Sunday, 5 July 2015

Iftar Bersama Mereka yang Happening

Assalamualaikum w.r.t.. Hai smua.. Macam mana Ramadhan tahun nih? di harap, Ramadhan tahun nih lebih bermakna :)

Semalam, ain pergi iftar dengan kawan-kawan yg dah lama tak jumpa. Apa tak nye, nak jumpa memang susah lah.. ain dah stay Ganu skang.. Majoriti kawan-kawan geng hingusan nih stay KL. Tambahan lagi, masing2 sibuk dengan life memasing.. Huhuhu..

Tapi semalam, dapat jugak ubat rindu nih.. auww.. memang happening sangat-sangat bile lepak ngan dieorang nih.. Geng Menabah, memang kene tabah klu lepak ngan dieorang.. sebab semalam, kitaorang berbuka tak hingat donia makannya, sampai nak terkeluar balik makanan.. banyak sangat2 makan.. 

Lagi, nak kena tabah ngah gelak ketawa, senda gurau kami2 nih, satu seoul garden pandang kiteorg dengan penuh jelesss.. sebab meja kiteorang jek yg happening..hahahhaa..

k, jom lah kita usha gambor2.. lama dah tak menaip.. Love u all~


k, satu jek gambor, bnyk lgi.. tpi takot terliur plak..kikikiki.. Selamat berpuasa smua ^_^

Sunday, 29 March 2015

Solat Lebih Mudah Dengan Instant Telekung By QAO



Solat Lebih Mudah Dengan Instant Telekung By QAO | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.. Alhamdulillah.. seperti yang korang pernah baca di SINI dan SINI . Instant Telekung by QAO kini telah diupgrade dari segi material dan juga jahitan. Alhamdulillah.. customer satisfaction lebih di utamakan.. In shaa Allah..

Walaupun material yg kami guna skang lebih mahal dari yang sebelum nih, kami tetap berikan harga yang sama untuk smua.. Jadi, jangan risau auw.. Seperti biasa Instant Telekung by QAO adalah custom made. Jadi, kami hanya membuka pre-order yg mana mengambil proses selama 2 minggu.. In shaa Allah.. ^_^

Jadi... Kepada semua yang nak dapatkan Instant Telekung by QAO boleh lah ke FB Page kami dan PM kami untuk tempahan. Limited colour availble.. Plz take noted ^_^


Instagram: @qurratulain_outlet 



Thursday, 26 March 2015

Pakej Fotografi Perkahwinan Murah 2015

Pakej Fotografi Perkahwinan Murah 2015

Pakej Fotografi Perkahwinan Murah 2015 | Assalamualaikum semua pembaca ain yang budiman.. Korang sehat ke nih? Haaa.. Tahun 2015 nih, pasti ramai antara kawan-kawan, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang dan makcik dan pakcik korang yang nak kawin kan??

Mesti ramai yang tercari-cari pakej Fotografi Perkahwinan yang murah kan.. Haaa... Ain nak share ngan smua.. Untuk Pengetahuan semua, ain sedang bergiat cergas lagi ligas dalam bidang fotografi skang. Alhamdulillah, fotografi menjadi salah satu impian ain untuk diceburi.. Now, dah berjaya menceburkan diri dah dalam bidang nih.. Sedikit sebanyak, banyak benda yang ain belajar dari sifu-sifu yang tak pernah loket memberi ilmu.. TQ sifu-sifu ^_^

Untuk pakej fotografi perkahwinan yang murah, korang perlulah tahu akan tarikh bahagia korang. Seperti tarikh akad nikah, Majlis Resepsi dan juga Majlis Bertandang. Selain tuh, ada jugak majlis-majlis tambahan yang diraikan oleh sesetengah pengantin seperti Majlis Malam Berinai, Majlis Khatam Al-Quran dan sebagainya...



Pakej Fotografi Perkahwinan Murah 2015 


Haaa.. Bila tarikh dah ada, korang pon mesti kene tau bajet korang bape. Sesetengah fotografer nih sangat lah baik hati, yang mana korang boleh lah nego harga pakej dengan dieorang. Untuk dapat pakej fotografi yang murah dan berbaloi-baloi, korang kenelah telitikan apa yang korang dapat dalam pakej-pakej yang ditawarkan oleh fotografer.

Contohnya, Dalam pakej A, korang akan dapat 2 roll gambar 4R, 2 keping gambar 8R dan extra-extra.. Jadi, pastikan korang tahu, apa yang korang nak untuk pakej fotografi perkahwinan korang. 

Kebiasaannya, Fotografer akan menawarkan sesi photoshoot outdoor secara percuma. Di mana, sesi outdoor nih sangatlah digemari oleh para dan pari fotografer semua, termasuklah pengantin dan raja sehari.. Apa taknye, korang leh posing macam2 gaya, sebab tetamu dah takde.. hehee.. hanya korang n forografer jek lah yg ada.. so, masa tuh dah free dari malu-malu kucing..meoww-meooww.. =P


Okeh, jadi pastikan anda tahu bajet anda banyak mana, tarikh hari bahagia anda. Kebiasaan, fotografer amat suka akan pasangan pegantin yang sporting, dari awal semasa membooking lagi. Ain nasihatkan untuk korang yang nak bertanyakan tentang pakej fotografi perkahwinan, korang pertama-tama nya perlulah bagi salam.. ehh..hehe.. gurau, tapi tuh wajib lah bagi kita yang beragama islam. Ok, nih ain bagi sedikit info dan tips untuk membooking pakej fotografi perkahwinan.

  1. Kenalkan diri anda ( Assalamualaikum, saya ain... nak tanya tentang pakej fotografi nih.. )
  2. Senaraikan tarikh dan lokasi hari bahagia anda ( Inshaa Allah, majlis saya pada 6hb June 2015 di Kuala Terengganu)
  3. Beritahu bajet anda ( Saya punya bajet tak banyak untuk fotografi.. lebih kurang dlm RM900-RM1000)
  4. Ok, bila dah gtau semua diatas, maka encik or cik fotografer akan bagi pakej-pakej yang mereka sediakan.. In shaa Allah, klu ada kerjasama dari kedua belah pihak, maka mudah dan senang lah rundingannya.. in shaa Allah.. ^_^




Jadi, untuk korang yang berada di Terengganu, dan masih tercari-cari pakej fotografi perkahwinan yang murah pada tahun 2015 nih, Meh, ke FB page ain dan FB personal ain dan juga instagram ain di bawah.. ^_^



ataupon direct whatsapp ain untuk bertanyakan 
pakej fotografi perkahwinan dan  untuk respond yang lebih pantas:

014-5498028 ( Norain Yusoff )