Tuesday, 21 January 2014

Bloggers Bersama Ewana.Fm More Than Just A Radio

Bloggers Bersama Ewana.Fm More Than Just A Radio
Ini lah konti eWana.fm yang merah menyala.. =)


..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bloggers Bersama Ewana.Fm More Than Just A Radio | Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua pembaca dan juga pendegar Radio eWana.fm. Harap smua sehat lah yep.. Hari Sabtu yang lepas bersamaan 18 Januari 2014, ain dan beberapa rakan blogger telah dijemput untuk bersama Radio eWana.fm More Than Just a Radio.

Haa.. kali nih, kitaorang diberi peluang untuk merasa sendiri pengalaman berada di konti Radio.. Memang best sangat-sangat. 5 minit yang pertama duk dalam tuh, berdebar-debar ketar lutut lah jugak, tapi bila dah lama-lama.. naahhh.. Rasa macam taknak keluar pun ade.. hehee..

Mana tak gelabah kunyit, bila segmen bersama bloggers nih diadakan secara langsung, takde dah tapi-tapis.. smua ayat yang keluar dari mulut kami tuh, semuanya spontan montan.. =.="

Bloggers Bersama Ewana.Fm More Than Just A Radio
Rakan bloggers yang hadir, Potia, Ain, Iffah, Dikbee, Eazy

Bloggers Bersama Ewana.Fm More Than Just A Radio


Pengalaman yang tak dapat dilupakan.. Banyak persoalan yang ditanya oleh Dj Moko dan juga Dj LiaOmey, yang merupakan seorang blogger jugak. Antara soalan-soalan yang diajukan kepada kami adalah.. 

1. Apa perasaan korang bila blog korang di kritik atau di puji.
2. Macam mana korang atasi kritikan dan pujian tuh...
3. Pengajaran daripada peristiwa kritikan dan pujian tuh..
4. Dengan blog nih, bloggers boleh dapat income ke??

Haa.. banyak tak banyak soalan yang pedas-pedas macam makan sambal ayam penyet. Memang apa yang terlintas di fikiran tuh, ain bantai jek ikut sedap mulut.. hehehee..


Banyak juga yang kitaorang belajar tentang radio internet nih. Buat pengetahuan semua, eWana.fm nih merupakan radio internet yang menggunakan teknologi terkini yang menggabungkan audio, video dan elemen interaktif seperti internet chat, SMS dan Internet voice call. Teknologi ini memberikan pengalaman yang lebih menarik kepada pendengar kerana tidak seperti radio kenvensional, pendengar eWana.FM boleh berinteraksi secara live dengan DJ bertugas. sumber

Haaa.. menarik bukan, dan in shaa Allah di masa akan datang eWana.fm ini jugak akan ada Radio TV. In shaa Allah.. Semoga eWana.fm nih akan lebih maju dan dapat memberikan segala aura positif kepada semua pendengar dan peminat setia eWana.fm.

Bloggers Bersama Ewana.Fm More Than Just A Radio
Kami rakan Bloggers Yang Havoc-Havoc

Bloggers Bersama Ewana.Fm More Than Just A Radio
Huzairie Yahya dan Anne Farina Af8

Bloggers Bersama Ewana.Fm More Than Just A Radio
Dan ain bawak 2 orang si cilik nih bersama ke konti.. ekekkee..
Umair Danish dan Umairah Husna.. Seronok dieorang p sana.. =)

Jadi, kepada pembaca semua, sama-samalah kita memberi support kepada Radio Nusantara kita ini, eWana.fm More Than Just A Radio. Jom-jom kita singgah di www.ewana.fm dan dengar lagu-lagu yang best dan dengar segmen-segmen yang menarik dan semestinya memberikan anda semangat yang baru. =)

Website : eWana.fm

Adios~

7 comments:

  1. First time dgr radio ewana.fm

    ReplyDelete
  2. Hye, saya suka bace blog awk, baru2 ni saya baru buat blog hope awk boleh follow dan singgah la blog saya :) http://awksweetgitu.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. habis semua gosip hangat hehe
    best !
    suatu pengalaman yg best

    ReplyDelete
  4. amboi jenuh mencari ruangan komen hahahaa

    ReplyDelete
  5. tu dia soalan pedas-pedas belaka..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca blog Ain nih.. In Shaa Allah ain akan jejak balik nanti..

*P/S: Jangan guna ayat yang tak elok untuk komen, jangan mencarut atau mencabul.. Kerana anda mungkin akan di tangkap oleh pakcik polis.. haaha..