Showing posts with label tourism malaysia. Show all posts
Showing posts with label tourism malaysia. Show all posts

Wednesday, 15 January 2014

Railway Tourism 2014 Bersama Sahabat Media Memang Havoc

Railway Tourism 2014 Bersama Sahabat Media Memang Havoc
Siap sedia nak travel lagi.. yukkk!! =)

..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Railway Tourism 2014 Bersama Sahabat Media Memang Havoc | Assalamualaikum semua, rini Ain nak update skit tentang keberangkatan Ain selama 3 hari 2 malam ke Perak mengikuti progran Sahabat Media Railway Tourism


Alhamdulillah, sekali lagi dapat bersama Sahabat Media yang lain memeriahkan lagi Majlis Perasmian    Brosur Pelancongan Keretapi bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014 oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia – YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz & Menteri Besar Perak- YAB Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Bin Abdul Kadir.

Railway Tourism 2014 Bersama Sahabat Media Memang Havoc

Railway Tourism 2014 Bersama Sahabat Media Memang Havoc

Sebagai seorang photojournalism,  Ain dan Sahabat Media lain diberi peluang menaiki ETS (Electric Train Service) bersama YB DS Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz. Perkhidmatan ETS nih, adalah perkhidmatan yang terbaru diperkenalkan oleh KTMB ( Keretapi Tanah Melayu Berhad).

Masa perjalanan yang di ambil dari KL Sentral ke Ipoh, Perak adalah 2 jam, tanpa berhenti kat mana-mana stesen. Pukul 6.00 petang lebih kami gerak dari KL Sentral dan sampai pada pukul 8.20 Malam. ETS nih menawarkan dua section, iaitu Gold and Silver section.


Tambang untuk ETS Gold dari KL Sentral ke Ipoh cuma RM35 dan ETS Silver cuma RM25. Murahkan.. klu korang nak ber Hi-Tea lam KTS nih, korang boleh pergi ke koc C. Kat situ korang leh dapatkan makanan dan juga minuman yang sedap.


Railway Tourism 2014 Bersama Sahabat Media Memang Havoc
Bersama DS Mohamed Nazri di dalam bilik Pilot ETS..

Railway Tourism 2014 Bersama Sahabat Media Memang Havoc
Tandas Vakum Moden lam ETS

Haaa.. klu korang tetibe rase nak terkucil ke, nak ter uk uk ke.. korang boleh terus lari ke koc B dan E. Kat situ terdapat tandas yang sangat mesra pelanggan. Tandas dalam ETS nih menggunakan tandas vokum moden. So, memang selesa dan bersih jek.. =)

Railway Tourism 2014 Bersama Sahabat Media Memang Havoc
Nasi goreng yang dihidangkan oleh pihak ETS

Railway Tourism 2014 Bersama Sahabat Media Memang Havoc
Berkenalan dengan Uncle Thye Beng dari Singapore.. Sangat happening ini uncle..
Dikbee juga turut hadir untuk program Sahabat Media kali ni.. =)

Railway Tourism 2014 Bersama Sahabat Media Memang Havoc

Alhamdulillah.. akhirnya sampai juga kami di Ipoh.. Menaiki ETS satu pengalaman yang best, di mana dalam ETS tuh sangat selesa dan ya, cepat jek sampai.. walaupun rase pening sikit sebab terlalu laju.. boleh sampai 140km/j tau.. 


Railway Tourism 2014 Bersama Sahabat Media Memang Havoc
Nak perkena kopi secawan, boleh p Monorel Cafe nih.. =) 

Railway Tourism 2014 Bersama Sahabat Media Memang Havoc
Bersama Iffah Afeefah Sahabat Media yang turut hadir.

Selepas dinner, kami semua p ke stage untuk Majlis Perasmian Brosur Pelancongan Keretapi bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Semua yang hadir pada malam tuh, dihiburkan oleh artis-artis tempatan seperti Mus MAY, Sheeda Dangdut, Najwa Latiff, Ronnie Hypercat dan juga Cherish 2000 (Unplugged Band 3 pax).

Haaa.. nak tengok artis-artis nih beraksi?? Tunggu next entry okiess.. hehehe.. kan panjang berjeler cite lam satu entry jek.. Wokiess.. Nanti Ain akan update lagi tentang pengalaman kitaorang di Homestay Kg.Beng dan pusing-pusing di Bandar Di Raja, Kuala Kangsar.. Adios~


Klik Website -->> ETS
Klik -- >> Tambang ETS 

Railway Tourism 2014 Bersama Sahabat Media Memang Havoc
Tajaan hebat.. =)


Wednesday, 8 January 2014

Genting Strawberry Leisure Farm Ladang Strawberi Terbesar Di Malaysia

Genting Strawberry Leisure Farm Ladang Strawberi Terbesar Di Malaysia
Sahabat Media di Genting Strawberry Leisure Farm

..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Genting Strawberry Leisure Farm Ladang Strawberi Terbesar Di Malaysia | Sebelum kami ke Genting Strawberry Leisure Farm yang terletak di Genting Hinghlands, Sahabat Media dibawa melihat sejarah peninggalan di Kuala Kubu Bharu iaitu Bandar Warisan dalam Taman iaitu Menara Jam dan bangunan-bangunan terawal di bina di bandar tersebut.

Genting Strawberry Leisure Farm Ladang Strawberi Terbesar Di Malaysia
Menara Jam tugu peringatan British di Kuala Kubu Bharu

Genting Strawberry Leisure Farm Ladang Strawberi Terbesar Di Malaysia
Bangunan terawal British di bandar ini

Genting Strawberry Leisure Farm Ladang Strawberi Terbesar Di Malaysia


Selapas melihat sendiri peninggalan sejarah di Kuala Kubu Bharu, Sahabat Media meneruskan perjalanan ke Genting Strawberry Leisure Farm. Ladang Strawberi ini merupakan ladang yang terbesar di Malaysia dan satu-satunya ladang strawberi yang terdapat di Genting Highlands. Ladang nih, masih lagi dalam linkungan Hulu Selangor yep..

Ladang ini juga menggunkan seratus peratus bahan organik, termasuk sumber air yang di dapati dari bukit-bukit yang berdekatan. Memang fresh sangat buah strawberi kat sini. Sambil jalan-jalan, boleh petik sendiri buah strawberi yang merah ranum tuh.. =)


Genting Strawberry Leisure Farm Ladang Strawberi Terbesar Di Malaysia
Antara blogger yang hadir..  Mawardi Yunus, Jaleh, Mk Syahir, Que Ahmad 

Genting Strawberry Leisure Farm Ladang Strawberi Terbesar Di Malaysia

Genting Strawberry Leisure Farm Ladang Strawberi Terbesar Di Malaysia

Genting Strawberry Leisure Farm Ladang Strawberi Terbesar Di Malaysia
Penerangan tentang ladang...

Genting Strawberry Leisure Farm Ladang Strawberi Terbesar Di Malaysia

Genting Strawberry Leisure Farm Ladang Strawberi Terbesar Di Malaysia
antara produk lain yang terdapat disini...

Genting Strawberry Leisure Farm Ladang Strawberi Terbesar Di Malaysia
Thanks bagi peluang kepada kami memetik strawberi yg freshh nih dengan free.. ekkee.. =P

Banyak produk yang di hasilkan dari Genting Strawberry Leisure Farm ini, termasuklah jem strawberi dan kordial strawberi. Kalau anda ke Genting Hinghlands, boleh lah singgah di ladang ini untuk merasa sendiri memetik strawberi yang fresshh gila.. >.<








Monday, 9 December 2013

Pasu Batik Felda Sungai Tengi Mengamit Hati Kami

..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Pasu Batik Felda Sungai Tengi Mengamit Hati Kami
Pasu Batik Felda Sungai Tengi 

Pasu Batik Felda Sungai Tengi Mengamit Hati Kami


Pasu Batik Felda Sungai Tengi Mengamit Hati Kami | Pada entry yang lepas, Ain telah menceritakan pengalaman Ain bersama Sahabat Media melawat tempat perlancongan yang menarik di sekitar Hulu Selangor. [KLIK SINI]

Jadi, kali nih Ain nak sambung cerita Ain tentang lawatan Sahabat Media ke Felda Sungai Tengi. Di sana kami disambut mesra oleh Puan Seri Rohani selaku pengusaha Pasu Batik yang terkenal di negeri Selangor ini. Kami diberi peluang untuk melihat sendiri bagaimana Pasu Batik itu dibuat dan diterangkan serba sedikit tentang pembuatan Pasu Batik ini.

Ternyata, untuk buat Pasu batik nih, sangat-sangat lah rumit, sebab ia perlu melalui banyak proses, dari proses nak buat labu sayung sehinggalah nak tampal kain batik kat pasu tuh. Ain tengok pon macam ternganga mulot jap, sebab memang perlukan ketelitian yang tinggi.

Pasu Batik Felda Sungai Tengi Mengamit Hati Kami

Walaupun Pasu Batik nih, memerlukan kemahiran yang tinggi untuk hasilkannya, harga sebiji Pasu Batik tuh sangatlah berpatutan. Seperti Pasu Batik yang bersaiz kecil nih, hanya RM15 jek. Sesuai sangat untuk dijadikan cenderamata atau hiasan di dalam rumah. 

Produk kraf yang mendapat banyak awards nih, bagi Ain boleh lah dikembangkan lagi ke pasaran luar negara. Kerana bagi Ain, Pasu Batik nih boleh menarik ramai pembeli terutama peminat hardcore Batik. Sebab ia sangat unik dan tak ramai pengusaha yang buat Pasu batik nih.

Jadi, korang boleh lah lawati http://allaboutpasubatik.blogspot.com/ untuk ketahui lebih lanjut. Nak tahu apa lagi yang menarik di Hulu Selangor?? Tunggu next entry okiess.. Nanti korang boleh tengok Ain adventure dalam hutan. Men tubing dalam sungai yang memisahkan negeri Selangor dan Perak. Tungggguuuuu~ adios~


Tajaan Hebat: