Saturday, 4 May 2013

Tips Hilangkan Jerawat

Tips Hilangkan Jerawat
Jangan picit jerawat tau..

....بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Tips Hilangkan JerawatAssalamualaikum smua.. Kat sini Ain nak share tips untuk menghilankan jerawat.. Semoga Petua dan tips nih dapat hilangkan jerawat kita semua.. ehh.. Cuba lah.. In shaa Allah menjadi.. =)

Okies.. ada beberapa tips yang bleh kita follow:

Tips Hilangkan Jerawat

1. Menggunakan susu tepung. Mula2 bancuhkan sesudu susu tepung dengan sedikit air. Pastu dah siap bancuh.. bleh lah tepek pada keseluruhan muka. Bila dah kering tuh jangan lupa plak bilas dengan air suam okies.. Mau nanti semut naik kat muka.. hehe.. Amalkan setiap hari okies.. =)

2. Untuk elakkan muka dari ditumbuhi jerawat plak, korang boleh ambik daun jambu batu dan gilingkan hingga halus. Klu nak, campurkan bersama bedak sejuk dan tempekkan kat muka sebelum tidur. Klu tak nak campurkan bedak sejuk pon bleh jugak.. =0

3. Korang jugak boleh gunakan daun sireh untuk elakkan daripada jerawat tumbuh macam cendawan tumbuh pas hujan. Ambik beberapa helai daun sirih dan tumbuk bersama beras hingga lumat, pastu campurkan dengan sedikit air dan tepek kat muka sebelum masuk tidur. 

4. Selain tuh, korang bleh gunakan beras dan daun inai untuk hilangkan jerawat. Caranya, giling segenggam beras bersama segenggam daun inai hingga lumat. Pastu, bulat-bulatkan adunan sebesar duit syiling 5 sen dan jemur hingga kering. Simpan dalam bekas kedap udara.

Bila korang nak tepekkan kat muka tuh, titiskan beberapa titik jus limau nipis dan sapukan pada keseluruhan muka dengan menggunakan belahan kentang. Kiranya ambik kentang yang dah dipotong dan calitkan kat beras dan inai yang dah kering tadi.  Amalkan dua kali seminggu.

5. Korang rendam beberapa keping asam gelugur (dikenali juga sebagai asam keping) selama satu malam. Tumbuk beberapa helai daun pucuk jambu batu hingga halus. Pastu, campurkan kedua-dua bahan dan sapukan pada keseluruhan muka. Amalkan dua kali seminggu.
6. Last sekali, korang leh gunakan kulit kayu manis yang dah diasah atau ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan sedikit madu. Jadikan masker sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan tiga kali seminggu.

Haaa.. jom lah kita sama-sama amalkan.. agar muka nih tak naik jerawat lagi.. dan jerawat tuh behave jek..hihi.. Selamat mencuba.. =)


9 comments:

  1. tips best nie..boleh try nanti..selalu jugak cik jerawat nie datang melawat :(

    ReplyDelete
  2. Tips nombor 1 paling pelik. hehe ragu2 nak cuba, takut bersemut muka nanti =)

    ReplyDelete
  3. ASSALAMUALAIKUM , DENGAN SUKACITANYA SINI ADA G.A TERBESAR MEI, HADIAH TOP REFERRAL SEHINGGA RM150.++ . JOM JOM . ADA BANYAK LAGI HADIAH . ANDA DI TAG #136
    LINK TAGGING :
    http://www.officialsyafiqmuhammad.blogspot.com/2013/05/tagging3.html
    link G.A :
    http://officialsyafiqmuhammad.blogspot.com/2013/05/1st-biggest-giveaway-by-osm.html

    ReplyDelete
  4. waaaaaa.. bagus petua ni.. thank you dear!

    done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. tp yg pling mujarab ialah edit gun aphotoshop! hahaha

    ReplyDelete
  6. guna potoshope bila nak upload kt fb ekekek

    ReplyDelete
  7. Best info ni! tips yang amat berguna. thanks admin :)
    by the way, baru ni saya dapat redeem produk New York Skin Solution! hihihi.. sapa nak boleh redeem gak kat sini http://bit.ly/18AqucF

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca blog Ain nih.. In Shaa Allah ain akan jejak balik nanti..

*P/S: Jangan guna ayat yang tak elok untuk komen, jangan mencarut atau mencabul.. Kerana anda mungkin akan di tangkap oleh pakcik polis.. haaha..