Monday 19 August 2013

Sepetang Bersama Kupu-Kupu Di Tappers


Liya.. tokey kedai..eh, bukan la.. =P

..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Sepetang Bersama Kupu-Kupu Di Tappers | Assalamualaikum.. Selamat petang semua kepada para pembaca. Ingat tak lagi entry Ain sal Ain cari cenderamata kat Pasar Payang ritu? Klu ada yang belum baca, KLIK SINI klu nak tau cerita sebelum Ain dan kupu-kupu ke Tappers untuk memberi peroot yang lapar nih makan..hihi..

Apabila kami dah penat pusing-pusing kat Pasar Payang hari tuh, kami yang kelaparan terus bergegas ke Tappers, iaitu sebuah Restoran yang bedekatan dengan Waterfront Terengganu. Restoran nih, agak baru jugak dibuka di kawasan tersebut. Sebab sebelum nih, takde lagi Ain tengok Restoran tuh kat situ. hehe





Sepetang Bersama Kupu-Kupu Di Tappers


Suasana kat Tappers nih sangat tenang dan mengasyikkan.. *wah..kelass gitu ayat Ain..ekeke* Dengan hiasan dalaman ala-ala kolonial, kerusi rotan yang berwarna putih, pastu dialunkan dengan lagu2 yang mendamaikan, sangatlah selesa makan kat situ. Nak jadikan port detim pon best nih..hihi



Tanpa buang masa, kami masuk dan memesan makanan. Belek-belek menu makanan, pilih punya pilih.. last2 Ain juz order Chicken Parmigiana, turut disertai Sue dan Tinie order chicken parmigiana yang sama. Manakala, Liya plak order Italian Meatballs Spageti


Untuk minuman plak, Ain order Vanilla Milk Shake, perghh.memang ubat sakit tekak lah.. lemaknya tak terkata sedap bila disedut-sedut. huhu.. Tinie plak die order Soda Goo Leng Ping Float, Liya plak Apple Juice dan Sue Mineral Water


Meatballs Spageti

Chicken Chop Parmigiana & Vanilla Milkshake

Soda Goo Leng Ping Float


Tinie dan Sue


Meleleh-leleh minum Vanilla Milkshake, gelojoh btol.. haha

Alhamdulillah.. Selepas ngap semua makanan dan minumam tuh, kami pon apa lagi.. pulang ke rumah masing-masing. Hajat dihati mau ukur jalan lagi, tapi apakan daya, waktu mencemburui kami semua. So, sesape yang rasa nak singgah makan kat cni, leh lah roger2 Ain. Kot-kot korang nak lanje ke kan..ekekkee.. Ain gurau jek. =P


K lah semua.. nantikan entry akan datang dengan sambutan besday boy dan besday girl in advance. Surprise untuk kupu-kupu Ain. Bila balik Terengganu nih, ini lah aktiviti Ain..iaitu melepak dengan kupu-kupu kesayangan Ain nih. Adios smua.. terima kaseh gigih baca blog Ain nih. Jumpa lagi.. =)




10 comments:

  1. wah...nampak santai betul Tappers ni..boleh lah singgah kalau melawat Terengganu.

    ReplyDelete
  2. suka environment nya, ada gaya malaysia yang dimoden kan :)

    ReplyDelete
  3. Salam Syawal, environment restaurant tu nyaman je tengok, makanan pun nmpok sedap2 je. hihi :)

    ReplyDelete
  4. menu-menu dia nampak sedap sangat..boleh la singgah nanti kalau g tganu :)

    ReplyDelete
  5. fatut la kembang semagkuk kuikuikui

    ReplyDelete
  6. @bo: bukan kat trg jek ade tau.. banyak agi branches sekitar malaysia.. :)

    ReplyDelete
  7. @shaq: kan.. ala2 kolonial gitu.. simple jek.. :)

    ReplyDelete
  8. @Amira Mohd Badawi : makanan nye bleh tahan sedapnye... sesuai lah ngan harga kan..ekeke

    ReplyDelete
  9. @akmal: dtg jgn lupa roger2..ehhee

    ReplyDelete
  10. @mawardi yunus: ekekkee.. biasa lah.. boolatkan diri.. ekekkee..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca blog Ain nih.. In Shaa Allah ain akan jejak balik nanti..

*P/S: Jangan guna ayat yang tak elok untuk komen, jangan mencarut atau mencabul.. Kerana anda mungkin akan di tangkap oleh pakcik polis.. haaha..