Friday, 3 May 2013

Muzium Negara

....بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Hujan dah turun.. Nih syok tdo time hujan nih..   Lom bleh tdo lagi la.. hurm, kene siapkan assignment dulu.. tapi tabah jek update blogkan.. Semalam 'Labor's Day' kan? korang p jenjalan memana tak?? mesti ramai jek yang p PWTC kan? Pesta Buku.. Wendy pergi juga PWTC tuh..tapi lalu jek la..hehehe


Semalam wendy dan rakan blogger Pari Pari Putih, Iffah Afeefah, Dik Bee dan MK Syahir telah membuat lawatan sambil belajar di Muzium Negara.. Haaaa.. Sape blom pernah pergi?? Sape pernah pergi?? Wendy dah pergi.. hehe.. 1st time pergi Muzium Negara semalam la.. hehehe.. Best!! jom layan gambar jom..


Tayang tiket masuk.. RM2 untuk yang berumur 13 tahun ke atas dan mempunyai My Kad


Apa lagi kan.. bila dah masuk dalam tuh.. snap-snap lah gambarkan.. 
Al-maklumlah kamera bleh bawak masuk.. =)







Dalam Muzium Negara nih ada 4 galeri.. Galeri A adalah galeri Sejarah Awal.. Kat situ, kita bleh tengok artifak lama dan kita dapat mengenali evolusi alat-alat batu yang digunakan pada zaman Paleolitik, Hoabianh serta Neolitik. 


Antara artifak yang menarik perhatian ialah Manusia Perak, rangka manusia tertua yang hampir lengkap di Asia Tenggara yang ditemui di Malaysia yang berusia kira-kira 10,000-11,000 tahun dahulu. Woaahhh!! Real okeh... 


Manusia Perak


Di Galeri B plak terdapat peninggalan Kerajaan-kerajaan Melayu.. Kat sini lah kita bleh tengok Hang Tuah.. eh.. Mural Hang Tuah, dan dapat mengenali permulaan Kerajaan Melayu Melaka dan penyebaran Islam ke Tanah Melayu nih.. Al-Quran Seratus tahun pon ada jugak.. haaa.. klu nak tengok, sila lah beramai-ramai melawat Muzium Negara okeh.. =)


Mural Hang Tuah



Era Kolonial plak terdapat di Galeri C.. Kat sini kita leh tengok lah kapal-kapal bugis, sejarah jajahan Portugis, Belanda, British, Jepun dan seangkatan dengannya.. Dalam galeri nih kita leh tengok impak yang ditinggalkan oleh penjajah ke atas Tanah Melayu dari sudut politik, sosial dan ekonomi yang membawa kepada asas pembentukan Malaysia pada hari ini.

Duit Jepun

Kapal Korek



Dan akhir skali Galeri D: Malaysia Kini.. Semalam dalam renovation.. So, kitaorang tak leh masuk la.. Tapi lam galeri D nih ia memaparkan sejarah gerakan nasionalisme yang dipelopori oleh tokoh-tokoh kebangsaan sehinggalah kepada penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO (United Malay National Organisation) pada tahun 1946. haaaaa... 






Memang syok pergi ke Muzium Negara nih.. Dapat kenal asal usul kita dan dapat tengok peninggalan dan artifak-artifak lama.. Memang cuti yang produktifkan.. hihi.. K lah smua.. nak sambung wat assignment plak.. Ade tempat sejarah yang best untuk buat lawatan tak?? Next trip kat mana lak ek?? Makam Mahsuri?? Bukit Bendera?? haa.. tunggu okies~ Adios smua.. Love u All~ 

6 comments:

  1. ok. esok nk bawak adik p sana.. ;p

    ReplyDelete
  2. kita pergi masa bulan puasa haritu.. hehe.. best.. :)

    ReplyDelete
  3. wah...cantik ko edit gambar... honestly, aku pun pestime gi muzium.. dah tua bangka baru nak pegi kan... yela, dulu masa skolah x leh nak join sgt rombongan skolah, lgpun skolah tak nak gi muzium pun...huhuu

    ReplyDelete
  4. paling x leh bla bila tourist dari cina tu ajak kita bergambor ekekeek masyuukkk muka aku rasa dah terpampang kot kat bill board kat China hahahah kbai :P

    ReplyDelete

  5. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca blog Ain nih.. In Shaa Allah ain akan jejak balik nanti..

*P/S: Jangan guna ayat yang tak elok untuk komen, jangan mencarut atau mencabul.. Kerana anda mungkin akan di tangkap oleh pakcik polis.. haaha..