Tips Cegah Rambut Dari Gugur | Salam smua.. rini wendy nak share skit ngan smua.. Info nih wendy ambik drpd 101 petua . so, copy paste jek lah kan.. hehe.. its okey kan.. Janji leh dapat pengetahuan n petua nya... okies, enjoy n selamat mencuba smua..
Rambut gugur adalah masalah biasa yang sering dialami oleh setiap peringkat usia. Berikut adalah antara petua-petua yang boleh diamalkan untuk mencegah rambut gugur.
Tips Cegah Rambut Dari Gugur
1) Campurkan air asam jawa dan santan dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga-bungaan yang wangi seperti bunga kenanga. Lumur rambut dengan campuran ini dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air besih. Amalkan selalu dapat mencegah keguguran rambut disamping menjadikan rambut harum seperti bunga.
2) Hiris beberapa keping limau nipis dan tenyehkan isinya ke kulit kepala. Kemudian sapukan bahagian yang bermasalah dengan telur ayam yang telah dipukul sedikit. Bungkus kepala selama beberapa jam dan lemudian bilas dengan air bersih. Amalkan selalu dapat mennguatkan akar rambut.
3) Masak santan dari sebiji kelapa sehingga mengeluarkan minyak. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Lumurkan santan berminyak ini pada keseluruhan kepala dan bungkus kepala semalaman. Bilas dengan air bersih. Amalkan selalu dapat menguatkan akar rambut disamping membuatkan rambut kelihatan cantik bersinar.
4) Ambil air rebusan kacang hijau dan biarkan sejuk. Sapukan air tersebut pada keselurukan kulit kepala setiap malam sebelum masuk tidur. Syampu rambut pada keesokan harinya. Amalkan setiap hari untuk menguatkan akar rambut dengan berkesan.
5) Satukan lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, lendir pokok litup bumi dan sedikit minyak zaitun dalam satu bekas. Lumur campuran ini pada keseluruhan kepala dari akar rambut selepas mandi malam dan bungkus selama setengah jam. Bilas rambut pada keesokan hari. Amalkan seminggu sekali, InsyaAllah rambut menjadi kuat dan lambat beruban.
6) Tumbuk segenggam daun serai hingga lumat. Masak dengan secawan air sehingga kekuningan. Sejukkan dan kemudian sapukan pada keseluruhan bahagian kepala. Amalkan setiap hari selama 2 minggu untuk melihat keberkesanannya.
7) Ambil tiga biji limau nipis dan ambil jusnya, campurkan dengan 2 biji putih telur. Sapukan pada keseluruhan rambut dan biarkan selama 2 jam. Bilaskan dengan air bersih. Amalkan selalu untuk kesan yang memuaskan.
Okies, banyak cara yg bleh kita try..dan yg paling senang nak dapat bahan adalah limau nipis kan.. So, selamat mencuba..sayang smua.. adios~
nice info...thanks for sharing :)
ReplyDeletenice info...thanks for sharing :)
ReplyDeletedah gugur dah.. huhu.. mcm mn ek...huhu
ReplyDeleteyang air santan tu penah buat. memang berkesan sangatsangat. tapi rambut jadi kasar sikit -,-
ReplyDeletenice tips lil sis
ReplyDeletepetua yg bgs...
ReplyDeletenice sharing dear~!! hehehe.. =) =)
ReplyDeletenice sharing dear~!! hehehe.. =) =)
ReplyDelete