Sunday, 15 September 2013

Flash Back



..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Bila malam, time ujan macam nih..mesti akan teringat kembali kisah-kisah lama kan. Biasalah tuh.. hujan yang turun bagaikan mengugurkan rindu bersamanya. Rindu kenangan lama.. huh! takde lah rindu sangat. cuma teringat.. flash back orang kata..


Apa yang Ain teringat sangat tuh?? Jatuh basikal?? Cinta pertama ke?? ke kene tinggai bas?? takde lah.. cuma teringat satu private mesej dari seseorang yang sangat rapat dengan Ain. Jeng, jeng, jeng.. sape itu?? biarlah rahsia. 


Cuma, private mesej tuh adalah pesanan, teguran dan juga nasihat yang sangat bermakna buat Ain. Sampai saat itu, barulah Ain sedar, Ain tak patut buat tuh semua. Tegurannya, buat Ain buka mata dan kentalkan hati untuk terus lupakan seseorang dan lantas kehilangan seorang kawan baik Ain.


Kawan baik Ain, yang sentiasa ada untuk Ain, waktu Ain tersungkur menyembah bumi dulu, waktu Ain dihina, hilang segala kepercayaan orang sekeliling.. Ain, hanya ada dia yang ada disisi Ain. Tapi.. apakan daya Ain untuk melawan takdirkan. Sedih jugak terpaksa kehilangan seorang kawan baik yang selalu ada dikala kita susah dan senang. Tapi demi kebahagiaan dia, Ain rela lupakan dan kehilangan dia.


Pahit untuk ditelan, tapi itulah hakikatnya kehidupan. Tanpa hujan, bagaimana mahu dapat pelangi kan..?? Alhamdulillah, dia skang dah bahagia dengan kehidupannya.. Syukur sangat Allah hadirkan orang macam dia. Takkan pernah Ain lupa segala jasa dia.. kebaikan dia.. Semoga Allah selalu menjaga dia.. dan Semoga Allah memberikan hidayah kepadanya. 


Dulu kita sama2 gegar satu kl.. kita gegar satu selayang, kita gegar satu gombak, smua kita langgar, smua kita kasi pecah, tapi sampai bila kita mahu hidup dalam kegelapan?? sampai bila kita mahu hidup dalam kehinaan.. bukan saje hina di mata manusia, tapi juga hina di mata Yang Maha Esa. Sedarlah dari lamunan yang tak pernah putus melekakan kita... -gelap malam-

Flash back.. bawa kita untuk ingatkan kita untuk terus memperbaiki diri. Mana yang salah, kita betulkan, mana yang rosak, kita baiki.. mana yang buruk, kit cat kasi baru.. k lah semua.. adios, selamat malam, sayonara.. :)






No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi baca blog Ain nih.. In Shaa Allah ain akan jejak balik nanti..

*P/S: Jangan guna ayat yang tak elok untuk komen, jangan mencarut atau mencabul.. Kerana anda mungkin akan di tangkap oleh pakcik polis.. haaha..