Tuesday, 2 July 2013

Cerpen: Petunjuk Itu Ada

" Mirul ada benda nak bagitahu Emy" Mirul memandang tepat ke dalam mata Emy.

"Apa dia Mirul??" 

"Mirul nak terus terang ngan Emy, yang sebenarnya Mirul bukan seorang yang Emy sangkakan." Lantas Mirul membawa Emy pulang ke rumahnya. 

Sesudah sampai di rumah Mirul, mereka masuk ke dalam rumah dan Emy melihat ayah Mirul dan kakaknya ada di ruang tamu. Emy sudah lama berkawan dengan Mirul, keluarga Mirul memang sudah di anggap keluarganya sendiri. 

Mereka masuk kedalam bilik Mirul. Mirul mengunci pintu bilik tersebut dan menyelongkar kabinet tv didalam bilik tersebut. 

" Mirul harap Emy dapat buat keputusan selepas Mirul tunjukkan benda ni kat Emy" Mirul mengeluarkan satu bungkusan dari kabinet tv tersebut.

" Mirul terima segala keputusan yang Emy buat selepas ini" Lantas Mirul membuka bungkusan tersebut satu persatu. 

Emy dengan debaran di dada, memandang tepat ke arah bungkusan tersebut. Ternyata, bungkusan tersebut membuat dia terkedu dan terkelu lidahnya.

Mirul memandang Emy, " Mirul nak Emy buat keputusan".

" Aku tak tahu nak kata apa Mirul, kenapa kau simpan benda nih??" Emy mengangkat sepucuk pistol daripada bungkusan tersebut. Berat jugak pistol nih, bisik Emy dalam hatinya. Apa aku nak buat sekarang? Ya Allah.. Kuatkan hati aku. 

"Mirul dah cuci tangan Emy, Mirul nak berubah" Mirul masih memandang tepat ke arah Emy. 

"Mirul, klu ko nak berubah.. Aku nak ko berubah demi diri ko, keluarga ko dan bukan sebab aku." Emy membelik lagi bungkusan tersebut. Peluru yang anggarannya dalam 30 biji diteliti Emy dengan berhati-hati. Debaran didadanya masih kencang di tambah dengan senjata api yang merbahaya dihadapnnya. 

"Mirul nak Emy buat keputusan, terima Mirul atau tak??"

Emy memandang Mirul dan merenungnya lama-lama. Dia tidak dapat membuat keputusan apa-apa buat masa itu. Dia hanya mampu mengingati Allah dan niat baiknya untuk mengubah Si Amirul yang dia dah anggap sebagai kekasih. 

"Mirul, Emy nak Mirul buang semua nih, depan mata Emy jugak" 

"Mirul bleh buang Emy". Mirul membungkus semula bungkusan tersebut dengan rapi dan memasukkannya kedalam beg. 

Tidak lama kemudian, mereka bergerak ke sebatang  sungai di Gombak. Mirul memberhentikan motosikalnya dan melihat sekeliling. Apabila dia memastikan tiada sesiapa disekitar kawasan tersebut, Mirul terus mencampakkan bungkusan ditangannya.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, Mirul berubah sedikit demi sedikit. Emy bahagia dengan hubungannya dengan Amirul sekarang. Amirul dah banyak berubah. Kalau dulunya rambut Amirul berwarna blond, di telinganya bertindik subang, kini tidak lagi, rambut Mirul dah kene botakkan. Hubungan mereka bahagia hari ke hari.


"Eh, nih kereta sape yang Mirul bawak nih?" Setelah masuk kedalam Satria Neo yang dipandu oleh Mirul, Emy hairan dan terus menanyakan Mirul kerana setahu Emy, Mirul tidak ada kereta sebelum ini.

"Kereta member, pinjam jap" Satria Neo hitam yang dipandu Mirul laju menuju ke Selayang Baru. 

"Kita jumpa kawan-kawan Mirul jap yek, ada hal skit." Sesudah sampai di sebuah rumah teres dua tingkat, mereka turun dari kereta dan memasuki rumah tersebut. Di situ, Emy berkenalan dengan sepasang suami isteri yang umurnya sama baya dengan Emy dan beberapa orang lelaki yang di mana kawan-kawan Mirul.

Emy hanya mendengar perbualan mereka tanpa berkata apa-apa. Emy memerhatikan sekeliling rumah tersebut. Mewah jugak mereka nih, sedangkan masih muda. Tapi dah boleh menyewa rumah macam nih. Terdetik dihati Emy, "takkan Mirul wat keje tuh lagi??" Emy tertanya-tanya.

Setelah sejam dirumah tersebut, Mirul dan Emy berangkat ke shopping complex di ibu kota. 

"Hari nih, Emy pilihlah apa-apa jek yang Emy suka k.. Semuanya Mirul belanja, Mirul dapat gaji hari ni"

"Eh, Mirul simpan lah duit tuh, tak yah susah nak belanja Emy k" Emy menarik hidung Mirul. 

"Ala, tak kesah la.. Mirul nak belikan baju dan seluar baru kat Emy, Emy pilih jek k.. Mirul bayar"

Selepas shopping sakan, mereka berangkat pulang. Tiba-tiba semasa dalam perjalanan pulang, ada sebuah kereta peronda menyuruh Mirul memberhentikan kereta. Mirul berdegil untuk tidak berhentikan keretanya. Keretanya di pandu laju dan cuba melarikan diri dari kereta peronda tersebut.

"Emy tenang k!!" Mirul memintas-mintas kereta yang ada di hadapannya. Pedal minyak dipijak habis-habisan oleh Mirul. Tiba-tiba Emy mendengar satu dentuman kuat dan pandangan Emy menjadi malap.

Satu cahaya menusuk mata Emy, Emy terkebil-kebil melihat Mama dan Papanya. 

"Mama, Emy kat mana nih??" Emy bertanyakan Mamanya. Mama dan papa nya saling berpandangan. 

"Emy kat hospital nih, Emy eksiden semalam" Mama Emy, cuba menenangkan Emy.

"Mana Mirul ma??" Emy cuba menahan perit di mukanya. 

"Emy rehat dulu k.. Nanti Mama ceritakan".

Sebulan berlalu, Emy dan Papanya baru sahaja pulang dari mahkamah. Ternyata tekaan Emy tepat belaka. Mirul masih melakukan kerja yang dikatanya untuk cuci tangan dahulu. Semasa hari kemalangan tersebut, Mirul menyimpan heroin didalam but keretanya. Disebabkan itu, dia melarikan diri dari pihak polis dan nahas dalam kemalangan. 

Semasa di mahkamah, Emy dapat bersua muka dengan Amirul yang patah tangannya dan sedikit calar di mukanya. Amirul meminta maaf dengan Emy kerana menipu Emy selama ini. Kes Amirul masih lagi dalam pembicaraan mahkamah di bawah seksyen Akta Dadah Berbahaya 1952. 

"Ya Allah, aku mohon kepadamu, tunjukkanlah dia kejalan yang lurus". Emy mengaminkan doanya sambil menitiskan air mata selepas selesai menunaikan solat taubat malam itu. TAMAT.



2 comments:

  1. Mirul ni grrr

    sabo jela aku

    ingtkn dia da insaf

    ReplyDelete
  2. nasib baik emy tak kene tangkap sekali..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca blog Ain nih.. In Shaa Allah ain akan jejak balik nanti..

*P/S: Jangan guna ayat yang tak elok untuk komen, jangan mencarut atau mencabul.. Kerana anda mungkin akan di tangkap oleh pakcik polis.. haaha..