..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Sahabat Media Ke Hulu Selangor Cuti-Cuti 1 Malaysia Sempena Visit Malaysia 2014
Sahabat Media Ke Hulu Selangor Cuti-Cuti 1 Malaysia Sempena Visit Malaysia 2014 | Assalamualaikum kepada semua pembaca, rasanya dah lama Ain tak update blog nih, harap semua orang tak rindu lah yep. Kali ini Ain ingin menceritakan pengalaman Ain yang sangat-sangat bermakna, tentang penyertaan Ain dalam program yang dianjurkan oleh m-mode dengan kerjasama Santai Travel dan juga Tourism Malaysia.
Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di sekitar Hulu Selangor, Malaysia. Tempat pertama yang Sahabat Media lawati adalah Kompleks Taman Seni Islam, Selangor di Shah Alam. Sampainya disana, kami dijamu sarapan pagi dan selepas itu sedikit taklimat disampaikan oleh pihak Yayasan Restu.
Ketibaan Sahabat Media semua di sambut mesra.. =) |
Tulis nama kat guset book dan dapat cenderemata dari Yayasan Restu. |
Mecru tanda Kompleks Taman Seni Islam, Selangor iaitu Pucuk Rebung |
Di sini Sahabat Media dibawa melawat dan diberikan penerangan serba sedikit tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Yayasan Restu di Komples tersebut. Terdapat Naskah-naskah Al-Quran yang begitu tinggi nilainya dan mempunyai sejarah yang sangat menarik di sebalik pencetakan Al-Quran tersebut.
Selain itu, kat sini terdapat juga model rumah Rasulullah S.A.W yang sangat menarik. Rumah sebenar Baginda adalah 3 kali lebih besar daripada model rumah yang terdapat di komples tersebut.
Antara Al-Quran yang terdapat di Kompleks Taman Seni, Selangor |
Ini adalah 9 kaligraphi yang digunakan dalam pencentakan Al-Quran di seluruh dunia. |
Kepada sesape yang ingin melihat sendiri dan mengetahui bagaimana sejarah pencetakan Al-Quran dilakukan, korang bolehlah datang ke Kompleks Taman Seni Islam ini. Kalau tak silap masuk adalah PERCUMA..
Terdapat juga kursus pendek dan juga program seperti Mushaf Art Diploma dan Caligraphy Classes yang ditawarkan di sini. Korang boleh lah, lawati laman web Yayasan Restu untuk tahu lebih lanjut (KLIK).
Indahnya kesenian Islam ini, anak-anak muda bolehlah mempelajari kesenian Islam turun temurun ini di samping memartabatkan Agama Islam. In Shaa Allah.. Sebelum kami bersurai, Sahabat Media di berikan sedikit cenderemata dari pihak Yayasan Restu dan Kompleks Taman Seni Islam...
it's my name in Kaligraphy... chantekkan.. =) |
Sahabat Media Ain.. namanya Aina dari Utusan Karya =D |
Wokies semua.. Tunggu next entry okies.. kita ke Felda Sg. Tengi, Hulu Selangor pulak untuk melihat bagaimana Pasu Batik di hasilkan.
Terima Kasih kepada semua Sahabat Media, pihak penganjur dan rakan-rakan blogger yang menyertai program ini.. Mk Syahir, Mawardi Yunus, Que Ahmad, Kisah Tatie dan juga Nisa Kay, Melastik Bintang, Irfan dan yang menjayakan program ini... * ayat macam penganjur plakkan.. * =.="
Adios~ bertemu lagi nanti.. In shaa Allah.. >.<
Tajaan Hebat.. =) |
hai ain. malulah ada gambor kita tutup2 mata tuu. hahaha
ReplyDeleteHai ainnn, malulahh ada gambor kita tutup2 mata tuu. hahahaha
ReplyDeleteuntungla jalan2 ditaja kan
ReplyDeleteterbaiklah review ! saya pon malas nak start lagi haha
ReplyDeletesingga sini dear :)
ReplyDeleteseronoknya dapat peluang pergi tengok semua tu
Best nampaknya...
ReplyDeletefuyooooooooo...hihihi
ReplyDelete