Showing posts with label suami. Show all posts
Showing posts with label suami. Show all posts

Monday, 12 September 2011

Fahami aku..

Tolong fahami aku....
Aku tak mahu apa2..

Cuma aku mahu sedikit perhatian,
Sedikit kasih sayang..
Sedikit belai manja..

Tidak lupa juga sedikit didikan..
kalau kamoo tak de pon,
kita leh p blaja same2..tol tak?


Aku juga mahu sedikit sokongan
Sedikit masa untuk mendengar luahan aku hari-hari..
Sedikit ruang untuk bergurau senda,
Sedikit nasihat dan teguran dari kamoo.

Sedikit itu sudah cukup untuk buat aku tersenyum...
Bilakah hari bahagia itu akan tiba?
aku tak tahu...

Cuma yg aku tahu, kamoo akan begitu..
wahai bakal suami ku..


Nota Jari Cumey: Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit



Tuesday, 28 June 2011

Masih Suami Isterikah di Alam Akhirat?

P/S: Post Copy n Paste..Renungkan bersama..

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ' Tiada si bujang di dalam syurga' (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda.. 'wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

Kita pasti tidak akan keseorangan