Showing posts with label visit malaysia 2014. Show all posts
Showing posts with label visit malaysia 2014. Show all posts

Tuesday, 29 April 2014

Melancong Ke Pulau Redang Lepaskan Tension

Melancong Ke Pulau Redang Lepaskan Tension
Pulau Redang Yang Indah.. ^_^
..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Melancong Ke Pulau Redang Lepaskan Tension | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Korang pernah tak pergi melancong ke pulau-pulau di Malaysia nih?? Tak kiralah Pulau Tioman ke, Pulau Langkawi ke, Pulau Sipadan ke, Pulau Pangkor ke, Pulau Kapas ke.. Janji pulau kan.. heee..

Mesti ada yang pernah pergi kan.. Ada yang pergi dengan kawan-kawan dan ada yang pergi dengan keluarga. Haa.. Kalau Pulau Redang plak, korang pernah pergi tak?? Ain baru pertama kali pergi dan pemergian Ain ke Pulau Redang nih, memang ala-ala bajet giles. Sebab apa, sebab masa tuh, memang duit kering.. tapi nak rehatkan minda nih.

Di sebabkan charger lappy ain rosak hari tuh, memang keje tak leh nak wat langsung.. ain dengan bahagianya membuat keputusan untuk pergi melancong ke Pulau Redang. Kebetulan ada kawan ajak pergi sama. Memang ON jek lah kan.. Jadi, kami pergi lah lam 3, 4 orang cam tuh.. selama 2 hari 1 malam.

Melancong Ke Pulau Redang Lepaskan Tension
Santai-santai atas kerusi.. aummm~

Melancong Ke Pulau Redang Lepaskan Tension


Memang, ternyata 2 hari 1 malam tuh tak puas!! Sebab apa, sebab, pantai kat sana sangat-sangat lah cantik..!! Permandangan kat situ.. SubhanaAllah.. dengan air lautnya yang hijau kebiruan.. warna ala-ala turquoise gitukan... memang rasa nak terjun jek dari feri tuh.. haha..

Okeh, skang ain nak bagi tips, tips nih hanya untuk mereka yang nak melepaskan gian nak ke sana jek lah kot.. Semata-mata nak jejak kaki dan main air pantai.. ekeke.. Klu nak snorkeling or skuba tuh, memang kene duk kat sana lam 3-4 hari jugak..Dan ambiklah pakej, baru dapat harga yang murah dan affordable.. Baru syiiookkk tengok batu karang dan hidupan laut di Taman Laut.

Ok.. Skang, korang baca dan hadam betul-betul ek apa yang ain nak gtau nih.. Ain pergi ari tuh tanpa pakej tau.. Pergi last minit macam tuh lah jadinya.. hehehe..

Melancong Ke Pulau Redang Lepaskan Tension
Tiket Feri

Korang hanya perlukan RM35 untuk tiket feri pergi sahaja dan sewa satu malam di Redang Lagoon adalah RM150. Di mana biliknya ade 1 katil single dan 1 katil double dan bilik mandi, aircond dan takde TV. Memang takde TV, apa purpose datang pulau nak tengok TV kan =P

Melancong Ke Pulau Redang Lepaskan Tension
Perjalanan dari Jeti Shahbandar ke Pulau Redang mengambil masa Sejam ke Sejam Setengah..
depends atas feri yang korang naik. 

Melancong Ke Pulau Redang Lepaskan Tension
Penuh feri.. Masa nih dah petang..
Okeh.. sambung lagi.. untuk makan plak, korang standby RM10 untuk satu pinggan makanan dan air. Untuk 2H 1M nih, makan 3 kali cukup lah kot.. so dalam RM30 seorang untuk makan. Untuk nak jimat lagi, korang leh bawak maggi cup 2, 3 ketul dan makan maggi jek lah sepanjang kat sana..

Melancong Ke Pulau Redang Lepaskan Tension
Redang Lagoon yang ain menginap

Melancong Ke Pulau Redang Lepaskan Tension
Tidur atas buai pon seronok... 

Melancong Ke Pulau Redang Lepaskan Tension
Bermain bola tampat bersama kawan-kawan.. 
Dan mandi pantai tuh free jek lah kan.. melainkan korang nak sewa kamera waterproof yg berharga RM35-RM70 lebih kurang macam tuh lah harga die.. hee..

Mandi manda.. 
Melancong Ke Pulau Redang Lepaskan Tension
Peace yoo!!

Melancong Ke Pulau Redang Lepaskan Tension
Bot untuk ke snorkeling..
Okeh.. cuba korang jumlah kan semua bajet untuk melancong ke Pulau Redang ala lepaskan tension nih.. lebih kurang dalam RM215. Harga bilik tuh, korang bleh lah bahagikan lagi kan ngan kawan-kawan korang.. huhuhu.. 

Haa.. untuk tiket balik.. ain tak pasti berapa kos die.. sebab ritu ade salah faham skit masa balik.. hahaha.. dan kami hanya dapat rm25 jek sorang..kikiki.. Rezeki.. Alhamdulillah.. Jadi korang tolak campur smua tuh.. juz stanby dalam RM250.. dah bleh dah p ke Pulau Redang yang sangat menarik tertarik tuh.. ^_^

Melancong Ke Pulau Redang Lepaskan Tension
Abaikan minah salleh kat belakang tuh.. hahaha.. =P

Okeh, tuh jek cerita sepanjang Ain Melancong ke Pulau Redang.. Sekadar nak lepaskan tension dan gian ke sana.. In shaa Allah next time, kita pergi bersnorkeling plak.. Memang taknak balik rasanya duk kat sana.. Indah sangat-sangat.. Korang share plak bajet korang camne okeh.. Nanti leh kita p sesame ke kan..

Okies smua.. Adios~

Wednesday, 19 February 2014

Makanan Yang Menarik Di Tawau

Makanan Yang Menarik Di Tawau
Lobster yang disediakn oleh Tuan Rumah.. Mekaseh makcik, sedap sgt.. =)
..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Makanan Yang Menarik Di Tawau | Assalmualaikum dan selamat petang.. Hari nih, ain masih lagi nak bercerita tentang Tawau, iaitu sebuah daerah yang terletak di Sabah dan merupakan bandar ketiga yang terbesar di Sabah. Semasa kami kat sana, kami mencuba pelbagai makanan tradisi dan juga makanan yang popular kat sana.. Makanan kat sini memang superb-superb sedap! 

Apa taknya, kat Tawau nih, makanan laut atau pun orang putih kata seafood memang segar-segar dan murah-murah! Sekilo udang, baru RM7 per kg. Dan Lobster atau Udang Galah baru RM70-RM80 sekilo.. boleh lah dalam 6 ekor lobster!! Perghhhh.. klu ikan-ikan tuh, toksah cakap lah kan..Memang murah-murah... 

Saturday, 15 February 2014

Ikan Talapia Bakar Di Homestay Kg. Beng

Ikan Talapia Bakar Di Homestay Kg. Beng
Makan Malam..Ikan bakar..hehee

Ikan Talapia Bakar Di Homestay Kg. Beng | Gullppppp!! telan air liur tengok gambor ikan bakor kat atas nih... Mekaseh kat Qaseh Dalia sebab masak lauk ni..ehh.. bukan, sebab tuh gambo dari die.. hehehe.. 
Semasa kami kat Homestay Kg. Beng ritu, kami dihidangkan makan malam yang begitu tradisional..

Katanya BBQ, nah.. ini BBQ cara orang kat sana.. Ikan bakar ngan air asam.. memang terbaik.. Ikan pekasam tuh sedap gilee.. memang sedap sangat2 =D


Tuesday, 11 February 2014

Victoria Bridge Salah Satu Khazanah Warisan Negara Di Kuala Kangsar Perak

Victoria Bridge Salah Satu Khazanah Warisan Negara Di Kuala Kangsar Perak
I Love Victoria Bridge

Victoria Bridge Salah Satu Khazanah Warisan Negara Di Kuala Kangsar Perak | Assalamualaikum dan salam sejahtera keapada semua pembaca blog Ain yang ada bunga-bunga daisy nih.. hehee.. Seperti yang dijanjikan.. Ain akan kongsikan ngan semua tentang pengalaman Ain dan Sahabat Media pada hari pelancaran ‘Program Pelancongan - 1Malaysia Green, 1Malaysia Clean’ di mana Victoria Bridge telah dipilih sebagai salah satu Khazanah Warisan Negara kita.


Monday, 27 January 2014

Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 Yang Sangat Unik

Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014  Yang Sangat Unik
Pesta Makanan Lenggong 2014 Yang Sangat Unik

Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014  Yang Sangat Unik | Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua. Sebelum Ain bercerita lebih lanjut tentang Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 nih, Ain nasihatkan kepada semua p makan dulu...

Haaa.. kenapa nak kena p makan dulu?? Nanti kan meleleh jek air liur tengok makanan tradisional Lenggong yang sangat enak dan mengiurkan nih..

Sunday, 26 January 2014

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional
Suasana Pagi Di Homestay Kg. Beng yang sangat dingin.. =)
 ..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang cantik lagi hensem. Hehehe.. Seperti yang dijanjikan oleh Ain dalam entry yang lepas BACA SINI, Ain nak bercerita tentang kisah Ain dan Sahabat Media menaiki bot pada pukul 4 pagi di dalam suhu mungkin 16'celcius.. Memang macam duk lam aircond lah angin yang menyapa pipi pada malam tuh.. =.="

Wednesday, 8 January 2014

Genting Strawberry Leisure Farm Ladang Strawberi Terbesar Di Malaysia

Genting Strawberry Leisure Farm Ladang Strawberi Terbesar Di Malaysia
Sahabat Media di Genting Strawberry Leisure Farm

..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Genting Strawberry Leisure Farm Ladang Strawberi Terbesar Di Malaysia | Sebelum kami ke Genting Strawberry Leisure Farm yang terletak di Genting Hinghlands, Sahabat Media dibawa melihat sejarah peninggalan di Kuala Kubu Bharu iaitu Bandar Warisan dalam Taman iaitu Menara Jam dan bangunan-bangunan terawal di bina di bandar tersebut.

Genting Strawberry Leisure Farm Ladang Strawberi Terbesar Di Malaysia
Menara Jam tugu peringatan British di Kuala Kubu Bharu

Genting Strawberry Leisure Farm Ladang Strawberi Terbesar Di Malaysia
Bangunan terawal British di bandar ini

Genting Strawberry Leisure Farm Ladang Strawberi Terbesar Di Malaysia


Selapas melihat sendiri peninggalan sejarah di Kuala Kubu Bharu, Sahabat Media meneruskan perjalanan ke Genting Strawberry Leisure Farm. Ladang Strawberi ini merupakan ladang yang terbesar di Malaysia dan satu-satunya ladang strawberi yang terdapat di Genting Highlands. Ladang nih, masih lagi dalam linkungan Hulu Selangor yep..

Ladang ini juga menggunkan seratus peratus bahan organik, termasuk sumber air yang di dapati dari bukit-bukit yang berdekatan. Memang fresh sangat buah strawberi kat sini. Sambil jalan-jalan, boleh petik sendiri buah strawberi yang merah ranum tuh.. =)


Genting Strawberry Leisure Farm Ladang Strawberi Terbesar Di Malaysia
Antara blogger yang hadir..  Mawardi Yunus, Jaleh, Mk Syahir, Que Ahmad 

Genting Strawberry Leisure Farm Ladang Strawberi Terbesar Di Malaysia

Genting Strawberry Leisure Farm Ladang Strawberi Terbesar Di Malaysia

Genting Strawberry Leisure Farm Ladang Strawberi Terbesar Di Malaysia
Penerangan tentang ladang...

Genting Strawberry Leisure Farm Ladang Strawberi Terbesar Di Malaysia

Genting Strawberry Leisure Farm Ladang Strawberi Terbesar Di Malaysia
antara produk lain yang terdapat disini...

Genting Strawberry Leisure Farm Ladang Strawberi Terbesar Di Malaysia
Thanks bagi peluang kepada kami memetik strawberi yg freshh nih dengan free.. ekkee.. =P

Banyak produk yang di hasilkan dari Genting Strawberry Leisure Farm ini, termasuklah jem strawberi dan kordial strawberi. Kalau anda ke Genting Hinghlands, boleh lah singgah di ladang ini untuk merasa sendiri memetik strawberi yang fresshh gila.. >.<








Tuesday, 7 January 2014

Refreshing Springs Resort Dibina Dalam Kebun Buah-Buahan Tropika

Refreshing Springs Resort Dibina Dalam Kebun Buah-Buahan Tropika

..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Refreshing Springs Resort Dibina Dalam Kebun Buah-Buahan Tropika

Refreshing Springs Resort Dibina Dalam Kebun Buah-Buahan Tropika | Destinasi seterusnya adalah Refreshing Springs Resort yang terletak di Kalumpang, Selangor. Sampainya Sahabat Media di sana disambut meriah dengan longgokkan buah durian dan juga buah-buahan tempatan yang lain seperti rambutan dan buah kendondong. 

Memang ternyata, resort ini amat mempersonakan Ain. Pokok durian di sekeliling resort tuh, memang buat mata nih segar bugar.. Malah, korang boleh kutip jek durian-durian yang jatuh kat tanah tuh dan bawak balik makan. 

Refreshing Springs Resort Dibina Dalam Kebun Buah-Buahan Tropika

Refreshing Springs Resort Dibina Dalam Kebun Buah-Buahan Tropika

Refreshing Springs Resort Dibina Dalam Kebun Buah-Buahan Tropika
credit photo: Kisah Tatie

Refreshing Springs Resort Dibina Dalam Kebun Buah-Buahan Tropika
Resort yang sangat selesa dengan kemudahan yang lengkap

Sesudah check-in bilik, kami semua bergerak ke padang paintball. Kami semua jalan kaki jek lah untuk kesana. takde jauh sangat.. Memandangkan hari dah nak hujan, tak banyak gambar yang dapat di snap kat sini. 

Refreshing Springs Resort Dibina Dalam Kebun Buah-Buahan Tropika


Refreshing Springs Resort Dibina Dalam Kebun Buah-Buahan Tropika
Bersiap sedia untuk main Paintball

Refreshing Springs Resort Dibina Dalam Kebun Buah-Buahan Tropika

Ber-paintball dalam dusun durian. Jangan silap shoot durian sudah lah, mau durian jatuh atas kepala.. hehee.. Selapas, ber-paintball, Sahabat Media smua ke kolam air panas yang terdapat di resort nih. Dah lama Ain tak ke kolam air panas. Rupa-rupanya ada kolam air panas di Kalumpang, Hulu Selangor nih.

Sambil makan petang di tepi kolam air panas, Sahabat Media bersantai-santai menikmati keindahan alam semulajadi dan merehatkan diri dalam kolam air panas yang hangat tuh. 

Refreshing Springs Resort Dibina Dalam Kebun Buah-Buahan Tropika
Syokkk habis~

Refreshing Springs Resort Dibina Dalam Kebun Buah-Buahan Tropika

Refreshing Springs Resort Dibina Dalam Kebun Buah-Buahan Tropika
Juadah makan petang sudah tersedia.. credit photo: Kisah Tatie

Makan petang yang bertemakan durian, bubur durian, pau goreng inti durian.. Semua durian lah.. Pada malam tersebut, kami berpeluang makan malam bersama YDP Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Encik Tukiman Bin Nail yang sangat peramah. 

Kami disajikan BBQ yang lazat, dan sekali lagi durian dan air kelapa.. pheww~ Memang kenyang peroot makan jek keje nya.. sambil kami dihiburkan oleh Recyle Band.

Refreshing Springs Resort Dibina Dalam Kebun Buah-Buahan Tropika

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Refreshing Springs Resort nih, selain paintball, terdapat juga aktiviti ATV, wall climbing, water rafting, flying fox dan juga fishing di resort ini. Aktiviti yang di sediakan amat sesuai untuk organisasi atau family yang ingin mengeratkan silaturahim sesama coworkers dan family.

Refreshing Springs Resort Dibina Dalam Kebun Buah-Buahan Tropika
Roommate Ain.. Zatie dan Jaleh..
Lawati page Jaleh Me & Malaysia

Refreshing Springs Resort Dibina Dalam Kebun Buah-Buahan Tropika
Bersama Sahabat Media yang lain.. Aina from Utusan Karya dan juga Nisa Kay

Refreshing Springs Resort Dibina Dalam Kebun Buah-Buahan Tropika
credit photo : Kisah Tatie

Refreshing Springs Resort sangat best dan menenangkan.. Di samping boleh makan durian dan buah-buahan tempatan yang lain, permandangannya sangat menarik dan mempersonakan. Terima kasih kepada pihak penganjur dan pihak Refreshing Springs Resort ini. Kita ke destinasi seterusnya pulaa... adios~


Alamat: 
PT 4049, Mukim Sungai Gumut, Kampung Gumut Tambahan,
44100 Kalumpang, Selangor, Malaysia.

FB Page: www.facebook.com/Ref.Springs




Teratak Riverview Ulu Bernam Menawarkan Aktiviti Luar Yang Menyeronokkan

Teratak Riverview Ulu Bernam Menawarkan Aktiviti Luar Yang Menyeronokkan
Permandangan waktu pagi di Teratak Riverview Ulu Bernam

..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Teratak Riverview Ulu Bernam Menawarkan Aktiviti Luar Yang Menyeronokkan | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Ain mintak maaf coz terlalu lama tangguh review untuk ke Hulu Selangor bersama Sahabat Media nih. Kerana kekangan masa.. maka tak sempat nak update.. hehe.. sowi banyak-banyak..

So, hari nih, jom kita menjelajah ke Teratak Riverview Ulu Bernam nih. Apa yang seronok sangat kat sana?? Buat korang yang sukakan aktiviti luar atau organisasi atau persatuan atau kelab yang ingin mengadakan kem bina diri atau melakukan kem motivasi, Teratak Riverview adalah tempat yang sesuai.

Teratak Riverview Ulu Bernam Menawarkan Aktiviti Luar Yang Menyeronokkan


Terdapat banyak aktiviti luar yang sangat menyeronokkan di sini. Di mana semua aktiviti ini menguji ketahanan mental dan juga fizikal korang semua. Antara aktiviti luar yang terdapat disini adalah jungle trackking, water rafting, camping, paintball, nightwalk, flying fox dan macam-macam lagi aktiviti luar yang menarik.

Teratak Riverview Ulu Bernam Menawarkan Aktiviti Luar Yang Menyeronokkan

Teratak Riverview Ulu Bernam Menawarkan Aktiviti Luar Yang Menyeronokkan

Untuk masuk ke kawasan Teratak Riverview, selama 20 minit perjalanan untuk sampai ke sana. Kami menaiki lori atau track yang disediakan dengan struktur jalan yang.... ya.. memang masuk dalam hutan.. memang mencabar sangat perjalanan ke sana.. hehee.. Tapi memang seronok, dah sampai ke sana.. nah.. line telefon malah lain internet smua takde. So, stanby lah mental korang yep..hehee.. =P

Sampai jek kat sana, kami bersihkan diri dan siap sedia untuk aktiviti pada malam tuh. Cuba teka aktiviti apa yang kami buat?? Yaa... Flying fox pada tengah malam. Perghhh~ ini 1st time Ain cuba berflying fox. Memang seram, darah gemuruh semua.. Tapi, belum cuba, belum tahu kepuasaan nya macam mana. Seronok gila, macam nak naik acap kali...

Teratak Riverview Ulu Bernam Menawarkan Aktiviti Luar Yang Menyeronokkan
Rommate ain.. Zatie yang sangat happening.. =)


Teratak Riverview Ulu Bernam Menawarkan Aktiviti Luar Yang Menyeronokkan
Ini bukan keuw tiow goreng okeh.. ini sambal bilis nasi lemak..haha.. =.="

Teratak Riverview Ulu Bernam Menawarkan Aktiviti Luar Yang Menyeronokkan
Melastik Bintang, Danish dan Mawardi Yunus siap sedia nak berflying fox

Sesudah makan pagi,  kami di beri peluang sekali lagi untuk berflying fox untuk rakaman media. Selepas tuh.. nah... 4 wheel drive across river... Tak sempat nak try, sebab takut... hahaha.. so, ain sempat snap gambar jek lah.. jom kita tengok lasak tak lasak aktiviti luar nih..

Teratak Riverview Ulu Bernam Menawarkan Aktiviti Luar Yang Menyeronokkan

Teratak Riverview Ulu Bernam Menawarkan Aktiviti Luar Yang Menyeronokkan
4 wheel Drive across river

Teratak Riverview Ulu Bernam Menawarkan Aktiviti Luar Yang Menyeronokkan

Perghhh~ merentasi sungai dengan menaiki 4 wheel drive nih memang seronok.. Bak kata zatie dan kak fiera, goyang habis tulang pinggang.. ekekeke.. Selepas tuh, kami smua try plak bertubbing dalam Sungai Bernam nih. Untuk pengetahuan korang, Sungai Bernam nih, adalah pemisah antara negeri Perak dan Selangor.

Kami dilengkapkan dengan topi keledar dan juga jaket keselamatan. Kami diberi peluang untuk merasa sendiri bagaimana bertubbing dalam sungai nih. Walaupun kawasan sungai yang kami bertubbing tuh tak bape nak deras airnya.. tapi, ain sempat gak lah tergolek-golek lam sungai tuh, sebab pelampung yang ain naik uh, terbalik..haha.. sangat seronok.. nasib baik pandai berenang.. klu tak.. pheeww~ cpr jadinya..=.="

Teratak Riverview Ulu Bernam Menawarkan Aktiviti Luar Yang Menyeronokkan
Acara bertubbing beramai-ramai..

Teratak Riverview Ulu Bernam Menawarkan Aktiviti Luar Yang Menyeronokkan
Sahabat Media yang merakamkan aktiviti Tubbing

Teratak Riverview Ulu Bernam Menawarkan Aktiviti Luar Yang Menyeronokkan

Teratak Riverview Ulu Bernam Menawarkan Aktiviti Luar Yang Menyeronokkan

Memang seronok men Tubbing nih sampai semua orang main 2 kali.. mungkin ada yang sampai 3 kali round.. wahhh.. Ternyata sangat menyeronokkan...!! 

Dah siap bertubbing, kami pun berendam lah kejap dalam air Sungai Bernam nih, sambil menikmati keindahan alam semulajadi yang masih belum tercemar nih. Sampai men simbah-simbah air kat sahabat-sahabat media yang lain.. dan.. perut dah rasa lapar...

Teratak Riverview Ulu Bernam Menawarkan Aktiviti Luar Yang MenyeronokkanTeratak Riverview Ulu Bernam Menawarkan Aktiviti Luar Yang Menyeronokkan

Nah.. sekuali ayam masak lemak cili api.. perghhh~ memang meleleh air liur. Makanan yang disajikan kat sini pun memang sedap. Ternyata pengalaman beraktiviti lasak di Teratak Riverview sangat menyeronokkan dan tak dapat di lupakan. 

Waktu sangat singkat untuk kami mencuba semua aktiviti luar yang terdapat di Teratak Riverview nih, pas pada makan tengahari tuh, kami pun bersiap sedia untuk ke luar dan meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnyaa...  Jumpa next entry okies.. adios~

Ribuan terima kasih kepada pihak Teratak Riverview =)