Thursday 29 May 2014

Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 Mendapat Sambutan Hangat!!

Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 Mendapat Sambutan Hangat!!
Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 Mendapat Sambutan Hangat!!

Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 Mendapat Sambutan Hangat!! | Assalamualaikum dan selamat petang semua.. Alhamdulillah.. Akhirnya dapat jugak ain curi sedikit masa utnuk update tentang Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 nih. 

Disini ain nak ucapkan ribuan terima kasi kepada pihak penganjur yang sudi menjemput ain iaitu Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Terengganu, Persatuan Kembara Negara dan Kayuh Bike Club. Tak lupa jugak kepada Kerajaan Negeri Terengganu, Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit dan MSN Terengganu yang telah berjaya menganjurkan satu acara yang cukup hebat ini.

Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 nih sangatlah mendapat sambutan, kerana seramai 700 lebih peserta telah menyertai acara sukan lasak di Gong Lingai nih..Yang menariknya, penyertaan TLNMR 2014 nih juga disertai oleh negara luar seperti Thailand, Singapore dan juga German. 

Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 Mendapat Sambutan Hangat!!
Acara di rasmikan oleh Dato' Hj. Wan Nawawi

Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 Mendapat Sambutan Hangat!!
Peserta yang penuh bersemangat

Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 Mendapat Sambutan Hangat!!


Peserta TLNMR 2014 dicabar dengan trek yang sejauh 43 KM dan melalui hampir 12 buah kampung di kawasan Batu Rakit ini. Memang menarik sangat-sangat sebab dieorang semua melalui dua buah kampung yang indah dan permai yang pernah menjuarai Pertandingan Kampung Bersih dan Ceria iaitu Kampung Gong Lingai dan Kampung Bukit Wan.

Haaa... untuk pengetahuan semua, acara TLNMR 2014 dibahagikan kepada 4 kategori iaitu Terbuka Lelaki dan Terbuka Wanita, Terbuka Veteren Lelaki dan Terbuka Remaja Lelaki. Terkejut jugak ain bila tengok ada makcik, kakak-kakak dan adik-adik perempuan yang kayuh basikal jugak. Memang bukan calang-calang lah wanita zaman sekarang kan.. Haaa.. jangan pandang sebelah mata jek tau.. =P


Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 Mendapat Sambutan Hangat!!
senyuma sokmo.. =P

Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 Mendapat Sambutan Hangat!!
On road sejauh 13 km 

Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 Mendapat Sambutan Hangat!!
Melalui 12 kampung yang indah dan permai

Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 Mendapat Sambutan Hangat!!
Trek Gong Lingai yang penuh dengan kebun buah-buahan

Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 Mendapat Sambutan Hangat!!
Kayuh jangan dop kayuhhh

Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 Mendapat Sambutan Hangat!!
Trek Gong Lingai 43 KM 

Kami tak dapat masuk ke off-road Trek Gong Lingai nih kerana keadaan kat sana memang mencabar dan terlalu bahayalah untuk kami masuk ke sana, sebab off-road sejauh 30 KM nih akan melalui ladang getah, ladang sawit, padang ragut dan juga anak sungai. 

Masa kat garisan penamat tuh, tengok basikal dieorang dah penuh dengan lumpur, ada jugak lah yang mandi lumpur ain rasa.. hehee.. Pape pun, memang syabas! di ucapkan kepada pemenang dan juga semua peserta, sek yer memang katang r.. Nelang lagi tuh!! 

Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 Mendapat Sambutan Hangat!!
Adik Syazwan yang memenangi acara untuk Kategori Terbuka Remaja Lelaki

Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 Mendapat Sambutan Hangat!!
Peserta yang memenangi acara Terbuka Veteren Lelaki

Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 Mendapat Sambutan Hangat!!
Pemenang bagi acara Terbuka Wanita

Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 Mendapat Sambutan Hangat!!
Pemenang Acara Terbuka Lelaki

Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 Mendapat Sambutan Hangat!!
 Saiful menjadi Johan dalam acara Terbuka Lelaki dengan mencatat masa lebih kurang 1jam 30minit 

Semasa acara Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 nih berlangsung, terdapat pelbagai booth yang dibuka untuk penduduk kampung dan juga pengunjung pada hari kejadian. Seperti, booth derma darah, sekretriat sukan basikal, gerai makanan, dan lain-lain.

Pastu ada juga pertandingan yang di jalankan pada hari tuh, seperti pertandingan mewarna bagi kanak-kanak tadika, pertandingan mengubah hiasan, dan macam-macam lagi lah.. =)

Jom kita tengok lagi gambar-gambar semasa Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 ini berlangsung.. ^_^

Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 Mendapat Sambutan Hangat!!
Penyertaan dari Tak Bai, Thailand seramai 13 orang peserta

Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 Mendapat Sambutan Hangat!!
Ada yang injured!! sakit woo tengok.. -_-"

Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 Mendapat Sambutan Hangat!!
Pengayuh Basikal Malaysia Anuar Manan

Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 Mendapat Sambutan Hangat!!
Gerai-gerai makanan

Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 Mendapat Sambutan Hangat!!
Peserta yang sporting semuanya.. Bereh sokmo.. =P

Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 Mendapat Sambutan Hangat!!
Salah seorang peserta wanita bersama committee yang cun-cun 

Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 Mendapat Sambutan Hangat!!
Semasa sesi cabutan bertuah dan pembahagian hadiah

Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 Mendapat Sambutan Hangat!!
Panas terik.. Waktu nih 12 tengahari.. -_-"

Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 Mendapat Sambutan Hangat!!
Peace yoooO~

Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 Mendapat Sambutan Hangat!!
Hadiah Cabutan Bertuah  yang bernilai RM20,000 kepada semua peserta

Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 Mendapat Sambutan Hangat!!
Hahaha.. lupa nama pakcik nih, Shahril Khan ke apa.. die pon nop interframe.. -_-"

Alhamdulillah.. acara Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 mendapat sambutan yang hangat dan berjaya mengeratkan silaturahim dan mencapai objektifnya yang mana ingin memperkenalkan produk perlancongan yang terdapat di kawasan Batu Rakit ini.

Bagi sesape yang nak mencuba sendiri dan menyahut cabaran Trek di Gong lingai nih, apa kata korang datang sendiri dan merasai dan menikmati keindahan alam semulajadi yang terdapat di daerah Kuala Terengganu nih.. haaa.. nak datang roger-roger lah ain yep.. >.<

Ain harap masa akan datang, dapat p off-road Trek Lingai nih plak.. nak rasa sendiri macam mana cabaran tuh.. In shaa Allah.. kene gohek basikal lah op.. ke gane.. Akhir kata.. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat.. Nantikan update ain tentang penginapan 3H 2M di Sutra Beach Resort, Merang dan pengalaman ain candat sotong plak nanti okeh... Adioss~

Ribuan Termia Kasih kepada:





4 comments:

  1. bestnyaa dapat event macam ni. Ena ingat td kak ain yg join berbasikal td. hehehe.

    ReplyDelete
  2. hehe, kalau tak hari tu dah join dah , tapi sebab exam

    ReplyDelete
  3. Wah, bestnyaaa dpt lihat sendiri event sebegini. Teror lah dorang nii!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca blog Ain nih.. In Shaa Allah ain akan jejak balik nanti..

*P/S: Jangan guna ayat yang tak elok untuk komen, jangan mencarut atau mencabul.. Kerana anda mungkin akan di tangkap oleh pakcik polis.. haaha..