|
I Love Victoria Bridge |
Victoria Bridge Salah Satu Khazanah Warisan Negara Di Kuala Kangsar Perak | Assalamualaikum dan salam sejahtera keapada semua pembaca blog Ain yang ada bunga-bunga daisy nih.. hehee.. Seperti yang dijanjikan.. Ain akan kongsikan ngan semua tentang pengalaman Ain dan Sahabat Media pada hari pelancaran ‘Program Pelancongan - 1Malaysia Green, 1Malaysia Clean’ di mana Victoria Bridge telah dipilih sebagai salah satu Khazanah Warisan Negara kita.
Victoria Bridge Salah Satu Khazanah Warisan Negara Di Kuala Kangsar Perak
Tidak dinafikan, program yang dianjurkan oleh Railway Tourism Association Malaysia (RTAM) ini amatlah mengalakkan dan mendapat sambutan yang hangat.. Hangat sangat masa program tuh dilancarkan. Apa tak nya, tengah panas terikk woo.. huhu..
Ok, sedikit sejarah tentang Victoria Bridge nih...
Dibina sekitar tahun 1897 hingga 1900 oleh pihak berkuasa Keretapi Negeri Perak, Jambatan Victoria adalah sebuah jambatan kereta api tunggal yang melintasi Sungai Perak di Karai dan merupakan salah satu jambatan kereta api tertua di Malaysia. Ia terletak kira-kira 4 km dari Jambatan Iskandar.
Selain dari proses memulihara dan memelihara jambatan ini, motif utama jambatan ini perlu dibangunkan semula ialah bagi menghalang mana-mana pihak yang berniat mahu meroboh dan memusnahkan struktur jambatan yang mempunyai tinggi nilai sejarah kepada Negara seterusnya menjadi salah satu ikon terbaru pelancongan Negara terutamanya bagi negeri Perak.
Ia telah dibuka pada 21 Mac 1900 oleh Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah pada satu majlis yang turut dihadiri oleh Sir Frank Swettenham, Residen-Jeneral untuk FMS, dan Sir John Pickersgill Rodger, yang bertindak Residen British Perak. Pembukaan istiadat jambatan terdiri membuka sebuah bar menyeberangi portal dengan kunci perak. Kredit: HasyaNaurah
|
Victoria Bridge berketinggian lebih kurang bangunan 3 tingkat dari aras Sungai Perak |
|
Jambatan yang menghubungkan kampung disini |
|
Belon dilepaskan tanda ‘Program Pelancongan - 1Malaysia Green, 1Malaysia Clean’ dirasmikan. |
Pada jam 12 tengahari, dah time lunch dah masa tuh, Sahabat Media telah di sambut dengan meriah sekali.. Bukan sebab apa.. sebab majlis dah nak start kan.. hehee.. So, perasmian program nih telah di rasmikan oleh Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abd Aziz.
Banyak acara yang terdapat pada hari kejadian sebenarnya, antaranya kumpulan bungee jump yg menaikkan bendera Malaysia dan bendera negeri Perak dari sungai ke atas Victoria Bridge, kumpulan motor scramble dari pemuda tempatan, rakit beramai-ramai dari hulu sungai hingga ke Victoria bridge, persembahan artis-artis, tarian 1 Malaysia, makan beradab ala-ala tradisional, jualan dan pameran pun ada.
|
Polis yang menjaga keamanan Victoria Bridge pada zaman dahulu.. |
|
Tarian yang penuh warna-warni 1 Malaysia |
|
Meriam yang dilepaskan, dicipta sendiri oleh penduduk kampung |
|
Peserta rakit yang berjaya berakit dari subuh ke Victoria Bridge |
|
Antara makanan tradisional yang dihidangkan kepada kami.. =P |
|
Yeahhh!! |
|
Keep Calm.. hehehe.. >.< |
Jadi, kepada korang yang di Perak atau yang mahu melawat negeri Perak, boleh lah p kat Victoria Bridge nih, leh rasa sendiri gayat tak hayat duk atas jambatan keretapi yang dan berabad lama tuh.. Memang klu korang nak photoshoot kawin ke, pre-wedding ke.. emmang chantek lah shoot atas landasan keretapi tuh..
Malam nih, ain update untuk
dinner kat Homestay Kg. Beng plak k.. Stay tuned.. ehh.. entry p
Tawau ritu pun lom update lagi..haaa... apa kata korang bloglistkan
www.norainyusoff.com nin kat blog korang.. nanti dah updated, terus naik kat bloglist, terus leh klik dan bacakan.. hehehee.... sesape nk masuk lam blogslist ain, gtau lah k.. adiosss ~ (^_^) ~
tak pernah lagi ke sana..
ReplyDeletekalaula muja dok kl,, boleh join sahabat media,, boleh join korang jenjalan,, jelez,, siyes :'(
ReplyDeletemakasih ya gan untuk infonya semoga tambah sukses
ReplyDelete