Sunday, 26 January 2014

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional
Suasana Pagi Di Homestay Kg. Beng yang sangat dingin.. =)
 ..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang cantik lagi hensem. Hehehe.. Seperti yang dijanjikan oleh Ain dalam entry yang lepas BACA SINI, Ain nak bercerita tentang kisah Ain dan Sahabat Media menaiki bot pada pukul 4 pagi di dalam suhu mungkin 16'celcius.. Memang macam duk lam aircond lah angin yang menyapa pipi pada malam tuh.. =.="


Memang, pada malam tuh, kitaorang terpaksa menunggu giliran untuk naik bot. Dengan matanya dah lalok, dan hujan renyai-renyai plak tuh.. Memang otak takleh nak berfikir langsung, cuma bantal dan selimut jek nampak kat mata time uh..

Sesampainya kami kat sana, perasaan excited dan ingin tahu macam mana lah Homestay Kg. Beng nih kan, memang sangat mengumbirakan hati... Kami disambut dengan samar-samar nyalaan pelita betik yang dipacak di setiap laluan penjalan kaki di tebing sungai Kg. Beng.

Sedikit taklimat dan minuman ringan disediakan untuk semua Sahabat Media pada pagi itu... Sampai jek kat umah keluarga angkat, Ain bersama Iffah, Dik Bee, Kak Linda dan adiknya Myra apa lagikan.. bersihkan diri dan tarik selimut tutup lampu dan tidur.. Krooohh.. Kroohhh..


Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional


Bila matahari dah muncul.. Barulah kami nampak macam mana suasana Homestay Kg. Beng ini sebenarnya.. SubhanaAllah.. Sangat indah, kabus-kabus kat bukit dan gunung tuh, kita semua boleh nampak. Suasana yang dingin tuh, memang menenangkan fikiran kitaorang semua. Tambah-tambah lagi, pepagi mak angkat kami dah sediakan nasi lemak, yang mana sambal bilis die.. memang MARVELOUSSS!!

Pagi tuh, kami bersiap sedia untuk pergi ke Pesta Makanan Tradisional di Dataran Lenggong. Sebelum tuh, nah... ain kasi korang menikmati keindahan alam semulajadi yang masih belum tercemar dek zaman nih.. Memang sangat berlainan dengan tempat kita di bandar metropolitan tuh. 

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional
Ada gerai utnuk lepak-lepak kat belakang umah kami

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional
Permandangan depan umah kami

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional
Ini lah umah Keluarga angkat Ain.. =)

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional
Pancor atau Pelita betik yang ain cerita tadi..

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional
Semua dah berebut-rebut nak naik bot haaa...

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional
Aktiviti yang boleh dilakukan di Tasik Raban
Rupa-rupanya, sungai yang kami lalu pada malam tuh, bukannya sungai.. tapi tasik..=.=" Tasik Raban merupakan sebahagian daripada Tasik Chenderoh yang terhasil daripada pembinaan empangan janakuasa elektrik Chenderoh yang terletak di Sauk. Tasik nih diberi nama Tasik Raban bersempena nama Kampung Raban yang berdekatan. 

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional
Dikbee, Ujang dan Iffah

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional
Haaa.. semua nak kemwhor.. Najib, Abah Careno dan Mr. Redscarz  

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional
Ujang menunjukkan bakat mendayung sampan..ekekekeke =P

Untuk pengetahuan semua, daripada jeti Tasik Raban tuh ke jeti Homestay Kg. Beng mengambil masa selama 30 minit.. Memang menung jugak lah ingat kat pakwe lama masa naik bot nih.. hehehe... *gurau jek* 
Setiap keluarga di Kampung Beng ini mempunyai sebuah bot. Dieorang akan ke pasar, sekolah, bandar atau kemana saja dengan menaiki Bot.

Bagi dieorang bot nih lah yang menajdi kenderaan rasmi.. heee.. Sebenarnya, ada jek jalan raya untuk ke Kampung Beng nih atau Kg. Ring nih, tapi jalan darat tuh jauh dan jalannya hanya muat satu kereta jek.. Kiranya, klu ada kereta bertembung, memang...errrrkkk.. Puuhhh semangat kan.. Jalannya pon tak bape nak elok sangat... So, penduduk kampung nih lebih selesa menaiki bot... =)

Kat bawah nih, Ain lampirkan keratan Brosur Homestay By Rail nih untuk korang semua. Mana lah tahu kan, korang terasa nak p honeymoon ke, nak p bercuti, istirehat bersama keluarga dan kawan-kawan ke.. haaa... Jom ushaaa pakej yang disediakan~

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional

Sangat menarik bukan, banyak aktiviti yang disediakan untuk para pengunjung. Bukan setakat Homestay Kg. Beng jek yang ada, tapi ada jugak Homestay Bukit Gantang, Homestay Klah dan lain-lain lagi... Korang pilih jek.. rasa berkenan kat hati jek, terus boleh kol no. yang tertera kat brosur tuh...

Pengalaman yang sangat unik dan tak dapat dilupakan nih, Ain abadi kan dalam blog nih.. Semoga dapat memberikan serba sedikit info dan panduan kepada korang semua utnuk bercuti di Malaysia nih. Sempena tahun Melawat Malaysia 2014 nih, jom lah kita support industri pelancongan negara kita nih... ^_^


Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional

Ehh.. tunggu jap..belum habis... Hehehehe... Kepada korang yang nak mencuba menginap di Homestay-homestay nih bersama keluarga angkat yang sangat sporting dan mengekalkan tradisi yang tersendiri nih, korang boleh hubungi.....

"EXPERIENCE MALAYSIAN HOMESTAY BY RAIL"

Untuk maklumat lanjut korang boleh hubungi :

Railway Tourism Association Malaysia (RTAM)
Malaysia Tourism Centre (MaTiC)
109, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Mobile: 017-364 1157 / 019-326 8480
E-mail: secretariat.rtam@gmail.com

Ehh.. Macam tak habis cite jek kan..yup.. ade lagi tau cite nyee.. tunggguuu next entry tau.. Kisah Pengalaman Ain Naik Bot, Pesta Makanan Tradisional Lenggong dan juga Dinner bersama keluarga angkt di Homestay Kg.Beng..  Haaa.banyak lagi yang Ain nak cite... >.< stay tuneddd..!! Adios~



7 comments:

  1. Erkkk xde mood lg nk taip hahaha

    ReplyDelete
  2. klu pergi seminggu mesti syok..
    takyah pikir pasal keje, duk relax-relax kat kampung tuh
    hermm

    ReplyDelete
  3. pelita betik tu memng first time nampak..hehe..mesti lawa malam2 kan

    ReplyDelete
  4. wah,, seriously jelez giler,, nak gak join sahabat media,, cemana,, :'(

    ReplyDelete
  5. best entry ni lengkap.. yg tak best bnyk kali nak komen tak lepas....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca blog Ain nih.. In Shaa Allah ain akan jejak balik nanti..

*P/S: Jangan guna ayat yang tak elok untuk komen, jangan mencarut atau mencabul.. Kerana anda mungkin akan di tangkap oleh pakcik polis.. haaha..