Saturday 18 June 2011

Kelebihan Qiamullail

Salam smua.. Rini I'm Bluewendy nak share serba sedikit tentang Qiamullail.. Mesti korang smua pernah buatkan Qiamullail nih, klu yg blom buat tuh, jom ler kita rasai kenikmatan daripadanya.. Dulu zaman2 skolah, time tuh ade kem motivasi, punya la bersemangat kan..alih2 bila dah bgn tuh, ape yg kita wat lam surau tuh, terhenguk2 tdo nye..kih3.. tuh lah, sape suh tdo lambat2 kan..kih3..jom la kita selami serba sedikit ilmu nih.. Enjoy~

Pengertian
Qiamullail ialah bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.
Kelebihan Qiamullail
-Dimakbulkan doanya dan masin perkataannya.
-Tenang hati dan fikirannya.
-Dimurahkan rezeki.
-Dihormati masyarakat.
-Dilindungi Allah daripada khianat manusia.
-Jika dia pemimpin, dia akan disegani.
-Dan banyak lagi (Perlu difahami bahawa segala kelebihan adalah nikmat Allah bergantung kepada rahmat Allah. Allah berhak mengurniakan apa sahaja yang dikehendakiNya).

Daripada Abu Hurairah : Aku bertanya : Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang suatu amalan yang membolehkan aku masuk Syurga lalu nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya engkau akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Ibnu Habban dengan sanad sohih
So, korang smua.. Pokok yg besar tinggi bermula dr benih yg kecil halus, tidak ada apa2 yg terjadi tanpa LANGKAH PERTAMA.... Sama2lah kita mulakan langkah pertama kita untuk mendapat langkah yg seribu.. (pesanan untuk diri sendiri jugak..) (^_^) Adios~

untuk lebih info KLIK SINI

2 comments:

Terima kasih kerana sudi baca blog Ain nih.. In Shaa Allah ain akan jejak balik nanti..

*P/S: Jangan guna ayat yang tak elok untuk komen, jangan mencarut atau mencabul.. Kerana anda mungkin akan di tangkap oleh pakcik polis.. haaha..