Thursday 26 March 2015

Pakej Fotografi Perkahwinan Murah 2015

Pakej Fotografi Perkahwinan Murah 2015

Pakej Fotografi Perkahwinan Murah 2015 | Assalamualaikum semua pembaca ain yang budiman.. Korang sehat ke nih? Haaa.. Tahun 2015 nih, pasti ramai antara kawan-kawan, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang dan makcik dan pakcik korang yang nak kawin kan??

Mesti ramai yang tercari-cari pakej Fotografi Perkahwinan yang murah kan.. Haaa... Ain nak share ngan smua.. Untuk Pengetahuan semua, ain sedang bergiat cergas lagi ligas dalam bidang fotografi skang. Alhamdulillah, fotografi menjadi salah satu impian ain untuk diceburi.. Now, dah berjaya menceburkan diri dah dalam bidang nih.. Sedikit sebanyak, banyak benda yang ain belajar dari sifu-sifu yang tak pernah loket memberi ilmu.. TQ sifu-sifu ^_^

Untuk pakej fotografi perkahwinan yang murah, korang perlulah tahu akan tarikh bahagia korang. Seperti tarikh akad nikah, Majlis Resepsi dan juga Majlis Bertandang. Selain tuh, ada jugak majlis-majlis tambahan yang diraikan oleh sesetengah pengantin seperti Majlis Malam Berinai, Majlis Khatam Al-Quran dan sebagainya...



Pakej Fotografi Perkahwinan Murah 2015 


Haaa.. Bila tarikh dah ada, korang pon mesti kene tau bajet korang bape. Sesetengah fotografer nih sangat lah baik hati, yang mana korang boleh lah nego harga pakej dengan dieorang. Untuk dapat pakej fotografi yang murah dan berbaloi-baloi, korang kenelah telitikan apa yang korang dapat dalam pakej-pakej yang ditawarkan oleh fotografer.

Contohnya, Dalam pakej A, korang akan dapat 2 roll gambar 4R, 2 keping gambar 8R dan extra-extra.. Jadi, pastikan korang tahu, apa yang korang nak untuk pakej fotografi perkahwinan korang. 

Kebiasaannya, Fotografer akan menawarkan sesi photoshoot outdoor secara percuma. Di mana, sesi outdoor nih sangatlah digemari oleh para dan pari fotografer semua, termasuklah pengantin dan raja sehari.. Apa taknye, korang leh posing macam2 gaya, sebab tetamu dah takde.. hehee.. hanya korang n forografer jek lah yg ada.. so, masa tuh dah free dari malu-malu kucing..meoww-meooww.. =P


Okeh, jadi pastikan anda tahu bajet anda banyak mana, tarikh hari bahagia anda. Kebiasaan, fotografer amat suka akan pasangan pegantin yang sporting, dari awal semasa membooking lagi. Ain nasihatkan untuk korang yang nak bertanyakan tentang pakej fotografi perkahwinan, korang pertama-tama nya perlulah bagi salam.. ehh..hehe.. gurau, tapi tuh wajib lah bagi kita yang beragama islam. Ok, nih ain bagi sedikit info dan tips untuk membooking pakej fotografi perkahwinan.

  1. Kenalkan diri anda ( Assalamualaikum, saya ain... nak tanya tentang pakej fotografi nih.. )
  2. Senaraikan tarikh dan lokasi hari bahagia anda ( Inshaa Allah, majlis saya pada 6hb June 2015 di Kuala Terengganu)
  3. Beritahu bajet anda ( Saya punya bajet tak banyak untuk fotografi.. lebih kurang dlm RM900-RM1000)
  4. Ok, bila dah gtau semua diatas, maka encik or cik fotografer akan bagi pakej-pakej yang mereka sediakan.. In shaa Allah, klu ada kerjasama dari kedua belah pihak, maka mudah dan senang lah rundingannya.. in shaa Allah.. ^_^




Jadi, untuk korang yang berada di Terengganu, dan masih tercari-cari pakej fotografi perkahwinan yang murah pada tahun 2015 nih, Meh, ke FB page ain dan FB personal ain dan juga instagram ain di bawah.. ^_^



ataupon direct whatsapp ain untuk bertanyakan 
pakej fotografi perkahwinan dan  untuk respond yang lebih pantas:

014-5498028 ( Norain Yusoff )


1 comment:

Terima kasih kerana sudi baca blog Ain nih.. In Shaa Allah ain akan jejak balik nanti..

*P/S: Jangan guna ayat yang tak elok untuk komen, jangan mencarut atau mencabul.. Kerana anda mungkin akan di tangkap oleh pakcik polis.. haaha..