Sunday 26 January 2014

Tips Menjaga Alat Solek Yang Mudah


Tips Menjaga Alat Solek Yang Mudah
Alatan untuk Solekan.. =)

..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Tips Menjaga Alat Solek Yang Mudah | Selamat pagi kepada semua pembaca. Hari nih, jom kita bercerita pasal tips menjaga alat solek. Sape yang tak bersolek kat sini?? Paling-paling kurang pun, mesti korang ade pakai compact powder atau bedak muka kan. 

Seperti mana span, alatan mekap yang lain juga perlu sentiasa bersih. Ini termasuklah maskara, pensel mata mahu pun beg mekap anda. Terdapat beberapa perkara yang penting dalam penjagaan alat-alat solek anda antaranya:


Tips Menjaga Alat Solek Yang Mudah


1. Pastikan alatan mekap sentiasa dalam keadaan baik, buang alatan yang sudah berbau atau berubah warna. Misalnya, jika mata anda merah setelah memakai maskara, mungkin ia telah dijangkiti kuman.

2. Selain itu, set berus alat solek juga perlu dicuci setiap kali menggunakannya. Paling mudah, anda boleh gunakan tisu lembap untuk mencuci. Hindari berkongsi span mahupun alat solek dengan rakan-rakan atau mereka yang mempunyai kulit bermasalah seperti jerawat dan sebagainya.

3. Asah pensel mata atau pensel gincu setiap kali digunakan kerana ia akan mendapat lapisan baru. Lapisan lama mungkin sudah kotor dan tidak sesuai jika digunakan pada orang lain.

4. Kosongkan beg solek anda dan cuci supaya bersih dan boleh digunakan kembali sekiranya masih elok. Jika sudah usang atau sudah lama digunakan, sebaiknya tukarlah yang baru.

Haaa.. mudah bukan, kebersihan alat solek korang mesti lah kene jaga.. Sebab nanti taknak lah jadi tempat pembiakan kuman lantas merosakkan kulit kita semua.. Mintak jauh lah kan.. Ermmm.. korang ada nak tambah tak tips-tips yang macam mana nak jaga alat solek nih?? Jangan lupa tinggal komen korang kat bawah ek.. Adioss >.<


2 comments:

  1. jarang pakai mekap..ade mekap tapi tersimpan rapi..hahaa..pakai kadngkala je..

    ReplyDelete
  2. MUDAH je.. lau nak cantik kena rajin kn.. tpi sheda x bape rajin hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca blog Ain nih.. In Shaa Allah ain akan jejak balik nanti..

*P/S: Jangan guna ayat yang tak elok untuk komen, jangan mencarut atau mencabul.. Kerana anda mungkin akan di tangkap oleh pakcik polis.. haaha..