Showing posts with label aku wanita biasa. Show all posts
Showing posts with label aku wanita biasa. Show all posts

Friday, 1 July 2011

Aku sakit tau tak..!!



''Nobody can go back and start a new beginning, but anyone can start today and make a new ending''




Aku sakit sangat ko buat aku macam nih..!! 


Ko tak tau aku kat sini macam mane 

bila aku jumpa ko, aku wat2 senyum jek.. 

Aku wat2 takde pape yang berlaku, 

aku tak tanye pon kat ko pasal smua yg terjadi nih.. 

ko pon diam jek, tak petik langsung pasal perasaan aku.. 

memang ade gak ko tanye pasal tue smua, tapi aku wat2 macam biasa, 

aku wat benda tuh aku dah lupakan, tapi ko nak tau tak, aku sakit sangat2.. 

Aku wat2 gembira depan ko, aku tak nak ko rase bersalah kat aku, 

aku tak nak ko kesian kat aku!! aku nak ko sayang aku, bukan kesian kat aku!! 

tu jek yg aku nak, klu ko sayangkan kat aku, ko cakap jek,

ko tak yah nak wat hati batu ko tuh, 

klu ko dah tak sayangkan aku, ko terus terang jek kat aku, 

walaupon hati aku akan sakit bila tau tuh, 

kurang2 hati aku nih takkan sesakit ko permainkan perasaan aku.. 

tak sesakit ko bagi harapan kat aku!! 

Tolonglah.. 

aku dah penat sangat2 macam nih...

Bila aku tanye ko sayang tak kat aku, ko terus tak reply! ape kejadahnya!! 

aku BENCI sangat2 kat ko!!! aku BENCI!! 






owhh!! dah habis dah bace?? hehehe... tiada kena mengena antara yg hidup atau yg mati, itulah bila seorang lelaki memainkan perasaan pompuan.. nak main tarik tali pon agak2 lah kan.. kesian kat pompuan bukan nye kuat sangat nak men tarik tali nih.. tali tuh besar kot..tak larat nak tarik kuat2.. ishhh3!! apelah lelaki nih, sker sangat permainkan hati pompuan.. klu dah sayang tuh, cakap jek.. tanya hati tuh btol2, sayang kat sape..klu masih blom bersedia, jangan lah kata sayang.. juz cakap jek, sayang sebagai kawan..kita kawan2 jek dulu.. kan senang... tak yah nak bagi harapan kat pompuan nih.. Pompuan nih dah lah cepat perasaan.. cepat jatuh cinta.. bila di usik skit perasaan die tuh, terus jek jatuh tergolek2 n guling2 skali..okies, layan dulu lagu nih k..



Dah habis dah layan?? okies la.. jangan sampai kita di permainkan balik dah lah yek.. ingat hukum karma! klu kita wat baik akan di balas baik, klu wat jahat kita pasti akan di balas jahat.. walaupon bukan dari org tuh sendiri, maybe dari org lain.. kita tak tahu.. Allah tuh Maha Adil.. Cuma jauhkanlah diri kita daripada wat jahat ngan orang kan..=) tak dapat ape2 faedah pon.. walau sesakit mana pon hati kita nih, SABAR lah! InsyaAllah.. Allah akan balas perbuatan dia tuh.. Klu bukan di dunia nih, maybe kat akhirat nanti.. Kita juz doakan kat dia, agar dia berubah dan menyesali atas perbuatan dia.. Tak pon, doakan jek akan kebahagiaan dia.. Moga2 dia tak ulangi perbuatan dia tuh kat orang lain.. InsyaAllah, hati kita akan tenang sangat2 bila kita ikhlas dalam sesuatu hubungan dengan manusia..=) 



Lelaki ingat auw.. klu dah sayang sgt2 kat pompuan tuh, jaga lah dieorang, didik lah selagi mana yg mampu, jaga lah kehormatan dia, InsyaAllah hubungan itu di redhoi oleh Allah.. Akan berjalan lancar jek hubungan tuh nanti..=) Pompuan pon, jangan terlalu cepat terpedaya dengan kata2 manis dari lelaki.. kadang2 smua tuh hanyalah lakonan semata2..hanya sekadar umpan untuk kamoo makan.. letak gula, semut pon mai la kan.. hihi.. Ingat pesan mak ayah, klu dah jodoh tuh, tak kemana pon.. SABAR jek okies.. InsyaAllah, Allah akan beri kita seorang lelaki yg dapat menjadi Imam kita suatu hari nanti.. Biarlah syurga kita nanti di bawah tapak kaki seorang yg dapat berikan didikan agama kepada kita.. yang dapat menjadi Ayah kepada anak2 kita..=)



Kepada lelaki2.. klu dah sayang, dah berkemampuan.. dah bersedia zahir dan batin tuh, tak yah tunggu lame2.. masuk jek minang terus~ lalalalaaa.. carilah tulang rusuk korang tuh, jangan biar lame2, nanti jadi bujang lapook plak kan..kih3..Pompuan lak, msti lah die tunggu jek kan orang masuk minang die.. tol tak.. tapi ade jek pompuan yg masuk minang lelaki kan.. tuh pon kena pake org tengah..btol tak nih?? hihi.. btol lah tuh kot..kih3. macam Siti Khatijah ngan Nabi Muhammad. S.A.W.. Darjat, umur, tak menjadi satu penghalang kan.. itulah di namakan jodoh~ Selalu lah kita berdoa di temukan jodoh yg dapat membimbing kita ke jalan NYA..=) Baca kat sini.. Apa khabar jodohku??


jom layan lagu nih plak..=)
TWO IS BETTER THAN ONE!!




Tuesday, 28 June 2011

Masih Suami Isterikah di Alam Akhirat?

P/S: Post Copy n Paste..Renungkan bersama..

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ' Tiada si bujang di dalam syurga' (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda.. 'wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

Kita pasti tidak akan keseorangan


Wednesday, 1 June 2011

Ingatan untuk kita wanita..=)


"Jangan engkau kahwini wanita yang enam; yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah." - Imam Al-Ghazali
Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.
Wanita Mananah:
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; "Aku membuat itu keranamu"
Wanita Hananah:
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah:
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah:
1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah:
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha (sia-sia) dan lagi membisingkan.

Thursday, 26 May 2011

Krisdayanti- Aku Wanita Biasa


Layan~ sangat2 mendalam lagu nih kat aku..sangat2 sker Kris Dayanti nih..=)