Friday 7 June 2013

Jadikan Diriku Wanita Yang Solehah


....بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Assalamualaikum.. Dah hari Jumaat dah ka.. cepatnya masa berlalu.. Pejam celik.. pejam celik.. dah bulan enam dah.. Alhamdulillah.. Ain dah berjaya lalui Final Exam untuk semester akhir nih.. Skang hanya tawakal dan berdoa agar dapat result yang baik. 


Dalam tak sedar.. banyak yang telah Ain belajar kat IIUM nih.. ilmu dunia dan juga ilmu akhirat.. Ilmu yang tak pernah habis-habis untuk di terokai.. Terima kasih buat semua lecturers, rakan-rakan seperjuangan dan jugak family yang tak pernah lekang dari memberi nasihat dan tunjuk ajar. 


Berakhirnya semester nih bukannya berakhir kehidupan seorang pelajar. Bagi Ain.. ia adalah suatu titik permulaan untuk melangkah ke alam yang baru.. Bukan alam misteri okies.. ekeke.. alam kehidupan seorang pekerja plak.. haaa.. cakap sal kerja.. dah dapat kerja lom Ain nih??.


Ahaskkzz.. okies.. doakan Ain di murahkan rezeki okies.. dapat kerja yang elok dan diberkati Allah.. In Shaa Allah.. begitu jugak korang.. Always do ur best in whatever you do. Passion is the key in whatever you do.. Then, you will get the best result.. =)

Hamboiiiihh..!! speaking gitu haa.. Ain ada nak bagi tahu satu benda.. Dekat IIUM nih, ramai sangat sahabat-sahabat yang solehah.. jaga aurat masing-masing.. jaga akhlak dan juga jaga diri mereka.. terdetik di hati ini satu perasaan cemburu kat dieorang semua.. Semua orang nak jadi SOLEHAH kan.. sape yang taknak.. Doa kan ain okies.. dan juga untuk sahabat semua.. In Shaa Allah.. 


Dalam nak jadi Solehah dan jugak menjadi yang terbaik dalam sesuatu.. kita perlu istiqomah dalam apa yang kita lakukan.. Istiqomah sangat penting.. Ain ada terjumpa satu cara untuk kita istiqomah dalam melakukan kebaikan.. nak tahu caranya??  Nanti Ain update pasal nih okies.. In Shaa Allah.. k lah.. nak packing barang.. jap agi Abang Long sampai.. Doakan perjalanan Ain selamat sampai ke Terengganu okies.. Adios~  >.<



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi baca blog Ain nih.. In Shaa Allah ain akan jejak balik nanti..

*P/S: Jangan guna ayat yang tak elok untuk komen, jangan mencarut atau mencabul.. Kerana anda mungkin akan di tangkap oleh pakcik polis.. haaha..