Monday 9 December 2013

Pasu Batik Felda Sungai Tengi Mengamit Hati Kami

..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Pasu Batik Felda Sungai Tengi Mengamit Hati Kami
Pasu Batik Felda Sungai Tengi 

Pasu Batik Felda Sungai Tengi Mengamit Hati Kami


Pasu Batik Felda Sungai Tengi Mengamit Hati Kami | Pada entry yang lepas, Ain telah menceritakan pengalaman Ain bersama Sahabat Media melawat tempat perlancongan yang menarik di sekitar Hulu Selangor. [KLIK SINI]

Jadi, kali nih Ain nak sambung cerita Ain tentang lawatan Sahabat Media ke Felda Sungai Tengi. Di sana kami disambut mesra oleh Puan Seri Rohani selaku pengusaha Pasu Batik yang terkenal di negeri Selangor ini. Kami diberi peluang untuk melihat sendiri bagaimana Pasu Batik itu dibuat dan diterangkan serba sedikit tentang pembuatan Pasu Batik ini.

Ternyata, untuk buat Pasu batik nih, sangat-sangat lah rumit, sebab ia perlu melalui banyak proses, dari proses nak buat labu sayung sehinggalah nak tampal kain batik kat pasu tuh. Ain tengok pon macam ternganga mulot jap, sebab memang perlukan ketelitian yang tinggi.

Pasu Batik Felda Sungai Tengi Mengamit Hati Kami

Walaupun Pasu Batik nih, memerlukan kemahiran yang tinggi untuk hasilkannya, harga sebiji Pasu Batik tuh sangatlah berpatutan. Seperti Pasu Batik yang bersaiz kecil nih, hanya RM15 jek. Sesuai sangat untuk dijadikan cenderamata atau hiasan di dalam rumah. 

Produk kraf yang mendapat banyak awards nih, bagi Ain boleh lah dikembangkan lagi ke pasaran luar negara. Kerana bagi Ain, Pasu Batik nih boleh menarik ramai pembeli terutama peminat hardcore Batik. Sebab ia sangat unik dan tak ramai pengusaha yang buat Pasu batik nih.

Jadi, korang boleh lah lawati http://allaboutpasubatik.blogspot.com/ untuk ketahui lebih lanjut. Nak tahu apa lagi yang menarik di Hulu Selangor?? Tunggu next entry okiess.. Nanti korang boleh tengok Ain adventure dalam hutan. Men tubing dalam sungai yang memisahkan negeri Selangor dan Perak. Tungggguuuuu~ adios~


Tajaan Hebat:









1 comment:

Terima kasih kerana sudi baca blog Ain nih.. In Shaa Allah ain akan jejak balik nanti..

*P/S: Jangan guna ayat yang tak elok untuk komen, jangan mencarut atau mencabul.. Kerana anda mungkin akan di tangkap oleh pakcik polis.. haaha..