Wednesday 30 October 2013

Mencari Cenderamata Di Pasar Payang

..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Mencari Cenderamata Di Pasar Payang | Selamat Pagi semua.. Semalam Ain dn kupu-kupu Ain ke Pasar Payang, pasar yang tidak asing lagi di Kuala Terengganu nih. Pasar Payang terletak di Sungai Terengganu dan banyak menawarkan pengunjung pelbagai kraftangan tradisional seperti batik, sutera, songket, sutera dan barangan loyang, serta produk segar. Pasar Payang nih adalah salah satu destinasi perlancongan disini. Jadi, kalau datang ke Kuala Terengganu, jangan lupa singgah kat sini.


Pasar Payang

Mencari Cenderamata Di Pasar Payang

Gambar di atas adalah gambar di hadapan Pasar Payang. Dua tingkat jek pasar payang tuh. Sepetang pusing-pusing kat situ, dah habis tawaf dah. Mata nih asyik melilau-lilau jek tengok batik dan sutera. Semuannya cantik-cantik.


Setelah mengenal pasti kedai cenderamata, apa lagi.. kami pun memilih cenderamata untuk Cikgu Aliya kita. Katanya nak bagi cenderamata untuk anak-anak muridnya di sekolah nanti. Akhirnya, keychain siput menjadi pilihan hati. Senang.. beli satu paket baru RM10, klu beli yang paket besar lagi murah dapat. Dah boleh buat meniaga dah..hehee

Mencari Cenderamata Di Pasar Payang

Telur Penyu


Selepas tuh, kami pon turun ke ground floor, pusing punya pusing.. jumpa jugak dengan telur penyu. Gambar kat atas tuh bukan bola ping pong okeh. Tuh telur penyu. hehee.. Sape tak pernah rasa, silalah rasa.. sedap!


Sempat lagi posing lam Pasar Payang nih kan.. Keropok keping, keropok sira, semua jenis keropok lah ada. Kuih-muih tradisional pun banyak kat sini.







Dan petang kami di habiskan dengan photoshoot depan Waterfront di belakang Kampung Cina, yang bersebelahan dengan Pasar Payang. Permandangan kat sini pada waktu malam, sangat cantik.. macam kat i-City gitu.. So, enjoy the picture.. >.<





Dan tempat last skali kami tuju pada petang tuh adalah Tappers, perut dah bunyi lagu dangdut so kena lah cari makanan cepat-cepat. Restoran Tappers nih berdekatan dengan Waterfront Terengganu. Restoran nih mempunyai  gabungan suasana kontemporari dan reka bentuk kolonial klasik. Di samping tuh, Tappers menyajikan sajian Hainan, Western food dan juga makanan tempatan seperti Nasi lemak. 


Nantikan entri yang akan datang okies, Ain rasa dah panjang berjeler dah nih. Adios semua.. Berjumpa lagi di lain hari.. Assalamualaikum =)



4 comments:

  1. Kenangan mengusik kalbu..Hahaha :p

    ReplyDelete
  2. OK. nice. teringin jugak nak p satu hari nanti. ada macam pasar seni KL ke..??

    btw. tlg kim slm kan kawan tu na.. ;p

    ReplyDelete
  3. selamat hari raye! eh, ko orang terengganu eh.. tape nape takde slang ng ng pun.. aku jejak terengganu baru sekali je.. so pasar payang, tapper waterfront memang tak pernah sampai lagi..

    p/s folo yu folo mi back =P

    ReplyDelete
  4. setiap kali balik ganu mesti gi pasar payang.
    dannn setiap kali tu la xsnap gmbar.
    hehe.

    p/s: nmpk cantik je pasar payang tu dlm gmbr cik wendy ni. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca blog Ain nih.. In Shaa Allah ain akan jejak balik nanti..

*P/S: Jangan guna ayat yang tak elok untuk komen, jangan mencarut atau mencabul.. Kerana anda mungkin akan di tangkap oleh pakcik polis.. haaha..