Tuesday 26 July 2011

Kisah Tepung Pelita~

Di suatu petang.. 
Kelihatan seorang wanita membawa sebilah pisau.. 
di mana ada pokok pisang.. 
di situ lah Dia pergi menebas daun pisang itu..
tak kiralah di semak atau paya mana pon..
Dia sanggup membuang kegeliaan nya pada pacat dan kotor..

Bila malam tiba,
satu persatu kepingan daun pisang di lap..
dilipatnya dijadikan bekas untuk buat kuih tepung pelita..
Mana tidak lebam mata nya.. 
bila Dia bersekang mata bagi menyiapkan beratus-ratus bekas itu..

Pagi sudah tiba.. 
di kacaunya tepung bersama santan..
diletak gula dan tepung di dalam bekas daun pisang semalam..
 lalu di kukusnya kuih itu.. ditunggunya hingga masak..

Pabila smuanya sudah siap.. 
di bungkusnya satu persatu.. di susun rapi di dalam plastik..
Lalu di letak kan di dalam raga..

Dibimbitnya raga itu..
"Kuih, kuih.. Tepung Pelita.."
Orang ramai melihat ke arah nya..
Dia hanya mampu tersenyum..

Walau berat bakul yg di bimbit itu..
walau badan di basahi peluh..
walau kering tekaknya...
di tanya seorang2 untuk membeli Kuih Tepung Pelita nya..

Alhamdulillah..
Rezeki untuk hari ini..
Oh Ibu!! 
Jasa mu tak terbalas oleh harta di dunia ini..
Semoga Ibu sentiasa di kurniaankan tubuh yg sihat 
dan di murahkan rezeki.. Amin.



Nota jari Cumey: *Tepung pelita 12biji RM4.. Lopat Tikam RM2 satu bekas~


1 comment:

Terima kasih kerana sudi baca blog Ain nih.. In Shaa Allah ain akan jejak balik nanti..

*P/S: Jangan guna ayat yang tak elok untuk komen, jangan mencarut atau mencabul.. Kerana anda mungkin akan di tangkap oleh pakcik polis.. haaha..