Yeaahhh!!! |
..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bercuti Di Tawau Satu Kenangan Yang Indah Dan Menyeronokkan | Travelogue | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Petang nih, curi masa skit untuk updated, pasal keberangkatan kami 7 orang blogger ke Tawau pada 30hb Januari 2014 yang lepas.
Selama 6 hari dan 5 malam, kami berada di Tawau, dan banyak kenangan yang manis kat sana. Ada jugak kenangan yang pahit.. tapi, tak usah lah kan kita cite benda yang tak mengembirakan kat sini kan..hehee.. Kami sebenarnya pergi ke Tawau tuh adalah untuk hadirkan diri ke Majlis Perkahwinan rakan blogger iaitu Apple Merah.. Atau nama penuhnya, Lina Hamiedah.
Akhirnya, plan awal kami buat, terlaksana dengan jayanya.. Alhamdulillah, dapat jumpa Lina, tengok dia kawin, rasa makanan di Tawau yang sedap, dapat tengok permandangan yang sangat indah dan jumpa kawan baru kat sana.. (^_^)
Snap gambo dulu depan belon sebelum berlepas |
Bercuti Di Tawau Satu Kenangan Yang Indah Dan Menyeronokkan
Sebenarnya, Pada hari kejadian, Ain dari Kuala Terengganu..So, 2 trip pernerbangan Ain kene redah.. Dari TGG - KUL then KUL - TWU... Flight kul 8.30 pagi dari Kuala Terengganu.. ini lah 1st time Ain naik kapal terbang.. perghh.. ngan tak cukup tdo, naik flight.. Memang sakit kepala.. pening jugak lah.. Tapi, tahan jek lah.. lagi pun dari TGG - KUL cuma ambik masa 45minit jek.. hehehee..
Pengalaman naik flight memang best.. Tambah-tambah lagi Air Asia punya pramugara hensem2.. leh juling-juling lam tuh..ekekeke.. Pastu, makanannya lam Air Asia pun sedap.. Memang kenyang lah makan, walaupun costing, tapi berbaloi-baloi.. takde lah nasi lemak terlanjang kan.. =P
Dup dap Dup dap lam dada tuh..ekekekee |
Pernerbangan dari KUL-TWU ambik masa selama 2jam 50 minit.. kat 3 jam jugak lam flight tuh, siap boleh tido lagi..sebab bosan.. tak tau nak wat pe selain pandang awan dan tgk pramugara.. tambah ngan letih lagi kan.. hehe.. Sampai-sampai jek kat Tawau, kami dah makin excited.. Apa tak nya, tak sabar nak jumpa si Lina tuh..bakal pengantin...
Dan pada 31hb Januari 2014 akhirnya, terijab kabul lah dua mempelai ini.. Alhamdulillah... Akhirnya dah menjadi suami isteri yang sah dengan sekali lafaz.. BarakaAllah Lina dan Kerol.. (^_^)
ala-ala garden gitu haaa.. |
Pada ke esokkannya plak, Majlis Walimatul Urus pun berlangsung.. Sangat cantik Raja Sehari kita pada hari tuh.. Adat perkahwinan kat sini sangat berlainan dengan kita kat Semenanjung. Memandangkan Lina adalah dari suku kaum Bugis.. Cara mereka mestilah berbezakan..
Antaranya, cara membatalkan wudhuk antara kedua mempelai, cara Walimah diuruskan, persedian makanan dan sebagainya. Klu kat sana, majlis bersanding adalah dari pagi sampai ke malam.. Woaahh! percayalah.. Selain tuh, semasa majlis, makanan yang disediakan memang takde nasi minyak.. ada nasi putih, lauk-pauk dan mee sup.. Haa.. lain kan.. di tambah dengan kuih muih, bukan satu jek kuih-muih dan pencuci mulut.. tapi berjenis-jenis..
Kuih jatuh bangun.. Rare kan nama kuih tuh.. =P |
Bila dah selamat kedua mempelai nih disandingkan, petang tuh, kami pun apa lagi.. poi jalan-jalan lah sekitar Tawau.. Nak tahu kat mana tempat yang best kami p kat Tawau nih?? Stay tuned k... Banyak sangat-sangat tempat yang menarik kat Tawau nih..
Ain dan iffah get ready lam NAVARA.. |
Pokok Kapas.. Orang kata ade langsuir tinggal kat pokok Kapas..btol ke? hihihihihi... =P |
Antara tempat yang kami p sepanjang berada di Tawau nih adalah, Balung River, Pantai Batu Payung, IndraSabah dan juga Highway Tawau Beach.. Selain tuh, kami sempat juga ke Semporna, Sabah.
Untuk pengetahuan semua.. Pantai kat sini sangat lain dengan Semenanjung.. Sebab takde pantai.. ehh... camne tuh?? Takde pasir pantai.. sampai-sampai jek terus laut... Hohoho... Menarik kan.. =D
Tunggu next entry, ain akan update lagi k, pasal trip p Tawau nih.. nak p lepak-lepak jap.. adioss~
kredit gambo : dikbee, mawardi
cantiknya gambar2 sini.. wowww.. best kan tawau..masih tak jemu nak cerita .. siyus !!
ReplyDeletetetiba rasa berkilat2 je spek tu eh kbai
ReplyDeleteTahniah...
ReplyDeleteaum aum aumm hahahahaha
ReplyDeleteselamat pengantin baru..
ReplyDeleteWow, seronoknya dapat bercuti di Tawau...:)
ReplyDeleteLast time, Zatie ada gi ke KL.Seronok dapat shopping sakan..hehe.
Dan lebih seronok, sebab dapat jimat duit tempat tinggal sebab duduk di Alhana Inn guesthouse. Budak2 pun suka sebab guesthouse nie ada swimming pool. So, duit lebih tu dapatlah digunakan untuk beli barang2 idaman.