Showing posts with label university sport carnival. Show all posts
Showing posts with label university sport carnival. Show all posts

Tuesday, 14 February 2012

Sport Bra.. Sape ade pake??

Haaaa.. Korang ade pake tak?? Hah?? abang-abang ade pake ke? eh, biar betik nih?? errmm.. cuba try tgk btol-btol lam baju tuh..isshhh! kemusykilan identiti nih... ehem2! pompuan jek yang pake bra yek.. jangan nak ngada-ngada tiru kitaorang.. =P


Sport bra bermaksud bra yang dipakai sewaktu bersukan atau melakukan aktiviti-aktiviti yang aktif seperti berjogging, melompat dengan riang, berbasikal fixie, aerobic poco-poco, bermain squash dengan Nicol David dan sebagainya..


Sebenarnya 'sport bra' adalah untuk menampung payudara tak yah nak malu-malu lah kan kita daripada gegaran. Biasalah pompuan, gunung dikejar takkan lari, bergoncang jek lebih.. So, dengan adanya sport bra nih, kita bleh bersukan dengan lebih selesa dan dengan lebih tenang tanpa nak cover-cover malu bila wat lompat twinkle-twinkle little star depan orang ramai.... Bila kita pake bra biasa hurmm... tau-tau jek lah kan... Kaum lelaki sila tutop mata yek, jangan nak cuci mata plak..


So, kepada gadis semasa, makcik, akak dan para olahragawati smua, apa kata kita tukar kebiasaan kita dari memakai bra biasa semasa bersukan kepada memakai 'sport bra'. Ini adalah untuk menjaga kesihatan kita punya payudara dan memberi keselesaan kepada kita semasa bersukan.


Sama-samalah kita menyahut seruan "Majulah Sukan untuk Negara".. alah, cari jek kat mana-mana kedai lingerie shop, insyaAllah ada.. Berjenama, tak berjenama pon ada.. dari adidas, nike, triumph, sloggi dan sampai lah kepada jenama  scarlet yang harga RM10.. Nak seribu daya tak nak tak yah beli..


Akhir kata, wendy juz nak share ngan smua orang yang 'sport bra' nih bagus bila kita nak bersukan. Bukan nak sebut yang lucas-lucas yek.. Takde istilah tuh smua, smuanya adalah untuk pengetahuan am jek.. hehe.. Dan wendy dah mula start training Netball untuk USC (University Sport Carnival). Adeh, petang-petang mesti kena turun padang..=.="


Doakan team kami menang yek USC kali nih, tahun lepas tak menang..juz dapat masuk semi final jek..klu korang nak usha USC tahun lepas tengok kat SINI  Dah lame asenye tinggalkan netball nih, nak loncat tinggi pon ase cam tak leh coz ase badan makin berat...hahaha! okies lah.. adios korang..cayunk smua!