Thursday 13 February 2014

Wanita Wajib Baca!! 18 Kesalahan Bertudung Yang Perlu Korang Tahu

Wanita Wajib Baca!! 18 Kesalahan Bertudung Yang Perlu Korang Tahu
Hijabkan diri mu.. 

..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Wanita Wajib Baca!! 18 Kesalahan Bertudung Yang Perlu Korang Tahu | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, kita masih diberikan peluang untuk menghirup udara yang segar di muka bumi Allah yang hanya pinjaman ini. 

Hari nih, ain nak kongsikan dengan semua, petikan dari artikel Aku Islam yang berjudul 18 Kesalahan Bertudung. Kadang-kadang, kita dah rasa, kita bertudung litup dan memadai dengan tuntutan syariat Islam.. Tapi......... Nah, jom sama-sama kita baca.. Mana tahu, kita ada silap selama nih.. =)




Wanita Wajib Baca!! 18 Kesalahan Bertudung Yang Perlu Korang Tahu

  1. Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
  2. Bertudung tetapi dengan ‘T-Shirt’ berlengan pendek.
  3. Bertudung tetapi baju kurungnya terbelah kainnya.
  4. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
  5. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan/atau hujung rambutnya.
  6. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat atau sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
  7. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
  8. Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
  9. Bertudung tetapi menampakkan bahagian hadapan anak rambut.
  10. Bertudung tetapi tidak menutup kaki (memakai stokin). Kaki juga adalah aurat wanita.
  11. Bertudung tetapi tidak menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
  12. Bertudung tetapi penuh dengan hiasan di kepala yang menarik orang lain untuk melihatnya.
  13. Bertudung tetapi menggunakan wangian berlebihan.
  14. Bertudung tapi memakai kasut bertumit tinggi yang menghasilkan bunyi apabila berjalan, jesteru menarik perhatian orang sekeliling.
  15. Bertudung itu hanya apabila memasuki kawasan masjid, menghadiri kenduri perkahwinan atau arwah.
  16. Bertudung hanya apabila hadirnya “lelaki yang bukan ahli keluarga”. Apabila bersama sepupu lelaki, tidak perlu bertudung, sedangkan apabila kita bersalaman dengan mereka pasti terbatal wudhu’ kita. Dengan itu, sepupu lelaki adalah bukan mahram dan wajib menutup aurat di hadapan mereka.
  17. Bertudung, tetapi menayangkan foto tidak bertudung di alam maya (e.g. Facebook).
  18. Bertudung tetapi memakai make-up yang berlebihan. 
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”[Surah Al-Ahzab : 59]


Aku perhati atau melihat dalam syurga , maka aku dapati kebanyakkan penghuninya terdiri daripada golongan orang-orang susah,dan aku melihat didalam neraka maka aku dapati kebanyakkan penghuninya ialah golongan WANITA. [ hadis Riwayat Bukhari ]

Iman seakan-akan menjerit apabila melihat mereka yang yang tidak mampu untuk menutup aurat dengan sempurna.Sedarlah duhai wanita kalian dikasihi ALLAH tutuplah auratmu dengan sempurna !

Nota Hati: Hidayah tak payah di tunggu kerana seruan untuk menutup aurat itu dah berkurun lamanya, dah termaktub dalam Al-Quran.. Adik-adik ku sayang.. kakak-kakak ku sayang.. Saudari yang ku sayangi.. sahabat yang ku sayangi.. AYUH!! kita mulakan hari ini juga... Sikit-sikit.. Lama-lama smuanya tertutup dan terjaga. Percayalah, walaupun pahit, akhirnya akan sangat indah.. Pesanan untuk diri Ain juga.. :')

Wallahualam.. Adioss~

8 comments:

  1. kena niatkan betul2 kenapa kita bertudung..thanks sharing..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. alhamdullilah. bagus sekali entri ni.. sheila mohon share dekat fanpage ye...

    ReplyDelete
  3. bertudung tetapi tidak berstokin
    bertudung tapi baju ketat nampak bentuk badan

    T___T
    doakan aku berjaya

    ReplyDelete
  4. @Kisah Si Dairy : yup.. untuk mengelakkan kita menjadikan ia satu adat.. sama2.. :)

    ReplyDelete
  5. @sheila salim: waalaikummussalam.. sila2.. ain pon share dari AKu Islam. bnyk entry yg menarik kat situ.. :)

    ReplyDelete
  6. @iffah afeefah: in shaa Allah..aku doakan kita semua, dpt menyahut cabaran ini.. hehe.. lap u.. <3

    ReplyDelete
  7. entri yg bagus ain..insyaallah :) lakukan dgn btl.. :) thanks sharing

    ReplyDelete
  8. muhasabah diri . nice info babe :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca blog Ain nih.. In Shaa Allah ain akan jejak balik nanti..

*P/S: Jangan guna ayat yang tak elok untuk komen, jangan mencarut atau mencabul.. Kerana anda mungkin akan di tangkap oleh pakcik polis.. haaha..