Showing posts with label kuala terengganu. Show all posts
Showing posts with label kuala terengganu. Show all posts

Thursday, 26 March 2015

Pakej Fotografi Perkahwinan Murah 2015

Pakej Fotografi Perkahwinan Murah 2015

Pakej Fotografi Perkahwinan Murah 2015 | Assalamualaikum semua pembaca ain yang budiman.. Korang sehat ke nih? Haaa.. Tahun 2015 nih, pasti ramai antara kawan-kawan, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang dan makcik dan pakcik korang yang nak kawin kan??

Mesti ramai yang tercari-cari pakej Fotografi Perkahwinan yang murah kan.. Haaa... Ain nak share ngan smua.. Untuk Pengetahuan semua, ain sedang bergiat cergas lagi ligas dalam bidang fotografi skang. Alhamdulillah, fotografi menjadi salah satu impian ain untuk diceburi.. Now, dah berjaya menceburkan diri dah dalam bidang nih.. Sedikit sebanyak, banyak benda yang ain belajar dari sifu-sifu yang tak pernah loket memberi ilmu.. TQ sifu-sifu ^_^

Untuk pakej fotografi perkahwinan yang murah, korang perlulah tahu akan tarikh bahagia korang. Seperti tarikh akad nikah, Majlis Resepsi dan juga Majlis Bertandang. Selain tuh, ada jugak majlis-majlis tambahan yang diraikan oleh sesetengah pengantin seperti Majlis Malam Berinai, Majlis Khatam Al-Quran dan sebagainya...



Pakej Fotografi Perkahwinan Murah 2015 


Haaa.. Bila tarikh dah ada, korang pon mesti kene tau bajet korang bape. Sesetengah fotografer nih sangat lah baik hati, yang mana korang boleh lah nego harga pakej dengan dieorang. Untuk dapat pakej fotografi yang murah dan berbaloi-baloi, korang kenelah telitikan apa yang korang dapat dalam pakej-pakej yang ditawarkan oleh fotografer.

Contohnya, Dalam pakej A, korang akan dapat 2 roll gambar 4R, 2 keping gambar 8R dan extra-extra.. Jadi, pastikan korang tahu, apa yang korang nak untuk pakej fotografi perkahwinan korang. 

Kebiasaannya, Fotografer akan menawarkan sesi photoshoot outdoor secara percuma. Di mana, sesi outdoor nih sangatlah digemari oleh para dan pari fotografer semua, termasuklah pengantin dan raja sehari.. Apa taknye, korang leh posing macam2 gaya, sebab tetamu dah takde.. hehee.. hanya korang n forografer jek lah yg ada.. so, masa tuh dah free dari malu-malu kucing..meoww-meooww.. =P


Okeh, jadi pastikan anda tahu bajet anda banyak mana, tarikh hari bahagia anda. Kebiasaan, fotografer amat suka akan pasangan pegantin yang sporting, dari awal semasa membooking lagi. Ain nasihatkan untuk korang yang nak bertanyakan tentang pakej fotografi perkahwinan, korang pertama-tama nya perlulah bagi salam.. ehh..hehe.. gurau, tapi tuh wajib lah bagi kita yang beragama islam. Ok, nih ain bagi sedikit info dan tips untuk membooking pakej fotografi perkahwinan.

  1. Kenalkan diri anda ( Assalamualaikum, saya ain... nak tanya tentang pakej fotografi nih.. )
  2. Senaraikan tarikh dan lokasi hari bahagia anda ( Inshaa Allah, majlis saya pada 6hb June 2015 di Kuala Terengganu)
  3. Beritahu bajet anda ( Saya punya bajet tak banyak untuk fotografi.. lebih kurang dlm RM900-RM1000)
  4. Ok, bila dah gtau semua diatas, maka encik or cik fotografer akan bagi pakej-pakej yang mereka sediakan.. In shaa Allah, klu ada kerjasama dari kedua belah pihak, maka mudah dan senang lah rundingannya.. in shaa Allah.. ^_^




Jadi, untuk korang yang berada di Terengganu, dan masih tercari-cari pakej fotografi perkahwinan yang murah pada tahun 2015 nih, Meh, ke FB page ain dan FB personal ain dan juga instagram ain di bawah.. ^_^



ataupon direct whatsapp ain untuk bertanyakan 
pakej fotografi perkahwinan dan  untuk respond yang lebih pantas:

014-5498028 ( Norain Yusoff )


Saturday, 15 February 2014

Set Kecantikan Kulit Dari Shaklee Di Terengganu Yang Ohsem

Set Kecantikan Kulit Dari Shaklee Di Terangganu Yang Ohsem
Set Kecantikan Shaklee yang OHSEM!!
..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Product Review | Set Kecantikan Kulit Dari Shaklee Di Terengganu Yang Ohsem | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari nih, ain nak kongsi ngan semua pengalaman Ain guna produk dari Shaklee nih. Bila umur dah meningkat nih, macam-macam kesedaran untuk kesihatan diri dan juga kecantikan kulit di titikberatkan.

Masa kat KL ritu, ain dah bingung dah nak pakai apa kat muka nih, al-maklumlah kulit muka nih, always kuar jerawat. Mungkin hormon remaja tak habis lagi..hehehee..

Thursday, 16 January 2014

Sotong Celup Tepung Di Warung Pok Nong Batu Rakit

Sotong Celup Tepung Di Warung Pok Nong Batu Rakit
Sotong Celup Tepung

..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Sotong Celup Tepung Di Warung Pok Nong Batu Rakit | Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Haa.. petang-petang nih, apa kata kita bercerita pasal makanan. Yelah.. makan petang.. hi-tea gitu.. Sebenarnya cite nih dah lama.. Tapi lupa nak update.. ekeke..

Ritu, Ain and the Geng Tomato, Safwanah, Muna dan Yah.. buat lah janji temu.. Girls day out.. Walaupun tak cukup korum, kami still juga jumpa untuk lepaskan rindu memasing.. hehee.. Buat pengetahuan smua, Geng Tomato nih, kawan Ain masa skolah menengah..

Skang nih, ada yang dah tunang, kawin dan ada yang dah dapat baby.. Alhamdulillah.. Semoga semuanya bahagia.. Walaupun masing-masing sibuk dengan kerja dan keluarga.. tapi still friendship tuh ada dengan berwhtasapp sampai ke malam.. ekekke..


Sotong Celup Tepung Di Warung Pok Nong Batu Rakit

Ok, tempat yang kami tuju jauh sikit dari Bandar Kuala Terengganu. Klu korang sedia maklum, ain memang orang Ganu.. hehe.. Kiranya klu dari Bandar Kuala Terengganu ke Warung Pok Nong di Batu Rakit nih, mengambil masa selama 30 minit. 

Jalan nak p senang jek, memang orang Ganu sedia maklum, Warung Pok Nong nih femes dengan Sotong celup tepung dan ikan celup tepung. Jadi sesape yang bercuti di Terengganu atau singgah kat Ganu nih, boleh lah p makan Sotong Celup Tepung yang sedap lagi ummpphhh! nih.. =)

Sotong Celup Tepung Di Warung Pok Nong Batu Rakit
Suasana di Warung Pok Nong, Meriahhh~

Sotong Celup Tepung Di Warung Pok Nong Batu Rakit
Warung nya tepi pantai.. Santai-santai jek makan kat sini.. =)

Sotong Celup Tepung Di Warung Pok Nong Batu Rakit
Yupp... kene beratur dan berebut-rebut nak
ambik sotong dan ikan celup tepung tuh..

Sotong Celup Tepung Di Warung Pok Nong Batu Rakit
Ini lah taukenya.. Pok Nong.. hensem dak?? hehe

Sotong Celup Tepung Di Warung Pok Nong Batu Rakit
Muna ngah gigih kerat sotong..  =P

Sotong Celup Tepung Di Warung Pok Nong Batu Rakit
Peace no War~

Sotong Celup Tepung Di Warung Pok Nong Batu Rakit

Sotong Celup Tepung Di Warung Pok Nong Batu Rakit
ABJ yang sodappp~

Minuman seperti Ais Batu Campur (ABC), Ais Batu Jagung (ABJ) dan Air Kelapa memang tersedia kat sana.. Memang layan jek makan santai-santai dengan kawan-kawan.

Memang rindu nak makan Sotong celup tepung nih.. oh yeahhh~ tak sabar nak balik Ganu.. In shaa Allah, hari Isnin nih Ain dah balik Ganu, dan Alhamdulillah.. dah dapat keje kat sana.. So, pada kawan-kawan kat Ganu, wait for me.. dan kawan-kawan yang kat KL, i will miss you alls.. sobbsss :'(

Okies lah, selamat makan petang kepada semua.. adios~



Wednesday, 30 October 2013

Mencari Cenderamata Di Pasar Payang

..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Mencari Cenderamata Di Pasar Payang | Selamat Pagi semua.. Semalam Ain dn kupu-kupu Ain ke Pasar Payang, pasar yang tidak asing lagi di Kuala Terengganu nih. Pasar Payang terletak di Sungai Terengganu dan banyak menawarkan pengunjung pelbagai kraftangan tradisional seperti batik, sutera, songket, sutera dan barangan loyang, serta produk segar. Pasar Payang nih adalah salah satu destinasi perlancongan disini. Jadi, kalau datang ke Kuala Terengganu, jangan lupa singgah kat sini.


Pasar Payang

Mencari Cenderamata Di Pasar Payang

Gambar di atas adalah gambar di hadapan Pasar Payang. Dua tingkat jek pasar payang tuh. Sepetang pusing-pusing kat situ, dah habis tawaf dah. Mata nih asyik melilau-lilau jek tengok batik dan sutera. Semuannya cantik-cantik.


Setelah mengenal pasti kedai cenderamata, apa lagi.. kami pun memilih cenderamata untuk Cikgu Aliya kita. Katanya nak bagi cenderamata untuk anak-anak muridnya di sekolah nanti. Akhirnya, keychain siput menjadi pilihan hati. Senang.. beli satu paket baru RM10, klu beli yang paket besar lagi murah dapat. Dah boleh buat meniaga dah..hehee

Mencari Cenderamata Di Pasar Payang

Telur Penyu


Selepas tuh, kami pon turun ke ground floor, pusing punya pusing.. jumpa jugak dengan telur penyu. Gambar kat atas tuh bukan bola ping pong okeh. Tuh telur penyu. hehee.. Sape tak pernah rasa, silalah rasa.. sedap!


Sempat lagi posing lam Pasar Payang nih kan.. Keropok keping, keropok sira, semua jenis keropok lah ada. Kuih-muih tradisional pun banyak kat sini.







Dan petang kami di habiskan dengan photoshoot depan Waterfront di belakang Kampung Cina, yang bersebelahan dengan Pasar Payang. Permandangan kat sini pada waktu malam, sangat cantik.. macam kat i-City gitu.. So, enjoy the picture.. >.<





Dan tempat last skali kami tuju pada petang tuh adalah Tappers, perut dah bunyi lagu dangdut so kena lah cari makanan cepat-cepat. Restoran Tappers nih berdekatan dengan Waterfront Terengganu. Restoran nih mempunyai  gabungan suasana kontemporari dan reka bentuk kolonial klasik. Di samping tuh, Tappers menyajikan sajian Hainan, Western food dan juga makanan tempatan seperti Nasi lemak. 


Nantikan entri yang akan datang okies, Ain rasa dah panjang berjeler dah nih. Adios semua.. Berjumpa lagi di lain hari.. Assalamualaikum =)



Saturday, 14 September 2013

Rindu Nak Berblogging Hari-Hari Macam Dulu

Wide Shawl by Sweet And Sour Wardrobe

Rindu Nak Berblogging Hari-Hari Macam Dulu

Rindu Nak Berblogging Hari-Hari Macam Dulu | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Apa khabar kepada semua pembaca dan pengikut setia blog Ain nih.. *ade ke pengikut setianya??erkkk*
Pape pon, terima kaseh still baca blog Ain dan tak putus-putus komen dan singgah kat sini..heee

Serius, Ain rindu gila nak berblogging macam dulu, bangun tdo, terus hadap Tuanku nih, dan update blog tanpa segan silu, tanpa gosok gigi sambil minum milo cicah biskut.. Perrgghh~ Rindu sesangat beb saat tuh, sat ngah belajar berdikari di tempat orang.

Sekarang, dah balik kampung dan bina kerjaya sendiri.. bukan bina balai raya yep, jalan raya pon bukan. hehehe.. Skang, Ain dah bukak kedai makan.. kedai biasa2 jek.. warung kopi. Tolong ebu skit2 apa yang patut seperti p beli ayam, sayur, barang2 dapur kat pasar. Ayam RM20 inggit pon Ain rasa mahal, last2 beli jugak, sebab tak tau harga ayam sekarang berapa..=.="

Skang dah jumpa port beli barang2 dapur yang murah.. tapi kadang2 kat tempat tuh, barang2 nye tak selalu restock dan lambat restock.. contoh ayam.. Ayam lagi yang disebutnya kan.. ye lah.. Ari2 masak nasi ayam untuk dijual.. ekekeke.. 

Alhamdulillah, hari nih dah nak masuk seminggu dah Ain bukak kedai. Sesape yang ada kat area Kuala Terengganu tuh, jemput lah singgah ke kedai Ain.. "Warung Kak Wan 2" di Jalan Abdul Rahman Limbong, berdekatan dengan Hazlan Futsal. 

Selain tuh, Ain dah bukak business online.. iaitu jual baju dan shawl.. Kepada sesape yang peminat wide shawl atau Long Shawl.. leh lah singgah kat "Sweet And Sour Wardrobe" .Banyak pilihan dan corak yang menarik untuk semua.. =)

Wah..berjeler jugak panjang Ain menaip hari nih, maklumlah melepaskan rindu yang terbuku dihati dan jari nih, dah lama tak exercise.. k lah semua.. jangan lupa singgah kat Fuh.My untuk baca info-info yang menariklagi deboomm.. Adios~ Wassalam >.<



Monday, 19 August 2013

Sepetang Bersama Kupu-Kupu Di Tappers


Liya.. tokey kedai..eh, bukan la.. =P

..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Sepetang Bersama Kupu-Kupu Di Tappers | Assalamualaikum.. Selamat petang semua kepada para pembaca. Ingat tak lagi entry Ain sal Ain cari cenderamata kat Pasar Payang ritu? Klu ada yang belum baca, KLIK SINI klu nak tau cerita sebelum Ain dan kupu-kupu ke Tappers untuk memberi peroot yang lapar nih makan..hihi..

Apabila kami dah penat pusing-pusing kat Pasar Payang hari tuh, kami yang kelaparan terus bergegas ke Tappers, iaitu sebuah Restoran yang bedekatan dengan Waterfront Terengganu. Restoran nih, agak baru jugak dibuka di kawasan tersebut. Sebab sebelum nih, takde lagi Ain tengok Restoran tuh kat situ. hehe





Sepetang Bersama Kupu-Kupu Di Tappers


Suasana kat Tappers nih sangat tenang dan mengasyikkan.. *wah..kelass gitu ayat Ain..ekeke* Dengan hiasan dalaman ala-ala kolonial, kerusi rotan yang berwarna putih, pastu dialunkan dengan lagu2 yang mendamaikan, sangatlah selesa makan kat situ. Nak jadikan port detim pon best nih..hihi



Tanpa buang masa, kami masuk dan memesan makanan. Belek-belek menu makanan, pilih punya pilih.. last2 Ain juz order Chicken Parmigiana, turut disertai Sue dan Tinie order chicken parmigiana yang sama. Manakala, Liya plak order Italian Meatballs Spageti


Untuk minuman plak, Ain order Vanilla Milk Shake, perghh.memang ubat sakit tekak lah.. lemaknya tak terkata sedap bila disedut-sedut. huhu.. Tinie plak die order Soda Goo Leng Ping Float, Liya plak Apple Juice dan Sue Mineral Water


Meatballs Spageti

Chicken Chop Parmigiana & Vanilla Milkshake

Soda Goo Leng Ping Float


Tinie dan Sue


Meleleh-leleh minum Vanilla Milkshake, gelojoh btol.. haha

Alhamdulillah.. Selepas ngap semua makanan dan minumam tuh, kami pon apa lagi.. pulang ke rumah masing-masing. Hajat dihati mau ukur jalan lagi, tapi apakan daya, waktu mencemburui kami semua. So, sesape yang rasa nak singgah makan kat cni, leh lah roger2 Ain. Kot-kot korang nak lanje ke kan..ekekkee.. Ain gurau jek. =P


K lah semua.. nantikan entry akan datang dengan sambutan besday boy dan besday girl in advance. Surprise untuk kupu-kupu Ain. Bila balik Terengganu nih, ini lah aktiviti Ain..iaitu melepak dengan kupu-kupu kesayangan Ain nih. Adios smua.. terima kaseh gigih baca blog Ain nih. Jumpa lagi.. =)




Friday, 21 June 2013

Outdoor Photoshoot Pengantin Merah Menyala



....بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Salam Jumaat kepada semua umat Islam.. Penghulu segala hari.. Tanpa lengahkan masa.. Ain uploadkan sedikit gambar outdoor photoshoot yang Ain janjikan hari tuh.. BACA SINI. Ain jadi bidan terjun untuk jadi photog masa Majlis Sambut Menantu abang Ain pada bulan lepas. 


Dan inilah hasilnya.. Budak baru belajar.. Takde mahir sangat pon.. dengan berbekalkan Nikon D40 yang flashnya dah rosak.. ekeke.. Masih banyak yang perlu Ain pelajari dan polish skill lam bidang photography nih.. Klu sudi.. komen dan bagilah tips2 nak memantopkan lagi skills nih yep.


Time kaseh sudi membaca blog nih.. Selamat cuci mata.. =)








Adios~







Thursday, 23 May 2013

D'Ganu Steamboat

....بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Selamat Malam smua... Masa nak study nih lah sibuk nak update blogkan.. hihi.. Biar r.. nakw at cam ne.. takkan nak biar bersawang plak blog nih.. Alhamdulillah.. tadi dapat berita baik dari family wendy.. In shaa Allah.. nanti akan bukak satu lagi cawangan Kak Wan Corner kat area Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu.. Semoga dipermudahkan segalanya dan dimurahkan rezeki keluarga kami.. =)


Haaa.. nak nak share ngan korang semua tentang sebuah  Restoran Steamboat kat Kuala Terengganu.. restoran tuh terletak di Pulau Duyung, Kuala Terengganu.. Nama restorannya D'Ganu Steamboat.. dekat jek ngan Ri-Yaz Heritage Marina Spa & Resort.. jalan kaki jek klu dari situ.. hihi..

Okies.. jom lah kita tengok gambar nye okies~ Selamat jamu mata... =)









Wendy p makan kat sini bersama dengan mereka-mereka semua.. Kami berlima jek.. Semuanya kawan skolah lama wendy masa Sekolah Menengah dulu.. Dah lama giler tak jumpa dieorang nih.. walaupun masa skolah dulu takde lah rapat sangat.. tapi kenal lah dieorang.. hihi..


Selain dariapda tuh.. pemandangan depan restoran nih sangat chantek dan indah.. Perkampungan Nelayan katakan.. dan kat seberang sungai tuh kita leh tengok bandar Kuala Terengganu..








Yeaayy! Alhamdulillah.. sedap jugak makan kat situ.. kenyang peroot eden.. hihi.. k lah smua.. Nak baca entry sal Restoran Nasi Arab dan jugak Restoran Steamboat di Terengganu tak?? KLIK kat warna pink n ijoo tuh ek.. adios smua.. nanti wendy balik Terengganu..wendy update lagi restoran yang best-best kat sana..=)


Friday, 17 May 2013

Air Batu Jagung Celup Tepung

....بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. akhirnya sampai jugak kita kepada last post makan sampai pecah peroot.. Perghh.. 3 entry perlu di update untuk habiskan cerita makan sampai pecah peroot pada hari PRU13 lepas.. Klu sesape lom baca agi entry wendy yang lepas, KLIK SINI dan SINI 


Terima kaseh kerana sudi baca entry yang berdebu-debu tuh.. hihi.. Okies, pas pada wendy dan kupu-kupu menjamu selera kat ice room.. kami pon apa lagi.. alang-alang dah kat Gong Badak, kami pon paksa si wek drive ke Pantai Teluk Ketapang.. di mana kat situ memang tempat yang tak asing lagi untuk menjamu ikan celup tepung, sotong celup tepung dan udang celup tepung...


So sesape yang datang Terengganu, jangan lupa singgah kat Pantai Teluk Ketapang okies..



Ini lah sotong yang dah dicelup tepung.. dan udang pon kena celup tepung jugak.. 
Makanan di kala petang hari.. hihi..



Dan Air Batu Jagung (ABJ)
 

Dan Hero Malaya.. Wek Kewek.. =P


dan Gegirlss~

Kupu-Kupu saya..

Time kaseh smua.. Harap korang tak kelaparan lagi bila baca entry nih okies~ 
Nak tau Restoran Steamboat mana yang best kat Terengganu??
Jangan lupa baca next entry okies.. 

Take care smua.. Love u All.. Adios~