Tuesday 11 February 2014

Victoria Bridge Salah Satu Khazanah Warisan Negara Di Kuala Kangsar Perak

Victoria Bridge Salah Satu Khazanah Warisan Negara Di Kuala Kangsar Perak
I Love Victoria Bridge

Victoria Bridge Salah Satu Khazanah Warisan Negara Di Kuala Kangsar Perak | Assalamualaikum dan salam sejahtera keapada semua pembaca blog Ain yang ada bunga-bunga daisy nih.. hehee.. Seperti yang dijanjikan.. Ain akan kongsikan ngan semua tentang pengalaman Ain dan Sahabat Media pada hari pelancaran ‘Program Pelancongan - 1Malaysia Green, 1Malaysia Clean’ di mana Victoria Bridge telah dipilih sebagai salah satu Khazanah Warisan Negara kita.



Victoria Bridge Salah Satu Khazanah Warisan Negara Di Kuala Kangsar Perak


Tidak dinafikan, program yang dianjurkan oleh Railway Tourism Association Malaysia (RTAM) ini amatlah mengalakkan dan mendapat sambutan yang hangat.. Hangat sangat masa program tuh dilancarkan. Apa tak nya, tengah panas terikk woo.. huhu..

Ok, sedikit sejarah tentang Victoria Bridge nih...

Dibina sekitar tahun 1897 hingga 1900 oleh pihak berkuasa Keretapi Negeri Perak, Jambatan Victoria adalah sebuah jambatan kereta api tunggal yang melintasi Sungai Perak di Karai dan merupakan salah satu jambatan kereta api tertua di Malaysia. Ia terletak kira-kira 4 km dari Jambatan Iskandar. 


Selain dari proses memulihara dan memelihara jambatan ini, motif utama jambatan ini perlu dibangunkan semula ialah bagi menghalang mana-mana pihak yang berniat mahu meroboh dan memusnahkan struktur jambatan yang mempunyai tinggi nilai sejarah kepada Negara seterusnya menjadi salah satu ikon terbaru pelancongan Negara terutamanya bagi negeri Perak. 


Ia telah dibuka pada 21 Mac 1900 oleh Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah pada satu majlis yang turut dihadiri oleh Sir Frank Swettenham, Residen-Jeneral untuk FMS, dan Sir John Pickersgill Rodger, yang bertindak Residen British Perak. Pembukaan istiadat jambatan terdiri membuka sebuah bar menyeberangi portal dengan kunci perak. Kredit: HasyaNaurah

Victoria Bridge Salah Satu Khazanah Warisan Negara Di Kuala Kangsar Perak
Victoria Bridge berketinggian lebih kurang bangunan 3 tingkat dari aras Sungai Perak

Victoria Bridge Salah Satu Khazanah Warisan Negara Di Kuala Kangsar Perak
Jambatan yang menghubungkan kampung disini

Victoria Bridge Salah Satu Khazanah Warisan Negara Di Kuala Kangsar Perak
Belon dilepaskan tanda ‘Program Pelancongan - 1Malaysia Green, 1Malaysia Clean’ dirasmikan.

Pada jam 12 tengahari, dah time lunch dah masa tuh, Sahabat Media telah di sambut dengan meriah sekali.. Bukan sebab apa.. sebab majlis dah nak start kan.. hehee.. So, perasmian program nih telah di rasmikan oleh Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abd Aziz. 


Banyak acara yang terdapat pada hari kejadian sebenarnya, antaranya kumpulan bungee jump yg menaikkan bendera Malaysia dan bendera negeri Perak dari sungai ke atas Victoria Bridge, kumpulan motor scramble dari pemuda tempatan, rakit beramai-ramai dari hulu sungai hingga ke Victoria bridge, persembahan artis-artis, tarian 1 Malaysia, makan beradab ala-ala tradisional, jualan dan pameran pun ada.

Victoria Bridge Salah Satu Khazanah Warisan Negara Di Kuala Kangsar Perak
Polis yang menjaga keamanan Victoria Bridge pada zaman dahulu..

Victoria Bridge Salah Satu Khazanah Warisan Negara Di Kuala Kangsar Perak
Tarian yang penuh warna-warni 1 Malaysia

Victoria Bridge Salah Satu Khazanah Warisan Negara Di Kuala Kangsar Perak

Victoria Bridge Salah Satu Khazanah Warisan Negara Di Kuala Kangsar Perak
Meriam yang dilepaskan, dicipta sendiri oleh penduduk kampung 

Victoria Bridge Salah Satu Khazanah Warisan Negara Di Kuala Kangsar Perak
Peserta rakit yang berjaya berakit dari subuh ke Victoria Bridge

Victoria Bridge Salah Satu Khazanah Warisan Negara Di Kuala Kangsar Perak
Antara makanan tradisional yang dihidangkan kepada kami.. =P

Victoria Bridge Salah Satu Khazanah Warisan Negara Di Kuala Kangsar Perak
Yeahhh!!

Victoria Bridge Salah Satu Khazanah Warisan Negara Di Kuala Kangsar Perak
Keep Calm.. hehehe.. >.<

Jadi, kepada korang yang di Perak atau yang mahu melawat negeri Perak, boleh lah p kat Victoria Bridge nih, leh rasa sendiri gayat tak hayat duk atas jambatan keretapi yang dan berabad lama tuh.. Memang klu korang nak photoshoot kawin ke, pre-wedding ke.. emmang chantek lah shoot atas landasan keretapi tuh..

Malam nih, ain update untuk dinner kat Homestay Kg. Beng plak k.. Stay tuned.. ehh.. entry p Tawau ritu pun lom update lagi..haaa... apa kata korang bloglistkan www.norainyusoff.com nin kat blog korang.. nanti dah updated, terus naik kat bloglist, terus leh klik dan bacakan.. hehehee.... sesape nk masuk lam blogslist ain, gtau lah k.. adiosss ~ (^_^) ~

3 comments:

  1. kalaula muja dok kl,, boleh join sahabat media,, boleh join korang jenjalan,, jelez,, siyes :'(

    ReplyDelete
  2. makasih ya gan untuk infonya semoga tambah sukses

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca blog Ain nih.. In Shaa Allah ain akan jejak balik nanti..

*P/S: Jangan guna ayat yang tak elok untuk komen, jangan mencarut atau mencabul.. Kerana anda mungkin akan di tangkap oleh pakcik polis.. haaha..