Tuesday 11 February 2014

Resepi Kek Red Velvet Cheese Meleleh Yang Paling Sedap

Resepi Kek Red Velvet Cheese Meleleh Yang Paling Sedap
Kek Red Velvet Cheese Meleleh.. >.<

..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Resepi Kek Red Velvet Cheese Meleleh Yang Paling Sedap | Selamat petang semua.. Apa aktiviti korang petang-petang nih? Tak p bersiar-siar tepi pantai ke? kat taman ke? Ke tengah makan petang nih?? Makan goreng pisang tak ajak ain pon kan... =P

Petang nih, ain nak share ngan semua Resepi Kek Red Velvet Cheese Meleleh Yang Paling Sedap. memang sedap gilesss!! tak caya?? Korang try lah cuba.. senang, simple dan memang sedap gileessss!!!




Dengan jasa baik Iffah, dia yang carikan resepi nih sebenarnya, sempena nak menyambut hari kelahiran Datin Seri Pari-Pari Putih, kami dayang-dayang nih, seronok lah nak men baking-baking kek nih.. Bincang punya bincang.. akhirnya.. Kek Red Velvet Cheese Meleleh jadi pilihan hati...

Kek nih, kek cheese yang ke dua ain buat. Sebelum nih ain ada buat Shouffle Cheese Cake.. Tapi lom update lagi dalam blog nih.. tunggu ain free-free skit ain update resepinya k.. Ok, skang.. nah resepi untuk korang try sendiri dan nikmati kelazatan Kek Red Velvet Cheese Meleleh nih. (^_^)

Resepi Kek Red Velvet Cheese Meleleh Yang Paling Sedap

Red Velvet Cake 
Resepi; K.Mon @ Nina Suria 
Sumber; k.Zai @ Dapur Impian 
Bahan: 
5 biji telur gred B 
250 gram mentega beku tanpa garam 
*3 cawan tepung naik sendiri 
*3 sudu makan koko Vochelle 
2 cawan gula kastor 
4 sudu makan pewarna Red Bright - letak 2 sudu makan je 
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk nota di bwh 
1 sudu teh garam 
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) - guna baking powder 
1 sudu makan cuka makan  
Cara-caranya: 
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius. 
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan. 
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati. 
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan. 
5. Masukkan tepung dan buttermilk (buttermilk dicampurkan pewarna merah), berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun. 
6. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati. 
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.  
Nota: 
1.Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan. 
2.Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.- bakar dlm loyang 9' dpt 2 biji kek @ loyang 10'x 10'  
Untuk Cream: 
250g cream cheese 
120g susu pekat manis 
50ml UHT Whipping cream 
*Mix semua bahan dia tas hingga sebati,adunan ini memang cair  
Untuk hiasan: 
1 buku (250g) cheddar cheese,diparut  
Cara penyediaan: 
Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keeping,tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama.Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi. 
Parutkan cheddar cheese di atas kek. 

*******************************************************************************

Serius, Resepi Kek Red Velvet Cheese Meleleh nih memang sedap.. memang dah di luluskan oleh Datin Seri Pari Pari Putih dah.. *ehemm.. dah layak kawin dah nih ekekek *

Ain share sedikit gambar masa Majlis Sambutan Hari Lahir Datin Seri Pari-Pari Putih.. Enjoy~

Resepi Kek Red Velvet Cheese Meleleh Yang Paling Sedap
Acara potong kek..

Resepi Kek Red Velvet Cheese Meleleh Yang Paling Sedap
Kawan-kawan Mija.. =)

Resepi Kek Red Velvet Cheese Meleleh Yang Paling Sedap
Kami memang havoc2

Resepi Kek Red Velvet Cheese Meleleh Yang Paling Sedap
Meriahh.. Kali nih nye gath ramai yang hadir.. =)

Resepi Kek Red Velvet Cheese Meleleh Yang Paling Sedap
Sempat berposing manja atas tangga..hehee


Alhamdulillah..majlis nih sebenarnya pada tahun lepas.. iaitu pada bulan Disember.. ekekkee.. lama tak lama simpan wat jeruk dan pekasam dalam balang.. hahaa.. Ok lah semua.. Nanti jangan lupa cuba Resepi Kek Red Velvet Cheese Meleleh Yang Paling Sedap nih.. Kompom nak jilat pinggan lah cheese yang meleleh tuh... Nanti komen kat bawah nih camne rasenye okies.. Adioss~

Thanks a lot to : Dik Bee, Iffah, Zaitul, Mawardi, Anis, Puyak, Kunci Locker, Potia, Kawan Puyak, Kawan Madi, Cik Mat, Mija dan Kak PPP.. Miss u all~



8 comments:

  1. nampak menarik tertarik red velvet tu...

    ReplyDelete
  2. dan yang pasti kek tuh sgt sedap..ekekeke.. :P

    ReplyDelete
  3. yam suka sangat kek red velvet..kak ipar yam buat..sedap sangat..huhu

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan..

    Hmm..mcm sedap jer..boleh la try nanti :-)

    Jom singgah blog akak if sudi. Thx

    http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. fuhh terliur. Nak cuba buat lah nanti. Minta share ye resipi ini hehehe. Btw nanti kalau ada masa singgah2 lah blog saya ye http://www.mamafisya.com/ :)

    ReplyDelete
  6. Memang tangkap lelehla ni..mesti try ;-)

    ReplyDelete
  7. hihiiihhih..da dpt copy daa..tgn x dpt kena ketukkkk..hihihihihi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca blog Ain nih.. In Shaa Allah ain akan jejak balik nanti..

*P/S: Jangan guna ayat yang tak elok untuk komen, jangan mencarut atau mencabul.. Kerana anda mungkin akan di tangkap oleh pakcik polis.. haaha..