Tuesday 18 March 2014

Tempat Menarik Di Tawau Sabah [Bab 2]

Tempat Menarik Di Tawau Sabah [Bab 2]
We are here, Kg. IndraSabah

Tempat Menarik Di Tawau Sabah [Bab 2] | Kali ini ain nak bercerita tentang tiga buah lagi tempat yang menarik di Tawau, Sabah ini. Tempat pertama yang bakal ain ceritakan kat korang semua adalah Perkampungan Nelayan, iaitu di Kg. Indrasabah. Pastu, kitaorang juga ada pergi ke Central Market di Tawau atau pun orang sana panggil Pasar Gantung. Haa.. pelik bunyi nya kan.. Next, kami pergi ke Highway Tawau Beach. Di sana permandangan laut sangat indah sekali.




Tempat Menarik Di Tawau Sabah [Bab 2]

Tempat Menarik Di Tawau Sabah [Bab 2]


3. Kg IndraSabah (Perkampungan Nelayan)

 Perkampungan Nelayan di Indra Sabah ini sangat unik. Di mana, rumah mereka adalah di atas air. Ya! di atas air.. Selama nih, kita tengok kat tv jek kan bagaimana rumah di atas air nih, tapi Alhamdulillah, kami dapat melihat sendiri bagaimana mereka berumah di atas air.

Teruja giler, tengok anak-anak kecil seronok berenang di dalam laut. bayangkan mereka yang amsih kecil sudah pandai berenang. Sangat berani! Klu ada yang guna pelampung pun, juz pakai botol jek wat pelampung. Sangat kreatif.

Tempat Menarik Di Tawau Sabah [Bab 2]
Nelayan baru sampai ke jeti Indra Sabah untuk memasarkan hasila tangkapan mereka.

Tempat Menarik Di Tawau Sabah [Bab 2]
Ikan bilis nih, dah di masak di Rumah ibu, dimana seberang sana terletaknya rumah ibu.
Tempat mereka mengumpulkan hasil tangkapan.

Tempat Menarik Di Tawau Sabah [Bab 2]
Suasana di jeti di waktu pagi. Ini pagi okeh, bukan tengahari..tapi matahari dah terikkan..hehe

Tempat Menarik Di Tawau Sabah [Bab 2]
Adik nih gigih tolak ikan bilis ke lori

Tempat Menarik Di Tawau Sabah [Bab 2]
Ikan bilis di jemur

Tempat Menarik Di Tawau Sabah [Bab 2]
ternampak Pari Pari Putih di sini..hehehe :P

Tempat Menarik Di Tawau Sabah [Bab 2]
sempat agi beli belacan yang sangat murah! RM0.50 sekeping

Tempat Menarik Di Tawau Sabah [Bab 2]
Kolam Ikan Kerapu
Kami sangat bertuah pada hari tersebut, kerana sahabat kami si Kon Rod bawa kami ke kolam Ikan Kerapu di Kg. IndraSabah tuh. Memang teruja tengok ikan kerapu beranak pinak dalam kolam uh. Syookk gile kami duk tengok, sambil try-try nak memancing..

Antara punca pencarian penduduk Kg. IndraSabah ini adalah sebagai nelayan. Jadi, memang kegiatan hari-hari dieorang naik bot lah kan. Kami pun dapat gak naik bot. eksaited! hahaha...

Tempat Menarik Di Tawau Sabah [Bab 2]
yeahh.. Kon Rod ngah ngail ikan kerapu..

Tempat Menarik Di Tawau Sabah [Bab 2]
Antara ikan duyung yang kami tangkap..hehehe :P

4. Pasar Gantung (Central Market)

Selain perkampungan nelayan, di Tawau nih terdapat sebuah pasar yang di beri nama Pasar Gantung. Aneh jek kan dengar namanya.. Hahaha.. Central Market nih adalah pasar tumpuan pelancong, malah orang ramai. Kat sini, macam2 barang keperluan ada, termasuk lah barang cenderamata seperti mutiara, baju, keychain dan sebagainya.

Tempat Menarik Di Tawau Sabah [Bab 2]
Central Market Tawau

Tempat Menarik Di Tawau Sabah [Bab 2]
memang rambang mata lah.. :P

Tempat Menarik Di Tawau Sabah [Bab 2]
yeahh..sebab ini lah pasar nih di panggil Pasar Gantung,
coz smua baju2 dan jualan di gantung-gantungkan
Jadi, apa lagi... kami bershopping sakan lah kat sini. Harga barang-barang kat sini memang berpatutan, boleh tawar menawar lagi. Boleh lah belikan keluarga, sedara mara dan juga sahabat handai ole-ole dari Tawau. 

Baju t-shirt yang ada tulis "I LOVE TAWAU" berharga dalam RM18-RM25 tengok kualiti jugakkan. Ada yang kualiti elok mahal lah sikit. Pastu, klu nak beli mutiara, macam gelang ke.. harganya lebih kurang RM10-RM30. Banyak pilihan.. boleh pilih sambil pejam mata.. ekekkee...

Tempat Menarik Di Tawau Sabah [Bab 2]
Sunset di Highway, Tawau
5. Highway Tawau Beach

Selain tuh, kami juga ada p jenjalan ke Highway Tawau Beach. Di mana tempat nih macam tempat rekreasi lah. Kat tepi-tepi tebing laut nih, korang boleh lepak-lepak sambil menikmati permandangan yang indah. Haaa.. Permandangan kat sini sangat menarik dan cantik. Dengan adanya bot-bot nelayan malah kapal-kapal tunda berlabuh di tepi-tepi Highway Tawau nih.

Sempat jugak kami berposing-posing berlatar belakangkan sunset. SubhanaAllah..memang indah sekali. Tak pernah lagi tengok sunset secantik dan seindah tuh. Memang satu pengalaman yang indah bagi Ain. Sebab dapat lihat ciptaan Allah bersama gula-gula hati.. ^_^

Tempat Menarik Di Tawau Sabah [Bab 2]
Pari Pari Putih detected lagi..hihihi :P

Tempat Menarik Di Tawau Sabah [Bab 2]
SubhanaAllah.. Sungguh indahkan..

Tempat Menarik Di Tawau Sabah [Bab 2]

Yeahhh.. itulah kami.. Masa nih sebelum kami p tengok wayang.. Baru jek sudah isi perut. Ekekeke.. Korang leh baca entry tentang Tempat Menarik Di Tawau Sabah [Bab 1] di SINI, dan juga tentang Makanan Yang Menarik di Tawau di SINI. Selain tuh, klu korang rajin lagi.. boleh lah p SINI untuk baca tentang entry pertama ain tentang percutian kami semua di Tawau, Sabah nih...

Akhir kata.. terima kasih kat Kon Rod sebab bawak kami berjalan-jalan ke tempat yang sangat menarik ini. Memang bertuah kami kat sana.. In shaa Allah, ada rezeki kami melancong lagi ke Tawau. Banyak lagi tempat yang menarik sebenarnya yang belum kami kunjungi. Mungkin, dia nak suh kami datang lagi lah tuh kan..ekekeke...

Okies lah semua, terima kasih kerana membaca.. Janga lupa komen-komen kat bawah nih yep!! Love You all.. Adiosss~


4 comments:

  1. rindu nak pergi sabah lain..pantai sana cantik sangat...^_^

    ReplyDelete
  2. 1st semua gambar2 yg ain ambik santek... 2nd tak le bla tul si pari2 tu mana2 ada jer muka dia ekekekek kbai ^..^

    ReplyDelete
  3. tempat cantik barang murah..huisss

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca blog Ain nih.. In Shaa Allah ain akan jejak balik nanti..

*P/S: Jangan guna ayat yang tak elok untuk komen, jangan mencarut atau mencabul.. Kerana anda mungkin akan di tangkap oleh pakcik polis.. haaha..