Monday 10 September 2012

Melihat kamu bahagia..

Tiap saat.. tiap waktu.. tiap detik yang berlalu.. 
Untuk memaafkan memang mudah..tapi untuk melupakan sangat sukar.. 
Tiap kali melihat dan terlihat pasti aku hanya mampu tersenyum..
sedangkan didalam hatiku menangis dan merintih..


Begitu banyak cerita yang mahu aku ceritakan,
tapi aku tak mampu.. kerana aku mahu melihat kamu bahagia..
aku merasakan tidak adil bagi mu untuk merasa terseksa atas kesilapan lalu..
Lalu, aku membiarkan kamu dengan dirimu..


Segala kata-kata, segala kebencian yang aku simpan.. 
entah sampai bila dapat aku kuburkan..
Aku  takut suatu hari nanti, segala kebencian itu terlepas dari seluruh pelusuk hatiku..
Tapi, aku sudah memaafkan cuma aku tak mampu untuk melupakan..


Aku berdoa agar Tuhan memberikan aku kekuatan untuk melupakan segalanya..
Aku terus gagahkan diri untuk bangun dan teruskan hidup..
setelah aku jatuh tersungkur dulu.. Sangat sukar untuk memaafkan, 
tapi lagi sukar untuk aku melupakan semuanya...


Dengan melihat kamu bahagia, aku mencaci mu didalam hati..
Dengan melihat kamu bahagia, aku gembira kerana tidak bersamamu lagi..
Dengan melihat kamu bahagia, aku kagum dengan diriku sendiri..
kerana, aku tidak lagi menyayangi dan mencintai seorang yang tidak layak dikasihi dan dicintai..





Semoga kamu bahagia.. (^_^)


dan...


biarkan aku...

dengan mulut itik ku.. hahahaha.. =P


juz kidding beb! adios~


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi baca blog Ain nih.. In Shaa Allah ain akan jejak balik nanti..

*P/S: Jangan guna ayat yang tak elok untuk komen, jangan mencarut atau mencabul.. Kerana anda mungkin akan di tangkap oleh pakcik polis.. haaha..