Perahu |
..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Surprise Birthday Party For Kupu-Kupu | Selamat malam semua kepada para pembaca yang kiut lagi comel.. tak lupa juga kepada pembaca yang hensem lagi tough.. dan juga pembaca yang ayu lagi anggun. Sesape terasa, mohon LIKE laju2.. ekekeke..
Pada 18hb Ogos 2013, iaitu pada hari Ahad yang lepas Ain dan Liya plan untuk buat birthday party untuk besday boy (Wek) dan juga besday girl in advance (Tinie). Di sebabkan Liya dah nak balik ke Pahang, dia nak wat sekali lah besday bff die (Tinie). So,tengahari tuh Ain dan Liya p beli kek dan barang2 nak wat birthday party.
Lepas dah beli kek semua.. Ain pon drive pergi ke rumah Sue, biar Sue yang simpan kek tuh dulu, Selepas itu, kami pon pulang ke rumah masing-masing, sempat lagi Ain terlelap sementara tunggu pukul 5.45 petang. Terjaga jek dari tido, tengok jam dah 5.30 petang, Ain pon dah gabra coz tak solat Asar lagi, pas pada menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim, Ain pon tepon Liya,
" Ya, gane nop g nih.. nop ujang nih. jadi dop nih??" bertubi2 soalan Ain bagi kat Liya.
" Dos, kita jumpa dulu lah.. gane2 pon, aku pon dop tau nop wat mana" Liya jawab lam nada kebimbangan.
" Ok..ok.. klu gitu gop.. aku siap2 dulu lah" Ain pon letak tepon n pergi bersiap2.
Dalam pukul 6.30 petang.. errkk.. *ok ade adegan tunggu menunggu disitu, tuh yang extend sampai 6.30* akhirnya, sampailah kete viva putih depan umah Ain. Liya dan Wek dah ada lam kete. Wek nih, mula-mula ingat kitaorang nak p berkelah jek kat Lagoon (Belakang Masjid Terapung) tuh.
keropok lekor |
Dengan bawak kopok lekor gorengnya due bungkus, siap bawak cawan, mangkuk bagai, bawak air lagi apa smua.. siap singgah kedai beli ais lagi.. Memang berkelah lah sangat kan..Bila dah sampai kat Lagoon tuh, Sue dah ada kat sane, sambil menghirup udara tepi muara pantai.
Kami pon, apa lagi, cari port yang sesuai untuk hamparkan tikar yang bukan mengkuang tuh kat atas rumput. Bukak kopok lekor apa semua.. susun makanan semua.. Dan.. Dan.. Dan...
Psstttt.. Pssttt.. Pssstttt
*bunyi party spray*
Surprise Birthday Party For Kupu-Kupu
Yeaaayyyyyy!!! habis dua orang budak nih kene spray ngan Liya.. ekekkekee.. Akhirnya, menjadi gak surprise birthday party kitaorang untuk besday boy and besday girl in advance nih. Serius, mereka berdua nangis teresak-esak coz terharu dengan surprise yang kitaorang buat. *K, tipu jek*
Kek pon dibuka, untuk santapan peroot kami.. hihi.. "Selamat Hari Tua Wek & Tinie" Pilihan kek kali nih, adalah kek vanilla, dengan hiasan bunga ros warna merah, icing putih dan juga jem blueberry. Perghh.. memang taram kek tuh, 2, 3 keping. Memang makin boolat lah Ain pasni kan..=.="
Memang plan last minit, tapi Alhamdulillah semuanya berjaya di lakukan. Ingatkan dah tak jadi surprise untuk mereka nih, dengan dugaan cuaca nak hujan, dengan Tinie tak nak pergi pada mulanya, dengan.. dengan.. dah, cukup dengan alasan, bila dah start sesuatu jangan berhenti di tengah jalan. *tetibe*
Ini lah kami, always together-gehter.. Bila bosan jek duk umah, kol jek ajak lepak, p shopping lah apa lah.. Memang bestfriend dari kecik especially Liya dan Wek. Mereka lah kupu-kupu Ain yang sentiasa ada waktu untuk bersama. Pas nih, mungkin susah dah nak jumpa mereka semua. Coz Liya dah balik Pahang dan Wek plak bakal menjadi Suami orang pada bulan 9 nih.. uhuk.. uhuk. uhuk..
Maka, tinggal lah Ain sorang-sorang, eh masih ada Tinie dan Sue, tapi Sue dah nak balik KL dah. So, tinggal Tinie jek la yang bakal jadi mangsa bila Ain bosan duk umah nanti..ekekeke..
Adegan suap-menyuap |
umo dieorang bukan 65 okeh..=.=" |
Kepada besday boy dan besday girl..
" Selamat Hari Lahir..!! "Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umo. Semoga silaturahim ini akan terus erat dan apa yang dicita2kan oleh kita semua dapat kita gapai"
"Walau sejauh mana pun kita terpisah, jangan kita lupa akan siapa dibelakang kita, yang selalu memberi kita sokongan dan yang selalu mendoakan kita"
"Untuk yang dah nak masuk ke alam yang baru, tak kiralah alam pekerjaan ataupun alam perkahwinan.. Ain doakan semoga berjaya
dan semoga berbahagia ke anak cucu dan juga hingga ke syurga.
"Tiada kata perpisahan untuk kita semua, hanya takdir yang mampu pisahkan kita semua..
Salam sayang dan rindu dari Ain buat Liya, Wek, Tinie dan Sue"
Errkk.. ok, tetibe touching.. hehee.. Okies lah.. Ain rasa dan panjang berjeler cite Ain kli nih.. huhuhu.. lapar dah peroot nih, k nak turun bawah tengok Along masak apa.. terbau sesuatu jek.. Terima kasih semua sudi baca blog Ain. Tinggalkan link okies, nanti Ain jejak korang balik.. Adios love u all~
salam sy pembaca yg gendut tapi comel hehe... dtg sini mau jemput awak join contest percutian :
ReplyDeletehttp://walkstatic.blogspot.com/2013/08/contest-destinasi-honeymoon-impian.html
@leods presla: in shaa Allah ain join nnti..hihihi
ReplyDeletebesday ai oct ni...jgn la suprise kan tau takut tekezut beruk plak hihihuuu
ReplyDeleteselamat hari lahir utk semua kat situ hihi
ReplyDelete