..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Refreshing Springs Resort Dibina Dalam Kebun Buah-Buahan Tropika
Refreshing Springs Resort Dibina Dalam Kebun Buah-Buahan Tropika | Destinasi seterusnya adalah Refreshing Springs Resort yang terletak di Kalumpang, Selangor. Sampainya Sahabat Media di sana disambut meriah dengan longgokkan buah durian dan juga buah-buahan tempatan yang lain seperti rambutan dan buah kendondong.
Memang ternyata, resort ini amat mempersonakan Ain. Pokok durian di sekeliling resort tuh, memang buat mata nih segar bugar.. Malah, korang boleh kutip jek durian-durian yang jatuh kat tanah tuh dan bawak balik makan.
credit photo: Kisah Tatie |
Resort yang sangat selesa dengan kemudahan yang lengkap |
Sesudah check-in bilik, kami semua bergerak ke padang paintball. Kami semua jalan kaki jek lah untuk kesana. takde jauh sangat.. Memandangkan hari dah nak hujan, tak banyak gambar yang dapat di snap kat sini.
Bersiap sedia untuk main Paintball |
Ber-paintball dalam dusun durian. Jangan silap shoot durian sudah lah, mau durian jatuh atas kepala.. hehee.. Selapas, ber-paintball, Sahabat Media smua ke kolam air panas yang terdapat di resort nih. Dah lama Ain tak ke kolam air panas. Rupa-rupanya ada kolam air panas di Kalumpang, Hulu Selangor nih.
Sambil makan petang di tepi kolam air panas, Sahabat Media bersantai-santai menikmati keindahan alam semulajadi dan merehatkan diri dalam kolam air panas yang hangat tuh.
Syokkk habis~ |
Juadah makan petang sudah tersedia.. credit photo: Kisah Tatie |
Makan petang yang bertemakan durian, bubur durian, pau goreng inti durian.. Semua durian lah.. Pada malam tersebut, kami berpeluang makan malam bersama YDP Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Encik Tukiman Bin Nail yang sangat peramah.
Kami disajikan BBQ yang lazat, dan sekali lagi durian dan air kelapa.. pheww~ Memang kenyang peroot makan jek keje nya.. sambil kami dihiburkan oleh Recyle Band.
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Refreshing Springs Resort nih, selain paintball, terdapat juga aktiviti ATV, wall climbing, water rafting, flying fox dan juga fishing di resort ini. Aktiviti yang di sediakan amat sesuai untuk organisasi atau family yang ingin mengeratkan silaturahim sesama coworkers dan family.
Roommate Ain.. Zatie dan Jaleh.. Lawati page Jaleh Me & Malaysia |
Bersama Sahabat Media yang lain.. Aina from Utusan Karya dan juga Nisa Kay |
credit photo : Kisah Tatie |
Alamat:
PT 4049, Mukim Sungai Gumut, Kampung Gumut Tambahan,
44100 Kalumpang, Selangor, Malaysia.
Website: http://refreshingspringsresort.com
FB Page: www.facebook.com/Ref.Springs
tbaik
ReplyDelete