Monday 14 October 2013

Petua Untuk Meluahkan Perasaan Cinta

Petua Untuk Meluahkan Perasaan Cinta

Petua Untuk Meluahkan Perasaan Cinta | Siapa tak pernah bercinta kat sini?? Cinta tak bermaksud cinta pada kekasih jek kan.. maybe kepada ibu bapa, kawan-kawan dan juga ahli keluarga. Ain nak kongsikan semua tentang Petua Untuk Meluahkan Perasaan Cinta

Petua Untuk Meluahkan Perasaan Cinta


Rancang dengan Matang – Anda perlu strategi dan latihan dalam segala aspek apabila mahu mengatakan cinta pada si dia.Untuk mengungkapkan cinta tidak boleh sebarangan, sebaliknya lihat tempat dan waktu yang sesuai. Jangan seberbuat demikian ketika dia ada tetamu.

Kenali  Dia Lebih Dekat – Hal ini penting supaya anda tidak kecewa pada saat menuturkan rasa cinta yang membara itu. Jika yakin anda akan diterima, jangan ragu-ragu.

Ungkapkan Cinta dengan Sesuatu – Ungkapan cinta tidak hanya dengan ucapan, tetapi seharusnya ada elemen lain, misalnya, selitkan bersama sesuatu yang amat digemarinya. Jika anda lelaki, berikan si gadis bunga mawar atau cincin, kerongsang. Jika anda perempuan, cukup dengan senyuman dan kata cinta.

Cari Waktu dan Tempat Yang Sesuai – Waktu paling tepat untuk mengatakan cinta ialah ketika saat terluang atau hari bersantai. Pilih tempat yang kundusif dan romantik.

Ungkapkan Cinta secara Langsung – Si dia akan lebih menghargai jika anda berbicara secara langsung. Jangan mengatakan cinta melalui perantara seperti teman, telefon, surat atau e-mel.

Siapkan Minda – Ini juga perkara paling penting supaya semua rancangan tidak tergendala di tengah jalan. Jangan sampai suara tidak terkeluar atau berpeluh ketika mengucapkan kata cinta.

Doa – Perkara ini adakalanya dilupakan atau kadangkala dianggap remeh. Dengan berdoa, rancangan anda lebih membawa keberkatan. Jika ditolak, biarkan saja dan anda harus pasrah atau reda.

Jom 8share -->> KLIK SINI

Nota Hati: Hehehe.. harap2 pas nih semua rasa lam hati terluah lah kan..Selamat mencuba Petua Untuk Meluahkan Perasaan Cinta ini... =P



1 comment:

Terima kasih kerana sudi baca blog Ain nih.. In Shaa Allah ain akan jejak balik nanti..

*P/S: Jangan guna ayat yang tak elok untuk komen, jangan mencarut atau mencabul.. Kerana anda mungkin akan di tangkap oleh pakcik polis.. haaha..