Tuesday 11 September 2012

Sabar

Setiap yang terjadi, pasti ada hikmahnya... 
Aku percaya akan janji-janji Nya kepada umatnya.. Kerana Dia lah Pencinta yang setia..





Aku mampu untuk bersabar demi melihat kamu bahagia.. 
Tapi aku memilih untuk berhenti bersabar dan berhenti menunggu mu.. 
Lalu aku pergi dari mu untuk selama-lamanya..


Biarlah sampai disini sahaja sabarku.. 
kerana aku perlu memberikan kesabaran itu kepada yang lebih layak.. 
Iaitu diriku sendiri.. Sekarang aku fahami apa yang orang kata, sabar tuh ada limit....




Apa yang aku lihat, inilah sabar... Sabar ibarat menakung air yang mengalir didalam gelas..
bila dah penuh, ia akan melimpah ruah.. 
Sabar tuh ada limit.. dan limit aku sebenarnya belum sampai lagi, baru suku gelas.. 
tapi aku putuskan untuk tidak bersabar, kerana Allah sudah tunjukkan jalan kepadaku.. 


Kerana kamu hanya seorang yang mementingkan diri.. 
Dan tidak mampu hidup susah walaupun sedikit, 
apa yang kamu fikirkan hanya diri kamu dan kebahagiaan kamu sahaja.. 


aku harap dengan kesabaran yang telah aku beri nih, kamu akan dapat pengajaran nya.. 
Jangan menyesal kerana keputusan mu sendiri 
dan jangan mengeluh atas apa yang telah terjadi dan akan terjadi nanti..


Aku memaafkan kamu dan aku harap kamu boleh hormat keputusan yang telah kamu buat dan aku harap kamu hormati aku dengan melupakan segalanya tentang aku.. kerana aku rasa kamu tidak layak untuk mengimbas semua kenangan yang kamu ciptakan dengan dusta.. Wassalam.. (^_^)


2 comments:

  1. It's ok..setiap y berlaku ade hikmah nyer kan..??..awak kena kuat..awak beruntung sebab ditunjukkan petunjuk pd awalnya dan bukan pd akhirnya..hidup kita masih panjang..byk masa utk memikirkan benda y lebih baik..(^_____^)..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca blog Ain nih.. In Shaa Allah ain akan jejak balik nanti..

*P/S: Jangan guna ayat yang tak elok untuk komen, jangan mencarut atau mencabul.. Kerana anda mungkin akan di tangkap oleh pakcik polis.. haaha..