Monday 20 January 2014

Sertai Projek Iqra' Bagi Membantu Anak Yatim Dan Yang Memerlukan

Sertai Projek Iqra' Bagi Membantu Anak Yatim Dan Yang Memerlukan
Kami Sukarelawan Projek Iqra' Jom Sertai kami.. =)

..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Sertai Projek Iqra' Bagi Membantu Anak Yatim Dan Yang Memerlukan | Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua rakan bloggers dan pembaca. Malam nih, ain nak update skit pasal Projek Iqra'. Entry nih patutnya dah lama Ain updated, tapi masa tak mengizinkan.. Jadi Alhamdulillah, terlaksana juga niat dihati nih nak publish entry bersama Projek Iqra' nih.. =)

Ini fist time Ain join kelab atau persatuan atau NGO yang membantu anak-anak yatim. Dulu waktu zaman belajar, tak mengfollowkan diri pun dalam kelab or persatuan yang membantu anak-anak yatim. Alhamdulillah, dapat juga achieve target untuk diri sendiri nak join...


Sertai Projek Iqra' Bagi Membantu Anak Yatim Dan Yang Memerlukan

Sertai Projek Iqra' Bagi Membantu Anak Yatim Dan Yang Memerlukan


Sertai Projek Iqra' Bagi Membantu Anak Yatim Dan Yang Memerlukan


Projek Iqra' adalah usaha murni yang dilaksanakan oleh Persatuan Kebajikan Projek Iqra' Semalaysia (Nombor Pertubuhan : PPM-006-14-25012013). Tujuan utama persatuan ini adalah membantu dari segi pendidikan dan kebajikan kanak-kanak dan remaja di rumah anak yatim dan di dalam keluarga kurang mampu. Persatuan ini diasaskan oleh Muhammad Solleh Mahfoz, Suhaimi Abdul Manan dan Sharifah Sharina Syed Aswad. 


Kat Bawah nih, antara senarai program yang akan dijalankan pada Tahun 2014.

Sertai Projek Iqra' Bagi Membantu Anak Yatim Dan Yang Memerlukan


Kepada sesape yang berminat nak jadi Sukarelawan Projek Iqra' nih, korang boleh lah daftarkan diri korang kat sini.. :



Banyak aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh Projek Iqra' bagi membantu adik-adik kita yang memerlukan. 

Diriwayatkan oleh Abu Darda’ r.a yang berkata : “Ada seorang laki-laki yang datang kepada Nabi S.A.W. mengeluhkan kekerasan hatinya. Nabipun bertanya : sukakah kamu, jika hatimu menjadi lunak dan keperluanmu erpenuhi ? Kasihilah anak yatim, usaplah mukanya, dan berilah makan dari makananmu, nescaya hatimu menjadi lunak dan keperluanmu akan terpenuhi.” (Hadis Riwayat Thabrani, Targhib, Al Albaniy : 254)

Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)  
Allahuakabar!! Semoga kita sama-sama dapat membantu adik-adik kita yang memerlukan ini. Semoga tangan kita terus beramal dan tidak putus untuk menyumbang. Semoga Projek Iqra' ini dapat memberi anda peluang dan jalan untuk membantu mereka yang memerlukan. In shaa Allah.


Jom tengok video dari Projek Iqra' :





Hubungi mereka Sekarang!! 


Wallahualam. Terima kasih kepada rakan blogger yang turut sama menyertai Projek Iqra' ini. Dik Bee, Mawardi Yunus, Miza, Mk Syahir, Tengku Syukri, Nazlan Nasir, Mat Yie dan Asyraf dan ramai lagi rakan blogger yang dah daftar sebagai sukarelawan Projek Iqra' ini.... Okies, sampai disini sahaja..Wassalam.. Adios =) 

credit entry to: Dik Bee

4 comments:

  1. nice info..care mudah untuk meraih pahale insha Allah =))

    ReplyDelete
  2. Salam ukhuwah dari bunda...
    sudi2lah keteratak bunda...

    ReplyDelete
  3. Mirza??? tu abam kawasan... hehe

    ReplyDelete
  4. Nanti nak join jgk program ni.. inshaAllah..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca blog Ain nih.. In Shaa Allah ain akan jejak balik nanti..

*P/S: Jangan guna ayat yang tak elok untuk komen, jangan mencarut atau mencabul.. Kerana anda mungkin akan di tangkap oleh pakcik polis.. haaha..