Wednesday 30 April 2014

Cara Memulakan Perniagaan Yang Penuh Cabaran

Cara Memulakan Perniagaan Yang Penuh Cabaran
YNR Collections Batik Exclusive Made in Malaysia 
..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Cara Memulakan Perniagaan Yang Penuh Cabaran | Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah dah masuk 1 Rejab dah kita.. Ain nak share skit pengalaman ain.. Dalam mengharungi bidang perniagaan... Ain cerita pengalaman ain nih bukannya sebab ain dah berjaya, ain masih lagi belum berjaya capai cita-cita ain sepenuhnya.. Cuma nak ingatkan diri ain bagaimana susah dan payahnya nak mulakan perniagaan dan nak ingatkan diri nih apa yang silap dan salah dulu. Selain tuh, ain nak bagi semangat kepada korang yang nak mulakan perniagaan.

Mungkin ada yang cakap, berjaya pun tak, tapi dah tunjuk pandai.. Tak pandai pun, masih belajar lagi nih.. dan masih lagi mendaki menuju kejayaan.. In shaa Allah.. Sekadar berkongsi pengalaman masa berjinak-jinak meniaga dulu.. heee.. tak salah kan.. =P

Okeh, jom Ain nak cerita macam mana ain berjinak-jinak nih.. *cam kucing plak asenye jinak*

Bila dikenangkan balik, zaman mula-mula bergiat cergas dalam meniaga kat hostel atau kat kampus dulu, memang lawak sangat-sangat..

Ain dulu klu nak di katakan, memang seorang yang kaki shopping! Shopaholic!! yup!! itulah ain, Memang tak hairan lah klu bawak duit RM200, dua ratus boleh habis sekali jalan.. klu bawak RM1000 pun seribu tuh jugak lah boleh habis.. =.="

Ain memang suka pakaian yang berfesyen-fesyen.. Dulu, memang tak boleh tengok dress yang lawa-lawa tak kira murah atau mahal.. Kompom! BELI..!! tanpa berfikir panjang. Memang masa tuh bad habit sangat coz suka shopping.. hahaha.. *senget p gelak kenapa*

Okies.. pas pada tuh.. Minat meniaga tuh datang.. Kata budak business kan, bila di sogok dengan bermacam-macam ilmu perniagaa.. terpanggil jugakkan.. heee..

Cara Memulakan Perniagaan Yang Penuh Cabaran
Zaman duk UIA Nilai..  Memang suka main Netball =)
Entah macam mana, minat untuk meniaga tuh muncul masa Ain tengah berlajar di Matrikulasi UIA di Nilai, Negeri Sembilan. Lebih kurang 6 tahun yang lepas..Ain mula berjinak-jinak meniaga menerusi Myspace. Masa tuh zaman myspace.. Memang promote baju kat situ jek, tapi masa tuh memang juz ambik keuntungan atas angin jek lah, means, kita takde produk, tapi kita juz promote produk orang lain. Dalam erti katanya (Dropship).

Masa tuh, ain tak tahu hukum menjual produk orang lain tanpa permission tuannya tuh adalah tak boleh, means HARAM. Tapi bila dah tahu hukumnya macam tuh, ain pon stop. Hahaha.. memang cetek ilmu gila masa tuh.. huhu.. Tapi klu dapat permission tuan punya barang tuh, memang di bolehkan.. haaa. korang rajin-rajin lah godek-godek yek pasal hukum hakam lam menjual beli nih yep.. 

Tapi skang.. Memang dah berlambak-lambak orang buat Dropship Program kan.. Malah Affiliate pon ada.. Dua tuh sebenarnya sama jek konsepnya... Kaedah yang sama digunakan, tanpa perlu simpan produk dan diberi permission unttuk guna pakai gambar produk tuh dan promote..promote dan dapat keuntungan dari situ.. ^_^

Pas pada kisah yang sedih tuh.. Ain pon datang satu idea untuk menjual tudung.. Masa tuh, Ain cakap kat ibu, ain nak meniaga.. Sebab, pada masa tuh, student kat situ memang bertudung..  Student pompuan lah kan, takkan lelaki kot..=P dan memang susah nak dapatkan tudung yang murah.

Ibu dengan penuh kasih sayang, bagi permulaan modal.. Masa tuh, tengah hangat orang duk pakai tudung bawal.. Bawal sulam tangan yang memang cantik gila tuh kan.. Alhamdulillah.. memang laku habis jugak lah..

Memang masa tuh, cara lama digunakan dengan ketuk pintu satu bilik ke satu bilik.. Naik tangga sampai tingakat 4 dan turun ke tingkat-tingkat yang lain.. Pastu p ke blok yang lain plak.. Langkah yangs ama diulang-ulang..

 Cara Memulakan Perniagaan Yang Penuh Cabaran
Bawal Sulam Tangan.. Leh KLIK SINI klu nak beli..
Nih pinjam gambo kawan ain.. Dan dia ada jual bawal sulam tangan.. 
*tak dapat pape komisen pon*

Masyuk jugak time tuh.. Sebab keuntungan boleh dapat dalam 200%-400%. Mesti korang wow!! kan.. tapi skang, memang tak dapat dah lah nak jual bawal sulam tangan yang berharga RM40- RM70 sebabnya.. skang berlambak-lambak tudung bawal sulam tangan yang berharga RM10... Memang orang akan pergi beli yang murah lah kan walaupun kualiti nya tak bape nak bagus... (student dan orang berpendapatan rendah) 

Okies, selepas tuh.. Ain dah habis belajar kat Matrikulasi tuh dan berpindah masuk ke UIAM Gombak.. Kat sana, zaman facebook pun dah mula menular dan kat situlah ain tahu tentang blogging, bolgshop, website dan sebagainya..

Kat UIAM Gombak nih, memang banyak kenangan lah dengan cabaran memulakan perniagaan nih kan.. Dari jual baju, tudung, ain jual nasi lemak, hotdog, kerepek.. ambik dropship sana sini.. Perghhh!! Masa tuh, smua wat duit saku jek.. Memang takde simpanan langsung..!! Maklumlah, masa tuh ain tak ambik pinjaman mana-mana, coz pkir masa tuh taknak bayar balik hutang piutang.. Boleh camtuh.. =.="

Tapi memang sakit jugak sebenarnya..... huh!! nak nanges jap ingat kisah takde duit nak makan dan takde duit nak beli buku.. hahaha.. Okies, sampai sini dulu ain cerita pengalaman ain. Nanti ain akan sambung lagi kisah ain berniaga kat UIAM Gombak yang penuh cabaran tuh okies.. Sehingga berjumpa lagi.. Jazakumullahu Khairan Khatira.. Adioss~ 
Chat Conversation End

4 comments:

  1. Bukan senang nak jadi bisnes woman ni kan. Ena pun belum terbuka hati ni nak terjebak dalam bisnes.

    Apapun, taste kita sama suka fashion2.. ekekeke

    ReplyDelete
  2. rajin berniaga..
    moga rezeki kita bertambah2 bulan rejab ni , insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Tak sabar nak baca part 2 pulak. Ke dah ada? Jap sy nak pi terjah.haha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca blog Ain nih.. In Shaa Allah ain akan jejak balik nanti..

*P/S: Jangan guna ayat yang tak elok untuk komen, jangan mencarut atau mencabul.. Kerana anda mungkin akan di tangkap oleh pakcik polis.. haaha..