Sunday, 30 March 2014

Majlis Perkahwinan Farah Dan Asyraf


..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Majlis Perkahwinan Farah Dan Asyraf | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Korang mesti balik cuti kat kampung kan baru-baru nih, mesti lah.. cuti sekolah katakan.. tak balik kampung bawak anak-anak bercuti memang satu kerugiaan lah.. Ehh. untuk yag dah berumah tangga jek lah kan..hehe



Seperti biasa.. klu cuti sekolah jek, mesti ada kenduri kahwin... Malah berderet-deret majlis orang kawin kene kita hadiri kan.. Gitu jugak ngan Ain.. baru-baru nih berlangsungnya perkahwinan sahabat Ain.. iaitu yah.. Salah seorang #gengtomato.. Klu nak dikirakan.. dah 4 orang geng kami dah mendirikan rumah tangga.. Alhamdulillah..

BarakaAllah... =)
Majlis baru-baru nih, sangat simple dan Alhamdulillah dengan sekali lafaz.. Cik Farah kita dah naik pangkat jadi Puan Farah.. Hehehe.. Semasa di majlis, ain macam biasa jadi photog tak bertauliah..ekekkee..

Suka sangat dengan tema perkahwinan Yah nih.. sebab ala-ala arabia gitu.. Majlisnya sangat simple.. tapi meriah.. Alhamdulillah..majlis yang penuh keberkatan..in shaa Allah.. Tak berlebih-lebihan.. tapi meriah..acane tuh..hehe..


Antara geng tomato yang hadir

Tok yah.. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu cicit dan hingga ke syurga..In shaa Allah.. Semoga menjadi isteri yang solehah dan ibu yang solehah.. In shaa Allah.. Semoga majlis hari tuh dapat memberi inspirasi kepada semua sahabat yang lain.. 

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya: "Sebaik-baik pernikahan adalah yang sedikit (MAHARNYA)" (HR.Abu Daud).

Walaupun sederhana..tapi penuh keberkatan.. Alhamdulillah.. sweet jek tengok tok yah ritu..ekekeke.. Rasa tak sabar plak nak kawin..ekekeke.. =.="

Pape pun..kita tunggu sape plak the next person lam geng tomato yang bakal naik pangkat..hehee... K lah.. nanti ain update lagi yep.. Sibuk sangat sampai tak sempat nak update pape.. K, smua.. Jangan tanya ain bila nak kawin yep..sebab.. calon pon takdak agi..haha..erkk.. k bai.. adioss~ =P


1 comment:

  1. salam..
    SubhanAllah..mjlis mcm ni la yg ptt kita buat, kan,, thniah buat psgn..moga kekal akhr hyt.amin.. =)

    *sejuk mata tengok majlis yang sederhana.yang penting keerkatan =)*

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca blog Ain nih.. In Shaa Allah ain akan jejak balik nanti..

*P/S: Jangan guna ayat yang tak elok untuk komen, jangan mencarut atau mencabul.. Kerana anda mungkin akan di tangkap oleh pakcik polis.. haaha..