.. Fafirru Ilallah.. 


Masa kita jatuh itu lah masa kita punya masalah itu lah kita akan terus ingat akan Dia yang menciptakan kita. Sudah fitrah manusia untuk ingat kepada-Nya... Tapi, kita tak pernah bersyukur saat kita senang.. dan lupakan Dia.. sediskan kita nih.. malunya..  :'(

Pernah dulu kita meratap, menangis tak berlagu mengenangkan masalah kita yang tak pernah habis.. Makin hari makin bertambah masalahnya kan.. Pernah tak kita terfikir setiap masalah itu pasti akan selesai.. Setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaiannya...

Setiap kali kita dilanda masalah, pasti kita mahu ke suatu tempat yang tak ada orangkan.. Untuk hilangkan segala rasa, untuk berfikir jalan penyelesaiannya..

Sedar tak kita bahawa Allah dah kirimkan ayat cinta-Nya kepada kita sejak berpuluhan ribua tahun lamanya.. Bahawa perkara yang dapat membantu kita menyelesaikan sesuatu masalah adalah dengan SABAR dan SOLAT

"Hai orang-orang yang BERIMAN, jadikanlah SABAR dan SOLAT sebagai PENOLONGMU, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah : 153)

Pejamkan mata.. dan tarik nafas panjang2.. Semoga kita sentiasa dijalan Allah SWT.. Mintaklah kepada Maha Pencipta.. Pemilik segala hati.. Pasti Dia takkan persiakan permintaan kita.. In shaa Allah.. Fafirru ilallah   

Jazakumullahu Khairan Khatira.. Maafkan Ain jika ada salah dan silap.. :')


1 comment:

  1. Fafirru Ilallah teringat surah az-Dzariyaat ayat 50 :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca blog Ain nih.. In Shaa Allah ain akan jejak balik nanti..

*P/S: Jangan guna ayat yang tak elok untuk komen, jangan mencarut atau mencabul.. Kerana anda mungkin akan di tangkap oleh pakcik polis.. haaha..