Showing posts with label jodoh. Show all posts
Showing posts with label jodoh. Show all posts

Tuesday, 17 January 2012

wendy pon nak kawin jugak lah cam nih...

Makin montel jek pengantin baru nih..haha!


Salam smua.. semalam adalah hari yg sangat-sangat lah penat.. Sebab ape? sebab semalam adik wendy datang ngan husband die.. Pengantin barulah katakan.. Jeles plak tengok dieorang.. jalan pon berkepit jek.. adeh.. kena jadi tour guide plak tuh, pandang jek la.. pastu jalan sorang-sorang.. nih terasa nak kawin cepat-cepat nih...=.="


Semalam kitaorang p jejalan kat Times Square.. Sblom tuh p Lowyat belikan hp untuk adik kesayangan wendytuh.. Bertuah lah dah ade tepon baru, wendy nih bila ntah nak dapat tepon baru.. Memang penat gila shopping semalam..! smua wit yang dibawa habis licin..!


Pabila malam plak, kami p Downtown, Cheras.. bapak aihh jauh.. kaki wendy dah nak patah dibuatnya.. sekali lagi wit yang jual kepek selama nih, habis digunakan..haha! Sumpah lame gila tak shopping sakan cam nih..


InsyaAllah malam nih, kitaorang akan berangkat pulang ke tempat kelahiran kami.. iaitu Kuala Terengganu.. Dah tak sabar nak lik umah dan perkena ICT= ikan celup tepung, ABC= air batu campur, air kelapa, sotong celup tepung..dan yang paling dirindui.. masakan Ebu tersayang...


Bleh plak wendy tanya Danish, masin ke Hingus tuh.. =.="


Haaa.. Husna n Danish.. jangan nakal-nakal yek bila Ain takde nanti.. Danish, jangan sker kacau Baby Amani tau.. Husna plak, rajin-rajin baca buku.. Adeh, mau rindu kat mereka smua nanti..takpelah.. cuti pon 3 minggu lebih jek.. Nanti leh jumpa lagi..

"Ain, Ain.. bangun la.. dah pagi nie.."

Masih terngiang-ngiang kat telinga bila Husna masuk bilik n kejutkan wendy.. atoyaii..! nak tdo pon tak senang.. Yup! itu lah ucapan die bila pagi-pagi kejutkan mak sedara die yg sorang nih..haha! dari kecik sampai besar ayat tuh jek wendy slalu dengar klu pagi-pagi die datang kejutkan.. (^_^)


Dia bukan apa, nak ajak main lah tuh, ye lah.. bila Ain dia ade, mula lah suh tangkap gambar dieorang, macam2 posing dibuatnya.. sabor jek lah layan karenah mereka smua... Pape pon, bila dah lik Terengganu nih, maknanya dah jarang-jarang online lah yek.. Mintak maaf banyak-banyak lah klu tak sempat nak p berblog walking n komen kat blog korang okies.. Papai.. Tata..Titi.. Adios~


P/S:Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. (Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri) - Ustaz Azhar Idrus


So, Jodoh tuh dah ada.. kita kena sabar menunggu jek..teheee.. ;P



Thursday, 21 July 2011

Macam mana nak dapatkan Pasangan...(^_^)


1.Usaha kena Munasib
2. Bersedia 
3. Maafkan smua orang (orang yg kita benci)
4. Bersihkan hati (istighfar dan solat taubat)
5. Jangan Berputus asa..teruskan usaha
6. Restu Ibu Bapa yg Total (benar2 redho)
7. Orang pompuan bleh jadi pemburu jugak..
8. Protect diri daripada terkena sihir


Tuesday, 28 June 2011

Masih Suami Isterikah di Alam Akhirat?

P/S: Post Copy n Paste..Renungkan bersama..

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ' Tiada si bujang di dalam syurga' (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda.. 'wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

Kita pasti tidak akan keseorangan


Tuesday, 31 May 2011

Apa khabar jodohku?

Apa khabar jodohku?
Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?
Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?
Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.
Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.
Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?. Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?
Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.
Jodohku, sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.
Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.
Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu?. Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.
Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.
Jodohku..
Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.
.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.
Jodohku..
Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.
Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.
Jodohku..
Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.
Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.
Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.
Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.
Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.
Jodohku..
Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.
Jodohku..
Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.

Aku percaya janji2 Mu Ya Allah~