Tuesday 28 August 2012

Hatiku...

Makin boolat..=.="

Soalan hati.. tak siapa yang tahu jika tidak diluahkan.. makin lama dipendam, makin lama membuku dan membeku di dalam hati... Apabila sampai satu masa, ia akan terluah jua...


Antara realiti dan fantasi.. hanya alam fantasi sahaja yang mampu mengembirakan hati kerana ia cuma rekaan minda yang hanya mahu membuatkan kita gembira dan merasakan diri bahagia.. Tapi, alam realiti, untuk mendapatkan kebahagiaan itu mesti menempuhi segala kepedihan dan kesedihan..


Mampukah kita melawan arus realiti atau kita hanya mahu melayang terbang di alam fantasi?? Tanya sama hati.. Soal hati.. Tiada siapa yang tahu, hanya empunya Hati dan Penciptanya sahaja yang tahu...



Heartbeats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I’m afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more

Cukup lah buat kali ini.. Aku mahu hatiku berehat.. Kasihan ia.. kerana penat cuba berdegup kembali, penat untuk cuba hidup kembali.. Biarkan dia berehat dulu...


"Hati, aku takkan persoalkan lagi apa-apa tentang kamu.."


"Hati, aku mintak maaf buat kamu terluka dan terus terluka sampai kamu tak mampu untuk berdegup kembali.."


"Hati, kamu rehat yekk... Aku bagi kamu rehat secukupnya.. "


Terima kasih hati kerana selalu ikhlas dan tulus menyanyangi dan mencintai.. Aku harap kamu sentiasa bersabar, kerana di penghujung nanti kamu pasti akan terus mekar dan berdegup kembali mengecapi bahagianya sampai ke syurga.. (^_^)

4 comments:

  1. hatihati dalam memberi hati huhu

    ReplyDelete
  2. Manusia berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah..

    ReplyDelete
  3. dan semestinya hati dan akal saling bertaut antara satu sama lain.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca blog Ain nih.. In Shaa Allah ain akan jejak balik nanti..

*P/S: Jangan guna ayat yang tak elok untuk komen, jangan mencarut atau mencabul.. Kerana anda mungkin akan di tangkap oleh pakcik polis.. haaha..