Tuesday, 5 March 2013

Tips Berhenti Merokok Yang Berkesan

Tips Berhenti Merokok Yang Berkesan
Mahu berhenti merokok?
Lakukan amalan berikut... InsyaAllah berjaya...

Tips Berhenti Merokok Yang Berkesan

Tips Berhenti Merokok Yang Berkesan | Kepada perokok..mohon lah baca nih, sayangilah diri anda dan juga keluarga anda...

1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda “nanti” setiap kali anda ingin merokok.

2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.


5. Menguyah Sesuatu

Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.


7. Melakukan Senaman Regangan

Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.


8. Memohon Doa

Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.




Nota: #copypaste

4 comments:

  1. kena bg perokok2 tegar baca entry ni..hee, nice sharing sis.. :D

    btw, akak iffah dh try eyh? mcm mana jd x?hee :P

    ReplyDelete
  2. oooo. Puan blog ini merokok rupanya. Hmmm...

    ReplyDelete
  3. aku tak merokok..tapi kan..nak ke abah aku dengar kalau aku bagi idea nih..
    hmmm...

    yang penting semangat nak berhenti merokok..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca blog Ain nih.. In Shaa Allah ain akan jejak balik nanti..

*P/S: Jangan guna ayat yang tak elok untuk komen, jangan mencarut atau mencabul.. Kerana anda mungkin akan di tangkap oleh pakcik polis.. haaha..