Salam smua.. Cerpen pertamaku.. Selamat membaca.. بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Nina memandang ke luar tingkap.. Nampaknya hujan masih renyai-renyai.. Malam itu, sungguh dingin dan syahdu.. Sambil telinganya diulit dengan alunan lagu 'Tiada Lagi' oleh Amy Search.. Lamunannya jauh melayang.. tanpa disedari.. Nina sudah berada di suatu tempat yang pernah dia pergi dulu..
" Kek Aiskrim untuk B.. Smoga B panjang umo dan dimurahkan rezeki.." Nina senyum sambil melihat wajah kekasihnya..
" Terima kasih sayang.." kekasihnya berkata sambil memandang mata Nina.
" B terharu sangat-sangat..!! Walaupun hanya kita berdua jek yang celebrate besday B hari ni.. Tapi dengan adanya sayang seorang dah cukup bagi B.." Zaki lantas tersenyum kegembiraan.
Di pandangnya kek aiskrim yang dibelikan untuk kekasih hatinya.. Di rakamkan memori indah mereka berdua petang itu.. Memori indah semasa menyambut hari jadi kekasihnya, 14hb December 2010 di Taman Layang-layang, Kepong.
Nina adalah seorang photographer yang tidak asing lagi di Kuala Lumpur ini.. Banyak gambar yang dirakamkannya pada hari itu..
************************
" Ko pikirlah masa depan ko Nina, Takkan lah ko plak yang nak sara hidup dia nanti.?!"
" Aku tau ko kuat Nina, aku tau ko boleh hidup tanpa dia.. Dia lelaki dayus Nina!!"
" Biar masa yang mengubati semuanya Nina, Ko kena kuat Nina, untuk hidup tanpa dia.."
Perbualan itu masih bermain dalam fikiran Nina, dari bulan lepas lagi.. bukan, dari tahun lepas lagi.. Nina asyik memikirkan benda yang sama. Apa yang dicakapkan oleh kawan-kawannya, apa yang difikirkan olehnya selama ini, semuanya betul belaka. Tiada yang salah, semuanya demi masa depan Nina. Acap kali Nina membuat Solat Istikarah meminta petunjuk dari Ilahi.. Akhirnya..
To: Hubby
Saya nak mintak maaf, saya nak putuskan hubungan kita.
Sampai sini saja, Jangan ganggu hidup saya lagi. Salam.
14hb December 2010
20:40 P.M
Message Sent
" Lily.. ko tolong delete semua gambar dia dalam laptop aku..please.." Nina memandang Lily.
" Nina, aku delete semua k.." Sambil memandang Nina, Lily laju menekan mouse.
" Ko padam smua k Lily.. aku tak nak tengok satu pon muka dia dalam tuh.."
" Aku nak padamkan semua kenangan aku ngan dia.." Sambil memeluk erat bantal ke dada, Nina menyuruh Lily memadamkan gambar si Zaki.
Satu-satu folder gambar diselongkar oleh Lily.. Banyak, terlalu banyak gambar Zaki dan Nina di dalam laptop itu. Hampir semua folder gambar terdapat wajah seoarang lelaki yang bernama Zaki yang dulunya amat disayangi oleh Nina.
*****************
" Aku nak kuar jap.. ade meeting.." Nina berceloteh sambil membetulkan tudung yang dikenakan di kepalanya.
" Okeh, meeting ke dating ko nih Nina" Lily tersengih-sengih ke arah Nina.
" Meeting lah mek eh.. " terus Nina mencubit pipi Lily.
" K bai.. aku maybe lambat skit tau.." Nina terus menutup pintu biliknya lalu menuruni tangga dan berjalan ke arah pintu pagar asramanya.
" Eh, Nina.!! Puas Mama cari bilik Nina tadi.."
Nina menoleh.. dalam samar-samar malam dia cuba mencari arah suara tersebut.. Lalu dia ternampak sekujur badan berdiri di belakangnya. Mama?? Hah?? Mama??
" Erkk.. Mama.! Mama buat apa kat sini??" Nina terpinga-pinga melihat Mama angkatnya.
Sambil menghulurkan tangan untuk bersalam, Mama memberitahu Nina yang Zaki sedang menunggu di dalam kereta. Nak tak nak Nina terpaksa ikut Mama angkatnya masuk ke dalam kereta dan Nina melihat Zaki memandangnya dengan mata yang berlinang.
" Mama, hantar kami kat flat okey.." Zaki memberitahu Mama dan Pak Mat di hadapan.
Nina hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Tanpa berkata apa-apa, Nina merasa bimbang di dalam hati. Adus, macam mana nih, mati lah aku macam nih.. Nina gusar di dalam hati.
" Nih mamat mana plak yang ko bersayang-sayang nih!!" Zaki membaca mesej di handphone Nina.
Tanpa Nina sempat berkata apa-apa, Zaki mematahkan simkad Nina dan membuka cermin kereta. Lalu di balingnya keluar Simkad Nina yang dipatahkan tadi. Di tariknya tudung Nina, direntapnya tangan Nina sampai terputus semua gelang mutiara biru Nina. Mama dan Pak Mat hanya mendiamkan diri di hadapan.
" Takde lah Mama.. hantar kitaorang kat flat jek k.."
Suasana didalam kereta membisu.
****************
Sampainya di flat, Nina ditarik keluar oleh Zaki.. Direntapnya tangan Nina, sambil Nina meronta-ronta untuk melepaskan diri. Nina menjerit minta dilepaskan.
" Aku benci ko! Lepaskan aku..!!"
"Babi..!! Lepaskan aku..!!"
Lalu diheretnya Nina naik ke tingkat satu di mana letaknya rumah Zaki.
" Ko diam Eda!! ko tau tak Eda, aku tunggu dia 2 hari..!! depan pintu pagar hostel dia.!!" Zaki menyuruh kakaknya diam sebaik sahaja memasuki bilik kakaknya dan lantas mengunci pintu bilik tersebut.
" Lepaskan aku Babi..!! aku benci ko..!! aku benci ko..!!" Nina meronta-ronta.
" Owh.. ko ada jantan lain, ko nak mintak putus ngan aku..!!"
Pang! satu tamparan hinggap di muka Nina..
" Aku takde orang lain lah bodoh..!! Aku kenal dia lepas pada aku putus ngan ko!! Bodoh!!"
" Dah lah ko! Ko tau tak aku dah macam orang gila kat rumah nih!!"
" Tunggu mesej ko tak reply!! Aku tepon ko tak angkat!!"
" Aku cari ko kat kampus pon ko takde!! Aku tunggu ko depan pagar hostel 2 hari Nina, 2 hari..!!!"
Nina meronta-ronta mintak dilepaskan, sambil air matanya berjujuran membasahi bajunya.. Tudungnya entah kemana hilang dia pun tidak tahu. Pandangannya kabur, terasa sakit di pergelangan tangannya.. Di tumbuk-tumbuk dada Zaki, meronta-ronta Nina mahu dilepaskan.
" Tuh cincin mak aku bagi lah bodoh!!!" Nina cuba merampas cincin yang diambil oleh Zaki dari jari Nina secara paksa.
" Hah! ko ingat aku percaya!! entah-entah jantan tuh yang bagi ko!! "
" Ko ngan mak ko sama jek..!! Aku dah tahu dah, ko balik rumah jek mesti jadi macam nih punya!!"
" kompom pemikiran ko kena racun ngan mak ko..!! Aku tahu lah mak ko tak suka aku kan!!"
Nina menangis teresak-esak, cuba merampas kembali cincinnya dari tangan Zaki. Tak Zaki.. Tak.. Nina cuba untuk bersuara, tapi dia tak berdaya lagi....
" Aaaaaaa...!!! Aku sakit nih Zaki..!!! Ko hantar dia balik sekarang!!" Kakak Zaki Eda, menjerit secara tiba-tiba.
" Ko pergi hantar dia sekarang!! aku benci tengok muka dia..!!" Eda menjengilkan mata ke arah Nina dan Zaki.
********************
Buuuzzzzzz..!! Buuuuzzzz....!! bunyi getaran dari meja tulis Nina.
Nina terhenti daripada lamunannya... Memandang ke arah telefonnya..
One Message Delivered
From: Zaki
Esok aku nak jumpa ko, tempat biasa.
1hb April 201322:15 P.M
Nina melangkah laju, dia tercari-cari kelibat seorang lelaki.. Mana dia nih, kata nak tunggu kat sini.. Nina mengomel didalam hati. Matanya melilau-lilau mencari setiap sudut. Akhirnya dia tersenyum melihat lelaki yang memakai t-shirt ungu di hadapannya. Dia mendekati lelaki tersebut dan memukul bahu lelaki tersebut dan tersenyum mesra.
" Woi, gemuk! hahaha..!!" Nina ketawa terbahak-bahak.
Lelaki tersebut hanya tersengih. Lalu lelaki itu menghulurkan sekeping kad kepadanya. Nina dengan perlahan membuka kad tersebut.. Kad Undangan Perkahwinan.
" Tahniah wes, sorry aku tak dapat nak pergi, jauh sangat kendurinya.." Nina mejembirkan bibirnya.
" Takpe.. aku tau ko mesti tak dapat nak datang kan, tapi dah janji nak bagi kad nih kat ko kan.." Lelaki itu cuba menceriakan suasana lalu mencubit pipi Nina.
" Okeh la, aku kena gerak dulu.. Terima kasih wes.." Nina meminta izin untuk pergi dari situ.
" Okeh, jumpa lagi.. jaga diri ko k.." Lelaki tuh tersenyum.
Sesudah Nina meletakkan handbagnya di atas meja, lalu dia mengapai kad jemputan yang diberikan kepadanya tadi. Dibacanya dengan penuh khusuk. Tap! menitik jatuh air jernih ke atas kad tersebut. Nina membaringkan badannya sambil memeluk teddy bearnya.
" Zaki.. Akhirnya ko menemui bahagia ko.." perlahan Nina berbisik dan menangis tersedu-sedu.
Nina menangis bukan kerana sedih, tetapi kerana dia gembira melihat kawan baiknya Zaki yang bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi. Sejak dari peristiwa yang berlaku 2 tahun lalu, Nina dan Zaki tidak berhubung lagi, tetapi dengan ketentuan Allah, mereka bertemu kembali setahun kemudian dan menjadi kawan yang sangat rapat.
Bagi Nina, Zaki lah satu-satunya kawan baik dia yang selalu ada di kala dia susah dan senang. Begitu juga dengan Zaki. Siapa kata, kekasih lama tidak boleh menjadi kawan baik. Tidak bagi mereka berdua. Hanya mereka sahaja yang tahu bagaimana indahnya erti persahabatan itu. Itulah Qada' dan Qadar Allah.
Kita memaafkan dengan seikhlas hati dan menjalinkan sesuatu ikatan itu dengan seikhlas hati. InshaAllah, semuanya akan baik-baik sahaja.
" Akhirnya ko menemui bahagia ko.." Nina berbisik lagi.
"Untuk aku Zaki, aku masih menanti bahagiaku.." Nina perlahan-lahan memejamkan matanya. TAMAT.
P/S: Cerpen ini tiada kene mengena antara hidup dan mati. Sebuah Persahabatan jika dijalinkan dengan ikhlas, InshaAllah akan berkekalan hingga akhir hayat. Walaupun hanya bertemu didalam setiap ungkapan doa. =) ok tak cerpen wendy? hehe.. adios~
Akhirye abis aku baca.. xsangka kan jodoh tu..
ReplyDeletewah hebat ko menulis
ReplyDeletecun da
cume part memula tu tak payah ... banyak
utk dialog je ...
y penerangan just satu je
btw aku xpuas hati sal kakak die ngn zaki
cm tergantung
grrr ape y jdi.. npe mak die buat xkisah je =='